Assalamualaikum..
Alhamdulillah, terbuka jugalah hati penulis nak mengupdate blog yang sudah sebulan lebih bersarang. Mujurlah password penulis masih lagi ingat, kalau tidak memang arwahlah blog ini. Sebelum tu, penulis mahu tanya tahukah kalian tentang ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan juga ASN (Amanah Saham Nasional)? Kalau mereka yang tahu, mereka akan tahulah kalau yang tidak berapa tahu, penulis pun tak tahu nak beri penerangan secara jelas tentang ASB dan juga ASN. Tetapi senang cerita, kita simpan duit dalam ni, duit kita akan dilaburkan dan selepas itu kita akan dapatlah hasil mengikut berapa banyak duit yang kita ada dalam tu. Yang terbaru, Majlis Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram pula untuk melabur dalam ni. Sebab apa, mungkin gambar dibawah ini boleh menjadi bukit.