Jumaat, 21 Januari 2011

Betulkan jika aku tersalah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?

Apakah maksud di sebaliknya??

"Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

 Ustaz Zawawi ada bercerita tentang sunnah Rasulullah S.A.W. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara dan adab memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”. Ringkasnya, Baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan menjawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah:

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada Ali ye” (sebagai contoh) dan bukannya : “Kirim salam kat Ali yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope. ”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”. Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Baca, faham, amal dan sebarkan :)

3 ulasan:

  1. betul tu...
    ramai yang tak sedar tentang penggunaan "Salam" dalam sms..

    semoga kita dapat betulkan kesilapan ini..agar tidak berlanjutan penggunaannya.. =)

    BalasPadam
  2. betul....

    yang penting kita kena amalkan dan sebarkan..siapa yang manfaatkan apa yang kita sampaikan, dan mereka amalkan, kita juga dapat pahala.

    sistem MLM yang untung :)

    BalasPadam
  3. Secara ringkasnya, Salam bermaksud sejahtera atau selamat. Malah perkataan Islam juga berasal dari salam, dalam konteks selamat lagi menyelamatkan. Maka BOLEH gunakan perkataan salam, kerana ia juga salah satu cara Rasulullah ﷺ memberi salam سَلامٌ عليكم (salamun 'alaikum), adapun jika menggunakan السلام عليكم adalah terbaik. Lebih baik lagi menggunakan السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Jika dalam ringkasan SMS, lebih baik gunakan perkataan yang ada maksud yang jelas. Boleh gantikan Assalamualaikum dengan SALAM sahaja, kerana difahami maksudnya ialah memberi salam. Malah menyebut SALAM sahaja telah berpahala, kerana ia salah satu Nama Allah (Asmaul Husna).

    Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullahﷺ bersabda, “Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)

    Saya telah beri penjelasan terhadap artikel yang mengelirukan ini.
    Sila baca nota saya, Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
    http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719

    BalasPadam