Rabu, 22 Disember 2010

Dinar Emas vs Ringgit Malaysia

Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah tentang kebaikan bilamana kita mengguna sistem kewangan Islam iaitu Dinar Emas. Umum mengetahui bahawa kuasa besar ekonomi sekarang dipegang oleh negara Uncle Sam sambil dibelakangnya dibonekakan oleh yahudi laknatullah. Sekejap ekonomi naik, sekejap ekonomi merudum. Seluruh dunia bertongkatkan negara USA ini untuk 'survive' dalam bidang ekonomi.


Sistem riba yang diamalkan oleh kebanyakkan negara Barat dan juga negara Islam yang hanya pandai membontoti negara boneka yahudi itu menyebabkan ekonomi dunia sekarang terumbang-ambing. Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin. Kenapa kita tidak menggunakan sistem ekonomi Islam (Dinar Emas) yang ternyata lebih baik? Penggunaan emas sebagai mata wang lebih kukuh kerana harga emas jarang sekali turun dan naik dalam sekelip mata berbanding matawang sekarang ini. Jom kita buat perbandingan.

Jumaat, 17 Disember 2010

Saya berrtambah yakin bila saya mengaku saya GAY!!!

Assalamualaikum....dah lama tidak update blog ni,disebabkan tahun akhir, banyak yang harus diselesaikan seperti research project dan juga aktiviti PMI. Kali ini, post terbaru tentang pengakuan berani mati seorang melayu Islam (InsyaAllah) mengaku seorang gay tanpa rase bersalah....jom lihat video ni...

Selasa, 16 November 2010

Bus MSU terbakar?

Salam...sudah lama tidak update blog, biasalah tinggal di kampung, kemudahan internet tidak semudah di bandar. So, untuk menghilangkan bosan, saya pun pergilah cyber cafe yang berdekatan dengan rumah. Dan yang terkejutnya, saya buka blog yang saya selalu jenguk untuk mendapat maklumat terkini iaitu milo suam dan juga amenoworld. Kalau senang-senang jenugklah blog mereka ini. Mantap!!

Isnin, 18 Oktober 2010

Malaysia sasaran pengganas?

Dalam keadaan Malaysia yang sedang aman damai dari sebarang gangguan pengganas, tetiba kita dikejutkan dengan berita yang tidak ramai yang mengetahuinya. Malaysian sekarang berada didalam senarai negara yang menjadi sasaran para Jihadist diluar sana. Disebabkan apa? Kerana kita telah menghantar pasukan perubatan untuk membantu tentera Amerika di Afghanistan. Ini suatu berita yang cukup menakut bagi kita rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian. Bukti? Jom lihat printscreen di bawah ini.

Selasa, 12 Oktober 2010

Dr SMS Angkasawan atau Pelancong?

Assalamualaikum...

Saya rasa semua rakyat Malaysia pasti sudah kenal dengan angkasawan pertama negara, tidak lain tidak bukan ialah Dr Sheikh Muszhapar Shukor (Dr SMS). Alhamdulillah sudah sampai jodohnya, beliau telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober yang lepas. Saya doakan semoga menjadi pasangan Baitul Muslim yang soleh dan solehah dan bahagia ke akhir hayat, bukan ke anak cucu (ramai mendoakan sehingga ke anak cucu, lepas dapat cucu bercerai-berai pula). Dan pada tarikh itu juga saya terbaca berita tentang Dr SMS sebenarnya hanya pelancong angkasa, bukannya angkasawan yang digembur-gemburkan sebelum ini. Ini buktinya.

Isnin, 11 Oktober 2010

Tragedi 10 10 10

Tragedi 10 10 10 sangat menyedihkan. Kemalangan ngeri yang benar-benar menggemparkan tanah air sehinggkan akhbar-akhbar utama hari ini laku bagai pisang goreng panas. Menurut berita Harian online, sekurang-kurangnya 12 maut dan 40 cedera dalam kemalangan yang membabitkan 2 buah bas, 3 kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Gambar ini menceritakan segala-galanya. (mungkin ada yang tak sesuai dilihat)

Sabtu, 18 September 2010

Malaysia 16 September

Salam.

Saya tetap mahu menulis tentang hari bersejarah ini walaupun dan agak lewat sedikit (biasalah beraya di kampung susah sedikit nak online). Seperti mana yang kita sedia maklum, pada 1963 secara rasminya Sarawak dan Sabah telah menyertai Semenanjung Malaya untuk membentuk satu negara yang bernama Malaysia. Dan saya yakin pelbagai impak positif dan negatif yang diterima, ada yang menyokong dan ada juga yang tidak menyokong kemasukan ke 2-2 buah negeri ini kedalam Semenanjung Malaya.

Isnin, 13 September 2010

Gambar suspek pembunuh Sosilawati

Salam.


Manusia di Malaysia semakin kejam. Berita pembunuhan seorang jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, dan bersama kenalannya benar-benar menggemparkan tanah air. Motif pembunuhan seperti yang dimaklumkan oleh pihak polis adalah berkemungkinan disebabkan persaingan perniagaan.Dipukul, dibunuh, dibakar dan seterusnya abu mayat dibuang di sungai benar-benar menunjukkan bahawa si pembunuh benar-benar seorang yang kejam. Inilah wajah suspek pembunuh seorang peguam berpangkat Datuk bersama rakan-rakan syaitannya.


Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan 30 alasan yang sering digunakan untuk menghalang pelajar institusi pengajian tinggi dan pensyarah menyertai politik secara aktif.

Dalam penjelasan panjang lebar kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Saifuddin berkata, alasan bahawa pelajar akan mengalami gangguan tumpuan dalam pengajian mereka dengan menyertai politik luar adalah tidak benar sama sekali.

Daulat Tuanku!!!



Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli. Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Ahad, 5 September 2010

IKLAN RAYA TV3 SESAT LAGI MENYESATKAN!!

Sungguh terkejut melihat iklan raya terbaru dari tv3, seolah-olah kita sekarang sedang menyambut hari Natal, bukan hari Raya. Pluralisme agama jelas nampak disitu dengan kehadiran beca dan juga seorang pak cik tua sebagai Santa Claus dan juga kehadiran bunga teratai yang sinonim dengan agama Buddha.


Terdapat penjelasan tentang scene yang berlaku di dalam iklan ini yang saya ambil dari sahabat saya  dari laman facebook.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM


7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran 

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism 

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)


2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


Ayat Al-Quran ataupun mungkin tulisan jawi dalam keadaan terbalik.Satu penghinaan yang jelas oleh TV3 suku


Bilamana perkara ini tersebar,ramai umat islam yang prihatin telah 'menyerang' facebook TV3 dan menyatakan bantahan. Tetapi apa yang berlaku, pihak admin telah membuang semua link yang ade kaitan dengan iklan raya bod*h ini. 





Ahad, 15 Ogos 2010

Lelaki yang murtad!!

Salam

Tak sangka, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, barulah kita dapat tahu betapa teruknya masyarakat umat Islam dewasa ini. Semalam saya terjumpa perempuan yang mengaku Islam berbangga minum arak, hari ini terjumpa pula lelaki melayu haprak yang menghina Islam dengan merendah-rendahkan kewajiban berpuasa.

Sila klik gambar untuk besarkan  gambar (lebih jelas)



Inilah perangai ummat akhir zaman.
Moga-moga pada bulan Ramadhan ini kita mendapat Rahmat dan Kasih-SayangNya.Amin

Sabtu, 14 Ogos 2010

Melayu haprak!!

Salam Ramadhan.


Sangat terkeut tengok gambar yang telah diprint screen ini. Perempuan melayu Islam dengan selamba minum air kencing syaitan dan berbangga melakukannya. Lihatlah sendiri umat akhir zaman, terus lena dengan dunia.Tidak sedar bahawa malaikat Maut sentiasa menunggu masa untuk mencabut nyawa kita. Sempatkah bertaubat?




Ali r.a. berkata: "Dunia ini adalah bangkai, dan barangsiapa yang ingini akannya, maka dia mesti sanggup berkawan dengan anjing-anjing. Dunia ini memperdaya, menyakiti dan kemudian berlalu. Allah tidak menetapkannya sebagai ganjaran bagi hamba-hamba-Nya yang salih, dan tidak pula sebagai azab bagi musuh-musuh-Nya."

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim






Ahad, 25 Julai 2010

Kebaikan Hitler yang tidak diketahui


Salam..

Mungkin apa yang ingin saya sampaikan ada yang kurang berpuas hati atau tidak setuju tetapi niat saya hanya ingin membuka pandangan atau pemikiran kita agar kita menerima maklumat bukan hanya dari sebelah pihak semata-mata, tetapi menerima maklumat dari semua pihak dan menganalisis secara detail, dan bukannya menerima bulat-bulat apa yang telah diperkatakan.

Isnin, 19 Julai 2010

MSU terus gah melangkah!!


Alhamdulillah, ucapan yang harus kita ucapkan. Dulu ramai yang tidak kenal MSU.Persoalan yang sering ditanya bilamana kita beritahu kita sedang belajar di MSU. "MSU.Apa tu? Malaysia....." tidak pon bilamana kita beritahu belajar di Shah Alam, jawapan yang akan kita terima ialah " belajar kat uitm Shah Alam ke?"

Sekarang saya pasti ramai yang akan kenal bilamana kita menyebut MSU. Tempat yang kita wakafkan diri untuk selama 3 tahun dalam menimba ilmu, jangan sesekali kita lupa akan jasanya.

Termasuk didalam kelompok Excellent memang sesuatu yang harus dibangga lantaran MSU baru sahaja dalam bidang pendidikan tinggi ini berbanding kolej-kolej private yang lain yang sudah lama bertapak di dalam negara kita dan juga yang sudah dikenali ramai sebelum ini.

Tetapi harus diingat,kecemerlangan individu bukan hanya sekadar kecermelangan akademik semata-mata tetapi kecemerlangan sahsiah dan juga jati diri juga penting. Biarlah seiring dan sejalan. Jangan tinggalkan kecemerlangan sahsiah dan juga jati diri semata-mata untuk mengejar kecemerlangan akademik. Saya yakin seorang individu itu akan lebih hebat dan terbilang bilamana mampu untuk menonjol di dalam akademik dan juga sahsiah jati diri.

Proud to be MSUian.

Rabu, 14 Julai 2010

Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum wbt

Mungkin agak kasar tajuk yang diatas. Tetapi itulah yang boleh saya ibaratkan kepada mereka yang saya rasa memang sesuai diibaratkan sebegitu. Kecewa bilamana saya mengetahui banyak program PMIMSU telah panding dengan alasan yang tidak munasabah dan juga pelbagai perkara yang berkaitan dengan PMIMSU yang sentiasa dipandang salah dimata mereka.
Masalah birokrasi dari pihak tertentu yang saya rasa semakin mengarut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bermula dengan isu poster, rungutan pegawai kerana bilangan program yang terlalu banyak yang dianjurkan oleh PMIMSU hinggalah ugutan mahu membubarkan PMIMSU, Semua karenah birokrasi ini sememangnya tidak sepatutnya terjadi lebih-lagi setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh mereka telah dipenuhi sebaik mungkin oleh kami.
Isu penampalan poster di blok-blok sekitar MSu ini sering kali diperkatakan dan menjadi kekeliruan di kalangan kami sendiri. Kami difahamkan bahawa tidak dibenarkan sama sekai untuk menampal poster di board-board berwarna merah di sekitar dinding di tingkat 4,5,6 dan 7. Bahkan kami pernah diugut untuk membubarkan PMIMSU jika kami menampal poster di board tersebut. Hanya dibenarkan untuk menampal di board tingkat 3 sahaja. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapakah kelab dan persatuan lain boleh menampal poster di board merah sedangkan PMIMSU lansung tidak dibenarkan untuk menampal pada board yang sama? Mengapa arahan ini hanya dikhususkan kepada PMIMSU sahaja? Kalau benar arahan ini kepada semua kelab dan persatuan, mengapa sampai sekarang tiada tindakan diambil kepada mereka? Atau kelab atau persatuan diberikan keistimewaan atau kebenaran tertentu untuk menampal tetapi tidak diberikan kepada PMIMSU? Saya mempunyai bukit menunjukkan terdapat persatuan dan juga kelab menampal pada board merah itu sehinggalah artikel ini ditulis. Saya rasa tidak salah diberi kebenaran kepada semua kelab dan persatuan untuk menampal poster di board tersebut. Bukankah itu lebih baik jika dibandingkan menampal poster didinding?
Isu GEMS pula seringkali didendang oleh pihak pengurusan dan juga pihak tertentu,. Kononnya mahu setiap mahasiswa melibatkan diri dengan pelbagai program yang boleh membina jati diri. Tetapi sebaliknya berlaku, kami dah susun pelbagai program dan juga aktivit tetapi hampir kesemua proposal tersebut telah panding. Kami sudah mengetahu. Kalau proposal terlalu lama panding, proposal kami itu akan ditolak tanpa sebab yang munasabah atau lansung tidak ada alasan. Sebagai contoh program Kuliyah Fiqh wanita dan juga kuliyah mingguan yang penceramahnya dijemput khas dari JAIS telah ditolak tanpa ada alasan yang kukuh. Saya tidak begitu hairan mengapakah program berbentuk keagamaan terlalu sukar untuk diluluskan. Itulah petanda umat akhir zaman. 
 Program hiburan dan lagha terlalu diagungkan-agungkan, Program berbentuk kemegahan nama sering kali dibuat secara besar-besaran(contoh Malaysia Book of record) tetapi program yang membentuk jati diri muslim sering kali diabaikan. Selalu alasan cenderahati dibuat alasan supaya program berbentuk ceramah atau talkshow atau program kuliyyah ditolak. Saya mahu bertanya kepada anda, terlalu mahal ke untuk membayar cenderahati kepada penceramah sebanyak rm300 berbanding memanggil artis Anuar Zain untuk membuat persembahan sempena dinner MSU yang menelan belanja hampir berpuluh ribu ringgit. Jangan ingat saya tidak tahu tentang perkara dalaman yang berkaitan dengan MSU. Jika benar isu bayaran kepada penceramah menjadi alasan, kami rela menggunakan duit kami asalakan program tersebut dapat dijalankan. Tetapi seperti biasa, alasan yang lain pula ditimbulkan (sedangkan dulu tidak pula timbul isu baru ini) dan perkara ini sudah banyak kali terjadi.Janganlah terlalu mengejar kemewahan dan juga kemahsyuran sehingga sanggup menganaktitikan program berbentuk keagaamaan. 
Yang menyedihkan saya program kami ini tidak diluluskan oleh orang yang sama akidah dan bertuhan tuhan yang Esa. Itu yang paling menyedihkan. Tidakkah mereka memahami Firman Allah SWT : “Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah , kepada Allah, karena sesungguhnya Allah sangat berat siksanya” (QS. Al-Maidah: 2)
Sudah jelas lagi bersuluh, ayat tersebut menyuruh bahu membahu dalam perkara yang baik tetapi sebaliknya berlaku. Sangat menyedihkan.Ingatkan bilamana orang atasan beragama Islam,mudah untuk diadakan program kerohanian, tetapi sebaliknya berlaku.Itulah dunia. Dunia sudah terbalik. Terlingkup. Agama diketepikan, dunia, kemahsyuran dan pangkat menjadi rebutan.
Bahkan ada juga dikalangan anak buah saya telah dimarahi oleh pegawai scd kerana terlalu aktiviti mahu diadakan hingga membuatkan dia merasa ‘tension’. Jawapan saya “ saya tidak kisah kamu jika kamu tidak mahu menjadi pegawai yang menguruskan kami, kamu boleh mencari kelab dan persatuan yang tidak aktif dan menunggu gaji buta sahaja pada setiap hujung minngu. Maka kamu tidak akan tension lagi lepas ini”. Saya hairan betul, apa tujuan ditubuhkan persatuan atau kelab. Apakah hanya sekadar nama sahaja tetapi tidak aktif. Dia memarahi kami disebabkan banyak program yang kami mahu adakan? Pelikkan dengar tu. Kebiasanya persatuan akan dimarah sebab tidak ada program tetapi sebaliknya kami dimarah sebab terlalu banyak program sehingga menyebabkan pegawai tersebut tension. Dunia sudah terbalik. Terlingkup. Agama diketepikan, dunia, kemahsyuran dan pangkat menjadi rebutan.
Kamu harus merenung apa yang telah Baginda nabi sabda:
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya." (riwayat Anas)
Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."
“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Isnin, 12 Julai 2010

Membaja budaya membaca dalam diri


Alhamdulillah, walaupun ketika membeli buku ini, saya sudah agak kekempisan duit, tetapi saya telah nekad mahu tidak mahu nak juga beli buku di pesta buku yang diadakan baru-baru ini di PKNS.

 Mungkin ramai nak tahu kenapa saya membeli buku-buku ini. Buku yang pertama bertajuk Quranic Leadership seni memimpin gaya Islam. Teringin juga bagaimana ciri-ciri pemimpin yang berlandas kitabullah ini, mahu tahu adakah diri ini mempunyai ciri-ciri yang tersebut dalam buku tersebut. Buku yang kedua ialah 360 leader. Mungkin ramai yang sudah mempunyai ataupun sudah membaca buku karangan John C. Maxwell. Beliau banyak menulis tentang buku berorientasikan kepimpinan. Saya sengaja membeli buku ini kerana mahu membandingkan dengan buku yang pertama, mengadunkannya dan mengamalkannya. InsyaAllah mahu melihat hasil experiment yang dijalankan keatas diri ini berjaya ataupun tidak menjadi seorang pemimpin.

Dan buku yang ketiga ialah Neraka Will bagi orang yang solat. Sebenarnya banyak banyak buku mengenai solat telah saya beli, kerana bagi saya solat adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita dan merupakan perkara yang mebezakan kita orang Islam dan juga Kafir. Anda solat tetapi anda masuk neraka. Mahu tahu kenapa? belilah buku ini (promote sekejap) ataupun boleh pinjam dengan saya. Sik da masalah (bahasa Sarawak)


Harap ada masa untuk membaca kesemua buku ini. Semesta ini sangat busy dengan reserch project, assignment dan juga aktivit PMIMSU.Moga dipermudahkan.Amin.

Selasa, 29 Jun 2010

Jom datang!!





SEMUA DIJEMPUT HADIR..

AGENDA:
SESI PERKENALAN DENGAN PIMPINAN BARU PMIMSU 10/11
TAYANGAN SLIDE SHOW
CABUTAN BERTUAH
JAMUAN


Sabtu, 29 Mei 2010

Ucapan Dasar Muktamar sanawi PMIMSU kali ke-6


UCAPAN DASAR

Presiden PMIMSU SESI 2OO8/2O09

SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-6

“PEMANTAPAN THAQAFAH MERENCANA KEBANGKITAN MAHASISWA”



Ahad, 16 Mei 2010

Penjelasan tentang isu parking kereta

Salam

Isu ini sebenarnya baru sahaja berbangkit setelah kampus baru boleh digunakan (walaupun tidak siap sepenuhnya lagi). Khabar angin terus menerus bertiup di telinga kawan-kawan kita terutamanya mereka yang mempunyai kereta. Saya berharap agar MPP atau SRC memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak nampak peranan yang dimainkan oleh SRC samada memberi penjelasan secara terbuka ataupun kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini. Mungkin juga mereka terlalu sibuk atau sebagainya, itu tidak dapat saya huraikan. Saya berharap agar SRC dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini.

Isnin, 10 Mei 2010

Senyumku sendirian........

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan rasminya bangunan baru MSU telah pun boleh digunakan. Kagum? ya sudah semestinya saya kagum dan juga bangga dengan adanya bangunan baru ini. Di mana-mana saja mesti ada kawan-kawan saya berposing di bangunan baru. Kalau tidak percaya, lihatlah di facebook. Gembira dan lucu pula. Biasalah bila orang dapat sesuatu yang baru, kadar 'keexcitedan' semakin membara bak gunung berapi Krakatau sedang menghembuskan lava. Tersenyum juga saya sendirian melihat student-student dan juga lecturer umpama menyertai program explorace, terkejar ke sana ke mari, sesat dan muka kepenatan menaiki tangga tetapi saya yakin semua kepenatan itu hilang umpama ditiup hembusan angin Pantai Batu Buruk, kerana gumbira mendapat wadah perjuangan ilmu yang baru.


Sebelum itu, saya juga ingin mengingatkan kepada sahabat-sahabat dan juga lecturer tentang keselamatan. Masih banyak lagi tempat yang belum siap sepenuhnya. Jauhilah tempat tersebut demi keselamatan anda. Dan juga khusus untuk wanita, walaupun saya tidak suka untuk bersikap prejudis, tetapi jangan lupa keselamatan diri anda khususnya dengan pekerja-pekerja binaan. Jangan cuba menaikan semangat dan hembusan nafas mereka dengan berjalan berseorangan di sana. Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi, anda bisa 'hilang' dalam ramai.


Ramai juga orang diluar sana yang bertanya pendapat tentang MSU ini. Jika anda bertanya kepada saya wajarkah anda memasuki MSU, saya tanpa membuang waktu memeluk anda sebagai ahli keluarga MSU. Silalah masuk dan mendaftar dengan MSU, (jangan lupa mendaftar sebagai ahli PMIMSU juga) jangan ragu dan cagu memilih univercity of choice ini. Memang benar tidak semua instituisi pendidikan semuanya sempurna, hatta IPTA sekalipun, ada juga kekurangannya (teringat berita UNIMAP tidak mendapat MQA dalam beberapa kos yang ditawarkan). Bahkan saya secara personal mengagumi sikap dan perhatian yang diambil oleh pihak management dalam menangani sebarang isu yang ditimbulkan. Bahkan kritikan-kritikan dan cadangan-cadangan saya sebelum ini juga dipandang serius oleh pihak management dan juga SCD serta SRC. Two thumbs up!! dengan anugerah APEC yang telah diterima ( hanya ada 2 buah university swasta mendapat anugerah APEC di Malaysia, salah satunya ialah MSU) dan juga deretan-deretan anugerah Malaysia book's of record, sudah terbukti MSU memang wajar diberi nama nick name My Sweet Univercity.

Ada juga yang bertanya, Halim ni asyik mengkritik MSU je dalam post sebelum ini ,ini jawapan saya "saya sayang MSU, sebab itulah saya mengkritik.Tiada niat yang lain. Saya tidak dapat apa pun. Cuma saya mahu melihat MSU terus cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai wadah untuk menuntut ilmu di Malaysia".

Proud to be MSUian.


Ahad, 9 Mei 2010

1 Malaysia 1 Judi

Assalamualaikum...

apa yang nak jadi dengan kerajaan Malaysia, negara kita yang bangga dengan jolokan negara Islam. Tidak terfikir di fikiran ini bahawa kerajaan ingin membenarkan perjudian berdasarkan sukan di negara kita. 

Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama
  

Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.
Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat
kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari
manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).


Bersetujukah anda dengan  cadangan ini?

Khamis, 29 April 2010

Kenyataan rasmi PMIMSU tentang Isu adik Aminulrashid Amzah

Assalamualaikum.

Pertama sekali kami dari pihak PMIMSU ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Aminulrasyid Amzah diatas apa yang telah berlaku. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

PMIMSU berpendirian bahawa kes ini mestilah diselesaikan secara telus dan adil bagi memastikan perkara seperti ini tidak menjadi polemik kepada masyarakat kita. Tidak dapat dinafikan peranan dan sumbangan pihak polis dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia tetapi beberapa perkara serta isu telah menjejas imej dan kredibiliti pihak polis. Isu rasuah, kematian Kugan ketika berada dalam tahanan polis, tindakan polis menembak seorang ibu tunggal, Norizan Salleh tanpa sebab yang kukuh dan yang terbaru kematian adik Aminulrasyid Amzah telah menyebabkan rakyat semakin kurang percaya kepada pihak polis. Sekiranya pihak polis tidak berusaha untuk menyelesaikan perkara ini, tidak mustahil rakyat akan terus tidak mempercayai dan ragu-ragu tentang kredibiliti pihak polis.

Yang kedua, PMIMSU juga berharap agar pihak media massa tidak melanggar etika kewartawanan dengan menyebarkan kenyataan yang tidak berfakta dan tidak tepat. Dalam isu ini, kami berasa sangat kecewa dengan beberapa kenyataan dari beberapa akhbar perdana yang telah menyiarkan sesuatu yang kami boleh menganggap sebagai satu fitnah kerana pihak keluarga mangsa telah menafikan apa yang telah ditulis oleh pihak akhbar tersebut. Mereka juga meminta agar pihak media dan masyarakat untuk tidak melaporkan yang bukan-bukan tentang arwah adik Aminulrasyid Amzah. PMIMSU bersetuju dengan permintaan keluarga mangsa kerana kami beranggapan bahawa ia akan memporak perandakan lagi isu ini sehingga menambahkan lagi kesengsaraan yang telah dialami oleh keluarga mangsa.

Lihat disini untuk melihat sidang media oleh keluarga mangsa


Sekali lagi kami PMIMSU berharap agar pihak polis didalam menyelesaikan masalah ini biarlah secara telus dan tanpa memilih bulu serta dapat menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin agar pihak keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Presiden PMIMSU 08/10
Mohamad Halim bin Mohamad Shariff