Isnin, 11 Oktober 2010

Tragedi 10 10 10

Tragedi 10 10 10 sangat menyedihkan. Kemalangan ngeri yang benar-benar menggemparkan tanah air sehinggkan akhbar-akhbar utama hari ini laku bagai pisang goreng panas. Menurut berita Harian online, sekurang-kurangnya 12 maut dan 40 cedera dalam kemalangan yang membabitkan 2 buah bas, 3 kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi. Gambar ini menceritakan segala-galanya. (mungkin ada yang tak sesuai dilihat)






















Saya difahamkan bus cuba memotong tetapi tidak berjaya lalu bergoyang-goyang dan menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan. Mungkin sudah tiba masanya satu gerakan besar-besar untuk meyedarkan bahawa kemalangan jalan raya di Malaysia sudah mencapai tahap yang menakutkan dan perlu di ambil jalan penyelesaian yang efektif. Dan mungkin juga kerajaan boleh menimbangkan cadangan untuk membanyakkan lagi penggunaan kereta api yang jarang kita dengar mengalami kemalangan jiwa ini. Mungkin ada cadangan dari anda bagaimana mahu mengatasi masalah ini?

Kepada semua, berhati-hati di jalan raya.
Al-fatihah untuk mangsa. Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.Amin.


4 ulasan:

  1. masyallah..truk nyee...takziah ats semua keluarga mangsa..moge roh2 mreka dicucuri rhmat..amin..

    ~ smoge jgk perjlnan blek kmpung cuti ni, baik2 shaja..amin3.....

    BalasPadam
  2. Takziah kepada keluarga mangsa..

    begini la tarikh keramat yg diagung2kan..Allah menunjukkan kekuasaanNYA disebalik tarikh keramat ini..

    Apa yg berlaku ini pengajaran buat KITA yg masih hidup di dunia ini..

    BalasPadam
  3. Dalam kita bergembira dengan tarikh keramat ini, Allah turunkan peringatan agar manusia jgan terlalu suka dan lupa diri

    BalasPadam
  4. sy x rase KERETAPI antara jln pnylesaian...dl yg asal2 nye tiket KTMB time murah dulu, tp x ramai mane pun yg suke nak naik KTMB..."lambat, slow, busan, penat", walhal ia lbh murah n xde lg kut kes kematian besar2an blaku kat M'sia ni

    BalasPadam