Selasa, 17 April 2012

Surat dari Ibu & Ayah

Dengan nama Allah S.W.T

Kehadapan anakku

Bacalah dengan teliti. Apabila kami sudah tua, kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami. Jika kami ada buat silap, kami harap engkau tidak akan mengherdik kami. Orang tua sememangnya lebih mudah berasa hati, kasihanilah kami seperti engkau mengasihani diri engkau sendiri. Apabila pandangan kami semakin kabur, pendengaran kami semakin terjejas, dan kami tak dapat melihat gerak bibirmu dan tak dapat mendengar kata-katamu, maka janganlah panggil "pekak orang tua ni...", tolonglah ulang kata-katamu kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.