Ahad, 22 November 2009

MSU dengarlah !!!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala pujian saya panjatkan ke Allah taala kerana saya selamat sampai di Shah Alam untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar yang hampir setahun lebih bergelar siswa MSU.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tentang tajuk ini. Saya telah membuat beberapa penilaian dan mengumpul beberapa maklumat agar penulisan saya ini tidak hanya semborono tetapi berdasarkan fakta dan juga pengalaman. Sepanjang setahun lebih saya menjejak kaki di hamparan bumi MSU,saya dapat melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak kena pada pandangan saya selaku salah seorang pelajar MSU. Antara perkara yang paling ketara saya lihat adalah mengenai soal kebajikan pelajar. Pihak pengurusan seolah-olah minidakkan keperluan kita sebagai pelajar dengan mengenepikan soal-soal kebajikan. Antara soal kebajikan yang sering diabaikan oleh pihak pengurusan adalah seperti infrastruktur yang tidak sempurna atau rosak seperti tandas dan juga kelas, sewa hostel atau rumah (dibawah agent) yang mahal dan juga yuran pengajian yang mahal. Saya banyak mendapat komen dari kawan-kawan saya mengenai hal kebajikan yang sering diabaikan oleh pihak pengurusan yang seolah-olah menutup mata dari melihatnya.

Isu tandas kotor dan rosak sudah acap kali didengari. Tandas yang ada terutamanya di kampus boleh dikatakan rosak hampir 70%. Kalau tidak percaya pergilah lihat tandas di blok C. Tandas yang berbau dan kotor, pintu yang pecah serta tercabut sama sekali tidak diperbaiki. Begitu juga dengan tandas di blok A iaitu bersebelahan dengan dewan teater hall. Sudahlah pintunya sukar untuk dikunci ditambahkan lagi flush yang tidak berfungsi, hingga menampakkan bahan buangan yang menjijikan. Ini sekaligus memberikan persepsi buruk kerana dewan teatar hall sering kali digunakan untuk pelbagai ‘function’ yang melibatkan pihak luar. Bahkan tandas yang ada di deretan kedai makan tidak mampu untuk menampung pelajar seramai 200 orang satu-satu masa. Ini tidak lagi dicampur dengan pelajar PTPL Shah Alam yang berkongsi bangunan dengan pelajar MSU.Bahkan bukan semua tandas yang terletak di kedai makan di dalam kolej boleh digunakan kerana rosak.

Selain daripada itu, masalah rumah sewa yang mahal juga merupakan liability kepada pelajar terutama pelajar baru. Pelajar-pelajar baru ini kebanyakkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup kerana terpaksa membayar yuran pendahuluan yang mahal, membeli barang-barang keperluan sebagai persedian untuk memasuki alam university dan sebagainya. Contoh yang paling mudah ialah bayaran sewa untuk menyewa di hostel di dalam kampus mencecah hampir RM200. Tidak memadai bayaran yang sebegitu mahal kerana keadaan bilik yang sempit, yang saya fikir hanya muat untuk 2 orang tetapi disumbat seramai 4 orang.

Sudahlah tidak dibenarkan memasak sekaligus memaksa pelajar untuk mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli makanan diluar. Contoh lain yang saya bawa untuk kita sama-sama berfikir ialah rumah sewa iaitu apartment Seroja dan Delima yang telah diuruskan oleh agent luar. Mengikut analisis saya,harga sewa untuk rumah tersebut sekitar rm600 tetapi di bawah kendalian agent, seorang pelajar di kehendaki membayar sebanyak RM180 seorang dan bilangan penghuni adalah seramai 8 orang. Secara matematiknya, seseorang agent itu boleh mendapat sebanyak hampir Rm1440, jauh 2 kali ganda dari harga sewa rumah biasa. Ini boleh saya katakan sebagai satu perbuatan yang zalim dan mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lan. Malahan kebajikan dan keselamatan juga tidak dititik beratkan. Bilik yang muat untuk 2 orang, dimampatkan supaya muat untuk 3 orang. Malahan katil double ducker yang disediakan tidak sesuai dan sekaligus tidak selamat lantaran penghuni yang tidor di katil atas hampir terkena dengan kipas syiling. Cuba bayangkan jika penghuni terleka, pasti bahaya menanti mereka. Hal-hal sebegini dipandang enteng oleh pihak pengurusan dan juga pihak agent terbabit. Tidak ada usaha yang dibuat untuk mengatasi masalah ini yang saya kira amat-amat membebankan pelajar. Ada pelajar yang sanggup mengikat perut semata-mata hanya kerana ingin berjimat lantaran sewa rumah yang boleh dikatakan mencekik darah. Kesannya, pelajar berkemungkinan akan mengalami masalah kesihatan dan juga akan memberi kesan secara tidak lansung kepada pembelajarannya. Saya mahu pihak pengurusan mengambil berat akan perkara sebegini. Saya tidak mahu sistem pendidkan di MSUdiperdagangkan untuk kepentingan pihak tertentu sehinga menindas dan berlaku zalim kepada pelajar.

Selain itu, yuran pengajian yang mahal juga amat membebankan pelajar. Saya berharap pihak pengurusan dapat memberi pencerahan kepada pelajar mengapa yuran pengajian meningkat mahal lantaran sekarang ekonomi dalam keadaan tidak menentu. Ini sekaligus memberi bebanan kepada para pelajar terutama kepada mereka yang mengambil PTPTN. Cuba bayangkan mereka yang meminjam PTPTN hanya memperolehi sekitar RM100 untuk satu semester disebabkan yuran yang sangat tinggi dan mahal. Seolah-olah pinjaman PTPTN diguanakan semata-mata untuk membayar yuran dan tidak ada elaun bulanan yang sebenarnya amat diperlukan oleh pelajar. Elaun yang hanya bernilai RM100 tidak mampu untuk membayar bayaran sewa rumah, untuk membeli makanan mahupun untuk digunakan untuk keperluan pembelajaran seperti ‘print assignment’, membeli alat tulis dan sebagainya.


Bagi masalah kebajikan yang telah timbul, saya telah membuat beberapa lambakan idea supaya kita sama-sama antara pelajar dan juga pihak pengurusan dapat membantu masalah kebajikan pelajar MSU. Untuk mengatasi perkara yang saya sebut diatas, saya telah gariskan beberapa garis panduan jalan penyelesaian yang saya rasa mampu untuk sekurang-kurangnya tidak membebankan pelajar. Antara cadangan saya ialah:

1.Membaiki dengan segera tandas yang rosak dan membuat pemeriksaan berkerap.

Tandas yang rosak mestilah dibaiki dengan segera untuk mengelakkan isu tandas ini terus membelengu pemikiran pelajar. Alasan tidak boleh diberi seperti tidak mahu membaiki tandas kerana tandas kemungkinan akan rosak semula dilakukan oleh pelajar. Ini merupakan alasan yang tidak relevan. Saya membawa perumpamaan sebatang pokok yang rendang. Pokok yang rendang akan mengeluarkan daun yang lebat dan akan gugur daunya sekiranya ditiup angin. Adakah pokok tersebut tidak lagi mengeluarkan daun? Tidak bukan? Pokok tersebut akan terus mengeluarkan daun walaupun angin membadainya berulang-ulang kali. Begitu juga situasi di dalam isu tandas ini. tandas akan rosak berulang kali tetapi ini bukan alasan untuk tidak membaiknya lagi. Kempen kesedaran tentang vandalism mungkin boleh dipacakkan oleh pihak pengurusan agar pelajar megetahui tentang negatifnya vandalism ini. Dan juga pemeriksaan berkerap juga harus dibuat agar keadaan tandas dapat dikemaskini supaya terus berada dalam keadaan selesa.

2.Membuat perbincangan dengan pihak agent untuk mengurangkan kos sewa rumah

Pihak pengurusan perlu membuat perbincangan agar sewa rumah dapat dikurang supaya tidak terus menzalimi pelajar. Jika tidak dapat untuk turunkan harga, memadailah dengan pihak agent meningkat mutu perkhidmatan agar pelajar boleh menginap dalam keadaan yang selesa dan tidak dibelengu dengan masalah kewangan.

3.Tidak menaikkan harga yuran pengajian terlalu tinggi

Peningkatan yuran mungkin tidak dapat dielakkan tetapi biarlah mengambil kira pandangan pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan juga musim ekonomi yang tidak stabil dewasa ini. Pihak pengurusan perlu mengambil kira pertimbangan tentang pelajar yang tidak baru sehaja masuk dan juga tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum mengambil keputusan menaikkan yuran pengajian.

Masalah ini tidak akan selesai sekiranya kita sebagai pelajar tidak bersuara untuk meminta hak kita sebagai seoran pelajar.Anda semua sebagai seorang pelajar mempunyai hak untuk bersuara kerana yuran pengajian itu dibayar menggunakan duit kita, dan kita berhak meminta soal-soal kebajikan kita dipertingkatkan dan tidak diabaikan oleh pihak pengurusan. Pepatah English ada berbunyi ‘What you give, you get back.’ Saya mewakili kawan-kawan saya ingin memohon jasa baik pihak pengurusan untuk lebih peka terhadap kebajikan pelajar. Janganlah pelajar sendiri dianaktirikan sedangkan memberi sepenuh “perhatian” kepada golongan bukan pelajar MSU. Harapan kami agar pihak pengurusan dapat memberi penekanan dan perhatian terhadap isu yang saya bangkitkan ini dan mendapat jawapan yang positif. InsyaAllah.

46 ulasan:

  1. salam saudara halim..
    saya sudah lama bertapak kat msu.. dh super-duper senior da ni..
    masalah yang saudara ketengahkan nie.. dh menjadi isu lapuk kat msu...
    nanti bila berpindah msu.. dapatla toilet yang lebih cantik.. ye tak?

    kan pandai pengurusan nie.. pindahkan masalah kat ptpl...
    masalah sebenarnya pada student sendiri..
    berapa kerat yang sedar dan bersuara pada MPP??
    kayu ke MPP nie.. syok ke pegang kuasa tuh...

    saya super-super senior pun x pernah mengundi mpp...
    saya sendiri x kenal siapa pengerusi..
    kalau meeting pun apa yang dicakap ye??
    mestilah menjadi agen pemasaran MSU..
    haha... apa-apahal saya puji saudara..
    kalau saudara bertanding saya undi saudara...

    BalasPadam
  2. Isu ini mungkin isu lama tetapi saya tidak pernah menganggapya sebagai lapuk, cuma tidak pernah ada suara yang berani mengenengahkannya secara serius. Saya percaya, perlu ada pemula yang benar-benar serius ingin menangani perkara ini. Bahkan, sekiranya diadakan survey sekalipun, pastinya ramai yang bersetuju betapa rendahnya nilai kebajikan di MSU dan PTPL Shah Alam. pastinya ramai penyokong kiranya isu ini benar-benar serius ingin ditangani. Ianya bukan sekadar isu kebajikan, malah ianya juga melangkaui isu etika. Di dalam visi MSU, ada disebutkan tentang 'highest ethical standard'. Apakah nilai etika tertinggi yang dimaksudkan di sini? Jika mahasiswa diberikan pelajaran dalam suasana yang tidak beretika dan tidak menepati nilai kemanusiaaan yang sebenarnya, bagaimana mungkin akan lahirnya graduan dengan etika yang tinggi. Apapun, saya puji untuk artikel ini. Cuma, harap kita dapt sama-sama fikirka bagaimana untuk mengenengahkan isu ini secara baik, matang dan berkesan. Walaupun MSU akan berpindah. PTPL masih di tempatnya dan pelajar PTPL juga adalah kelompok manusia yang harus dibela kebajikan mereka. Lebih dari itu, sekiranya keadaan dan suasana tempat belajar sekatang yang hanya seluas sekangkang kerapun tidak mapu diuruskan dengan baik, apa jaminan yang kampus baru yang besar itu nanti akan mampu diuruskan dengan baik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. indah khabar dari rupa...................lg ok city university.

      Padam
  3. Untuk menangani isu ini secara baik, matang dan berkesan, perlulah kita memahami MSU dan PTPL itu sendiri terlebih dahulu. Sama-sama kita mengkaji visi, misi, dan lain-lain maklumat MSU supaya mampu menjadi hujah kita. Saya bersetuju bahawa isu ini bukan isu lapuk sebaliknya isu lama yang tidak pernah ditangani dan mesti ditangani.

    BalasPadam
  4. MSU takkan dengar punya kalau setakat tulis kat blog ni..

    BalasPadam
  5. betul. tulisan ni dibaca dengan mata, dengar bunyi agebra je kat blog ni..

    BalasPadam
  6. Sokong!!...btw, betul gak...MPP kat mana ye?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Untuk tanpa nama diatas

    Merujuk isu sewa rumah,mungkin saudara terlepas pandang kerana di dalam post saya, saya menekankan kepada pelajar yang baru masuk. Mereka ini tidak tahu menahu tentang nak mencari rumah sewa sendiri di Tadisma atau di Perdana. Mahu tidak mahu mereka terpaksa berurusan dengan pihak agent. Yang saya harapkan agar pihak pengurusan MSU mungkin, atau pihak MPP mungkin boleh berbincang dengan pihak agent untuk mengurangkan sewa rumah kalau benar mereka ini benar-benar menjaga kebajikan pelajar seperti yang ditekankan didalam Accreditation Service for International Colleges (ASIC) yang telah diperolehi oleh MSU baru-baru ini.


    Untuk isu yuran pengajian, masyarakat kita sudah didoktran dari dahulu lagi bahawa yuran IPTS mesti mahal, mesti tinggi. kalau tidak tinggi tidak dipanggil IPTS. Itu yang dipacakkan dekat kepala kita ini. Kenapa tidak kita ubahkan pemikiran kita ini bahawa yuran IPTS seharusnya tidak membebankan para pelajar dalam erti kata lain tidak diberikan yuran pengajian yang tinggi. Pelajar yang mengambil PTPTN hanya mendapat elaun sebanyak RM100 untuk SATU semesta sahaja lantaran jumlah pinjaman digunakan untuk membayar yuran yang tinggi.sebagai contoh pinjaman PTPTN sebanyak RM55,000 dan yuran pengajian sebanyak RM54,000. Hanya rm2000 sahaja elaun untuk digunakan selama 6 semesta.Logik ke duit itu digunakn untuk membayar sewa rumah,beli makanan dan peralatan tulis?

    kalau benar yuran pengajian terpaksa naik, saya hanya mahu penjelasan dan memohon pencerahan dari pihak pengurusan MSU seperti

    1) Perlukah yuran dinaikkan ketika ekonomi negara berada dalam keadaan tidak stabil?

    2) Apakah status pelajar yang telah sign agreement dalam erti kata lain telah mendapat sejumlah pinjaman, tetapi yuran telah pun dinaik dan adakah jumlah yang dinaikkan itu perlu dibayar oleh pelajar sendiri?.Sebagai contoh pelajar sign agreement untuk pinjaman RM60,000. Tetapi yuran telah dinaikkan selepas sign agreement sebanyak RM70,000. Adakah pelajar terpaksa membayar sebanyak RM10,000 lagi dengan menggunakan duit sendiri? Perlu dingat pelajar meminjam PTPTN atau Mara kera tidak berkemampuan.

    3) Apakah pelajar mendapat jaminan bahawa sekiranya kadar yuran pengajian dinaikkan mereka disediakan dengan perkhidmatan yang bagus?

    BalasPadam
  10. idea... jika dapat sahabat kemukakan bukti2 lagi bagus... "yuran mahal"... dibandingkan dengan U mane...skop post ini kepada siapa... dan... ape agaknye matlamat post ini... nak kan perubahan ke?@post sahja... @luahan hati? jika nak perubahan,usulkan terus ke pentadbiran.orang hebat mcm saudara biase ke pejabat pentadbiran kan...

    benda ni jika di alam iinternet da lama...dari awa2 da isu yang same.... saudara ingin membuat perubahan,? teruslah ke pentadbiran.tau kan pejabatnye... mungkin mereka ada jawapan, .... jika disini tiada jawpan dari pihak yang dituju... hanya luahan hati je... itu sahaja la bagi saye..

    BalasPadam
  11. Bukan saya sahaja hendakkan perubahan,semua mahukan perubahan agar kita sebagai pelajar mendapat kemudahan yang sepatutnya..

    Saya rasa saudara brother mempunyai banyak idealism yang sangat berguna.Apa kata kita berkongsi?

    Tiada gunanya jika pandai bercakap sahaja tetapi tidak bertindak.betulkan?

    Saya sudah sediakan no telefon dan juga email, saudara brother boleh contact saya atau berikan no telefon brother,mungkin saya boleh contact saudara..

    Apa kata btother? :)

    BalasPadam
  12. ulasan saya dipadam?

    BalasPadam
  13. Yang mana satu?yang saranan awak untuk pergi berjumpa dengan pihak pengurusan ke? Terlalu ramai yang menggunakan gelaran "Tanpa Nama",sukar untuk saya nak bezakan komen kamu semua
    Mungkin boleh letak nama lepas ini,baru senang nak contact..

    Berani kerana benarkan?:)

    BalasPadam
  14. wahai saudara "berkatalah benar walaupun pahit", saya sarankan awak pun "sangguplah mendengar walaupun pahit"...

    BalasPadam
  15. ya saya..saya sedia mendengar kritikan dan juga komen dari kawan-kawan semua :)

    BalasPadam
  16. oh..baru saya perasan,ada 2 komen yang didelete itu mungkin menyebabkan saya seolah-olah tidak mahu mendengar kritikan..

    komen saya dan tanpa nama itu tersalah setting menyebabkan terdelete

    so saya harap dapat memberi pencerahan kepada sesiapa yang membaca komen ini

    wassalam

    BalasPadam
  17. Tolong pantau keadaan di apartment Perdana. Kotor, tidak terurus. Sewa mahal... Satu kepala RM150. Rumah 3 bilik. Disumbatnya sampai 8 orang.Mencekik darah betulll...

    BalasPadam
  18. Salam wbt.. Setuju dgn komen di atas. Tolong pantau apartment Perdana. Saya sbg waris amat sedih dan terkejut melihat keadaan MSU yg sebenar. Dalam web nampak grand, iklan kat highway pun..betul-betul gempak.. Tapi hampes. Fasiliti khasnya rumah sewa cukup teruk. Lift di apartment Perdana selalu rosak.

    BalasPadam
  19. korang punya problem sama jer macam MUCH...hahaha...IPTS semua sama... mcm x jd lak aku nak sambung kat IPTS...reject2...

    BalasPadam
  20. insyaAllah saya akan panjatkan perkara ini ke pihak atasan...

    BalasPadam
  21. Kenapa lah budak budak universiti ni (MSU universiti kan?) kurang pakai otak? takkan lah lift kat PErdana tu nak suruh management universiti pegi baiki? Perdana tu bukan nya MSU punya. Setahu teman, MSU pun tak berapa suka student dudok kat situ. Kalu tempat tu terok, komplen lah sendiri kat management tempat tu. Kata masuk universiti, tentu dah besar panjang. Lif rosak nak suruh orang tolong komplen... alahai. Kalau dah tak boleh buat aper, pindah ler cari tempat lain...

    BalasPadam
  22. hi,
    Boleh cerita sikit tentang pengajian di MSU. Pembelajaran & Pengajaran pakai English ke? Takde Melayu langsung ke?

    Terima kasih

    BalasPadam
  23. klu dah bnyk masalah... kenape nak masuk MSU??! hahaha... sebelum masuk tu kenalah fikirkn btul2 apa yg akn di hadapi nanti ketika berada dlm MSU... U swasta mmg la mcm ni... bnyak kos...

    BalasPadam
  24. untuk abang Al-Mohasha nk tanya MSU sekarng ini yang berada di hadapan giant shah alam adakah masih mempunyai masalah yang dikemukan di blog ini.saya merasa sedikit ragu selepas membaca artikel ini kerana sebelum ini berhasrat ingin menyambung pengajian di MSU untuk tahun 2012 .saya merupakan lepasan STPM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak tahu juga.. saya baru hbis diploma n ade plan nk smbg degree kat msu..bila baca soal tandas n hostel ni, saya rasa mcm nk cancel je..hehehe.. tolong la bg jawapan sbab sy anti sikit dgn pihak pengurusan yang suka buat pekak dan bisu ni..takut menyesal bila dh dftar..mcm kat mmu cyberjaya dulu..

      Padam
  25. 1. MPP yg dilantik bukan secara telus, tetapi telah dipilih oleh pihak universiti.. diantaranya kroni-kroninya juga

    2. Kalo baiki toilet, nanti rugi kolej. Rugi student x aper.haha

    3. MQA dtg, student diajar menipu.. orng kata, blaja tinggi-tinggi.. tp masih lagi dimanipulasi olh orng lain. Berani kerana benar.

    BalasPadam
  26. assalamualaikum n slm sjhtra,sy sbnarnya rasa bingung nak msuk msu atau x.sbp sy kliru,bnyk sgt brta yg x ok mgenai msu d dgr..lg pun saudara2 sy kta xpyahlah g msu tu,lmah smgt sy lg2 bca artkel ni,

    BalasPadam
  27. Saya sebagai waris sangat kesal.hostel 2 bilik disumbat 8 org.tiap2 bilik di sumbat 4 org.indah kabar dari rupa.brunsfield riverview konon.sewa satu kepala 250.nak solat memang tak muat dlm bilik.agen memang cekek darah.pihak msu kena ambil tahu.konon nak selesa ambik kat prima1.satu kepala 500.cirit.

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum , salam sejahtera Saya di tawarkan degree di MSU , tapi masih keliru nak menerima nya atau tidak .
    betul kah isu ini tiada penyelesaian nya lagi sehingga ke hari ini ???

    BalasPadam
  29. salam sejahtera.. Saya juga ditawarkan degree di MSU utk kmasukan November 2013.. Setelah membaca artikel yg diterbitkan oleh saudara saya menjadi keliru sama ada ingin menerima tawaran tersebut.. Adakah masalah2 yang saudara katakana disini masih berlarutan sehingga sekarang.??

    BalasPadam
  30. Sangat setuju pasal rumah sewa tu. Saya sewa rumah under agen Poovan. RM 300 utk 2 org tak termasuk bil. Kalau termasuk bil cecah 500 jugak sebulan sbb rumah kami pakai aircond. Satu rumah 10 org. Agen pulak tak reti bahase tau nak duit je keje, kite ade masalah banjir pun dia still gesa nak duit. Before sewa janji bagai ade tv ade wifi last2 cam gampang. Korang jangan lah tolong jangan sewa under si Poovan bodoh ni.

    BalasPadam
  31. Sesape nak amik MBBS bukan disini sbb MQA tak iktiraf lagi. Dorang baru je hantar borang ke MQA. Borang tu pulak 5 tahun nak process. Sumber dari lecturer sporting

    BalasPadam
  32. Saya ada satu apartment untuk disewa di jalan pahat sek 15 untuk disewa. Saya adalah owner dan sedia berbincang apakah keperluan anda hanya inilah satu apartment saya di dataran automobil jalan J tingkat 2. No agent discuss dengan direct owner. 3 rooms 2 bathroom tingkat 2. Rumah masih di cat dan dibersihkan mengikut keperluan anda berapa orang apa yg sangat penting anda mahu peti ais? double deckers dll?.
    Jika berminat boleh email saya di mrupai@yahoo.com .

    BalasPadam
  33. setuju..agent mmg cekik darah..sepanjang duduk perdana,mmg kurg selamat..tapi pasal lif rosak kat perdana tu..bukan lah tanggungjawab msu..sepatutnya tanggungjawab management perdana sndiri..under agent sume "manis"..

    BalasPadam
  34. nama management uni..tapi management pun "hampeh"..

    BalasPadam
  35. MSU skrg tlh bertambah baik. Post ni adlh pd 2009 yg mana pd waktu t'sebut MSU berkongsi bangunan dgn PTPL. Tp pd thn 2011 MSU tlh berpindah kebangunan mereka sendiri iaitu berhampiran dgn tesco extra. Jd masalah berkaitan tandas dh xwujud lg.
    Setahu sy juga progrm2 yg ditwarkn di MSU mendpt pengiktirafan dr MQA. Mungkin ada prgrm yg br ditawarkn & masih lg dlm proses mendptkn pengiktirafan tersebut, tp setahu sy juga MSU xpernah gagal utk mendpt pengiktirafan tersebut sbb msu mendapat tier 5 di dlm SETARA.

    BalasPadam
  36. saya mau tnya en tanpa nama...knp ptpl kna crikm student untuk msu?knp x msu sndiri cri student sndiri dan ptpl cri student tuk ptpl sndiri? muskhil...lps tu bhrnti kn staff ptpl gara2 x capai kpi masukkan stdnt ke msu.....knp ya bt bgini?

    BalasPadam
  37. baru cadang nak masukan anak ....kalu dah teruk sangat camni kensel lebih baik sbelum menysal dikemudian hari...duit banyak habis tapi..hampeh...syukur sbb survey dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy student degree final sem di msu.untuk pengetahuan semua.semua masalah yang berkaitan toilet,fasiliti tiada langsung.sememangnye fasiliti nye cukup dan terjaga.berkenaan rumah sewa, setiap pelajar baru akan diberitahu oleh kaunselor msing2 tentang rumah-rumah sewa under agent.pelajar diberi hak untuk survey dan memilih.so,ur choice to cari sndri@depend to ur agent.got plenty of choice anyway.

      Padam
    2. Encik tanpa nama student degree finale sem, boleh x bg sy email .. Sy ada benda nk tanya .. Thanks

      Padam
  38. Assalamualikum..
    Saya mndpt permohonan smbg degree di msu.
    Mengenai isu2 di atas.. mslh kebajikan
    Student dah selesai ker belum. Saya sgt risau.. mcm org lain. Sy xnak menyesal stelah buat kputusan. Tolg bg penjelasan..

    BalasPadam
  39. Namanya nak masuk University SWASTA .. dah namanya SWASTA maka sedia maklumlah yuran mereka agak tinggi .. bukan MSU je ..semua yang dah namanya uni SWASTA mmng yuran tinggi ..try to seek any scholarship or loan ..in sha Allah masalah yuran dapat diatasi .. :) MSU skrg dh okay ...kalau pasal rumah sewa tu skrg ade byk apartment baru yg nk dibuka n sudah dibuka ..kalau nak cari yg murah ade saja ..tp kena pandai2 lh ... tp serious ...MPP ni akn muncul bila time orintasi n time nak mengundi ...time tu lah baru nampak muka diaorang ..hehe

    BalasPadam