Isnin, 3 Oktober 2011

Ada hikmahnya

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini Penulis mahu berkongsi dengan pembaca dengan kisah yang diceritakan oleh penceramah bebas yang sangat popular di Malaysia tidak lain dan tidak bukan Ustaz Azhar Idrus. Kalau ada pembaca yang tidak kenal ustaz Azhar ni, boleh dikatakan agak ketinggalan zaman (Jangan marah ye =D). Boleh dikatakan sekarang ini Fenomena Ustaz Azhar sedang melanda negara kita ini. Kalau siapa yang tidak kenal, bolehlah kenal beliau dalam facebook Ustaz Azhar Idrus (Original).  



Macho dan hensemkan Ustaz Azhar ni. Ambil gambar pun expert juga ustaz ni. Memang sempoi la, bak kata orang Mukmin Profesional. 

Dah habis dah seisi perkenalkan ustaz Azhar, jadi sekarang penulis mahu berkongsi tentang sebuah kisah yang diceritakan oleh Ustaz Azhar beberapa tahun lepas didalam kuliah Maghrib. Ceritanya bermula.......

Seorang sahabat Baginda Nabi s.a.w telah berkahwin dengan seorang wanita. Pada suatu hari, sahabat Nabi ini mahu bermusafir dan telah memesan kepada si isteri untuk tinggal di rumah dan tidak keluar kemana-mana tanpa izinnya. Maka keluarlah si suami ini untuk bermusafir.


Selang beberapa lama, maka datanglah saudara si isteri ini memberitahu bahawa ayah kepada si isteri ini telah meninggal dunia dan akan dikebumikan. Ketika mahu keluar rumah, si isteri ini teringat akan nasihat suaminya untuk tidak keluar tanpa izinya. Si isteri berasa ragu-ragu dan keliru samada mahu keluar menziarahi ayahnya untuk kali yang terakhir ataupun patuh akan arahan suaminya. Saudara mara si isteri ini terus memujuk tetapi oleh kerana taatnya si isteri ini akan suaminya, maka si isteri ini meminta maaf dan terus tinggal di rumah. Hati siapa yang tidak sedih, maka si wanita ini telah menangis dan berdoa untuk diberikan ketenangan dan berserah semuanya kepada Allah.


Perkara ini telah sampai kepada pengetahun Baginda Nabi s.a.w. Maka Baginda memerintah salah seorang sahabat untuk memberi khabar kepada si isteri. Maka ketika bertemu si isteri, sahabat Baginda bertanya kepada si isteri ini.

"Apakah benar ayahmu telah meninggal dunia dan kamu tidak menziarahinya kerana patuh akan arahan suamimu untuk tidak keluar rumah tanpa izinnya?"tanya sahabat Nabi.

"Benar apa yang telah diperkatakan oleh kamu itu" jawab si isteri.

"Aku datang kesini atas arahan Baginda Nabi s.a.w dan mahu menyampaikan berita gembira kepadamu" kata sahabat Nabi itu.

Tanya si isteri ini dengan terpinga-pinga " Berita apakah itu?"

"Rasulullah s.a.w suruh menyampaikan salam ayahmu kepada mu dan ayahmu sedang bergembira di dalam syurga. Ini balasan kerana ketaatanmu terhadap suamimu"

Hebatkan cerita ini. Pada pandangan kita mungkin kita akan dianggap kurang ajar ataupun anak derhaka kerana lebih mementingkan arahan suami berbanding melawat ayah yang telah meninggal dunia. Tetapi sebaliknya yang berlaku.


2 perkara yang Penulis dapat simpulkan dari cerita ini (yang selebihnya carilah sendiri ye =))

1) Ketaatan kepada suami adalah sangat penting dan utama bagi wanita yang bernama isteri
2) Sesuatu yang dianjurkan di dalam Islam pasti yang terbaik untuk kita walaupun pada pandangan kita ianya tidak memberi manfaat kepada kita
3) Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

p/s: berharap menjadi seorang suami yang soleh bertanggun-jawab terhadap isteri dan anak-anak.amin.


1 ulasan:

  1. amiiin~
    citer nie byk kali dgr dr zaman sekolah...
    suke citer nie...kdg2 org x perasn kepentingn seorg suami dan keluarga, yg mne penting...
    ^^,

    BalasPadam