Khamis, 8 September 2011

Puasa kena ganti?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah hampir 2 minggu kita telah meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, tup tup Penulis terbaca berita tentang umat Islam kena mengganti puasa untuk satu. Kerana apa? Kerana mereka yang berkenaan telah tersalah mengumumkan hari raya Aidilfitri, iaitu awal sehari dari hari yang sepatutnya. Tapi kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi di Arab Saudi.

Pengunjung boleh membaca tentang perkara tersebut disini.Dibawah ini pula video tentang perkara tersebut. Maaf Penulis pun tidak berapa fasih sangat bahasa arab, jadi tidak boleh untuk ditranslate dalam bahasa Melayu. Nak guna google translator pon tak berapa pandai =)


Apa yang ingin Penulis katakan disini, setiap perbuatan kita mestilah berlandaskan hadis dan Al-Quran. Seringkali kita dengar "Ustaz tu pun buat juga, kenalah ikut" atau "Takpe, Ustaz tu tak kata apa-apa, kira okeylah". Perlu diingat, kita beribadah mestilah ibadah yang soheh, iaitu seperti yang diajar oleh Islam. Kita tidak boleh sandarkan sesuatu hukum itu kepada orang biasa ataupun Ustaz kerana mereka pun ada juga melakukan kesilapan. Yang menjadi panduan kita ialah Al-Quran dan juga Sunnah Baginda Nabi SAW seperti mana hadis riwayat Bukhari yang bermaksud " Solatlah kamu seperti mana kamu melihat Aku solat".

p/s:Jangan lupa untuk puasa 6 pula ye...


1 ulasan:

  1. nsb baik baca smpai habis entri ni, wlupun x tgk vid..
    klu x msti pening sbb pe kena ganti plk..

    BalasPadam