Sabtu, 6 Februari 2010

Perjumpaan Bersama Student and Career Development

Salam

Pada petang 2 February 2010, saya selaku Presiden PMIMSU seisi 08/09 telah menghadiri perjumpaan bersama ketua pengarah Student and Career Development (SCD), Syed Helmy Syed Abu Bakar bersama juga Student Representative Council (SRC) bertempat di bilik SRC pada pukul 5.30 petang.

Saya sudah lama menunggu saat ini lantaran banyak perkara khususnya berkaitan dengan kebajikan pelajar yang ingin saya bangkitkan.Antara perkara yang saya bangkitkan adalah:

ISU TANDAS

Semenjak saya mendaftar di MSU satu tahun setengah yang lepas, isu tandas ini sering kali menjadi igauan buruk kepada mahasiswa/i. Bayangkanlah dengan bilangan mahasiswa/i dari MSU yang mencecah hampir 5000 ditambah juga dengan bilangan mahasiswa/i dari PTPL, sudah tentu berlaku ketidakselesaan untuk menggunakan tandas. Walaupun ada tandas yang disediakan oleh deretan kedai di blok B, tidak kesemuanya dapat dipakai dan juga menampung bilangan mahasiswa/i yang semakin meningkat saban hari. Bahkan tandas yang sedia ada terutama di blok C amat jijik, berbau dan juga kotor disamping berlaku kerosakan pada pintu tandas dan juga mangkuk tandas. Tidak lama dahulu ada seorang pensyarah memberitahu saya bahawa ada ketika beliau tidak dapat mengajar kerana air tandas yang melimpah memasuki kelas dan menimbulkan suasana tidak selesa. Ini sekaligus menggangu proses Pembelajaran dan Pengajaran mahasiswa.

Bahkan tandas yang berhampiran dengan Teater Hall juga rosak dan juga berbau. Ini mendatangkan presepsi buruk masyarakat luar lantaran MSU dan juga PTPL sering kali mengadakan program bersama dengan masyarakat di dewan tersebut. Kita mahu menjaga nama baik kampus tetapi kita tidak menyediakan keperluan yang menjurus kepada kebaikan nama baik kampus kita ini.

Bagi mengatasi masalah ini, kami yang berada didalam meeting tersebut diminta untuk mengisi borang student feeback supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Encik Syed Helmy akan membawa perkara ini ke pihak Maintenance supaya diambil tindakan secepat yang mungkin. Bahkan apa-apa jua masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i semua, saya menyarankan agar anda semua mengisi borang student feedback yang boleh didapati di SCD. Dan harapan saya agar isu tandas ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin agar tidak terus-menerus menjadi liabiliti kepada mahasiswa/i. Kalaulah perkara yang sekecil ini  tidak dapat diselesaikan, mana mungkin perkara yang lebih besar dapat diatasi lebih-lebih lagi bilamana kita berpindah ke kampus baru. Bahkan saya juga berpendapat tidak salah untuk mengeluarkan sedikit kos untuk membaiki dan menaik taraf tandas untuk keselesaan mahasiswa/i kalau nak dibandingkan berapa kos yang hendak dikeluarkan untuk iklan di media massa, di LRT komuter dan juga di sepanjang 'highway'.

KETIADAAN PENSYARAH

Ketiadaan pensyarah ataupun pensyarah tidak masuk ke dalam kelas antara perkara yang saya titipkan di dalam mesyuarat kali ini. Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku dan juga pernah terjadi ke atas diri saya sendiri ketika berada di semester 2. Ketiadaan pensyarah untuk subjek Anatomy menyebabkan ramai mahasiswa/i satu batch dengan saya mendapat gred yang sangat rendah ketika itu sehingga memaksa diadakan peperiksaan pertengahan semester kali ke-2. Malah perkara ini masih lagi terjadi dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin kerana ianya merugikan kedua-dua pihak samada pihak pentadbiran dan juga mahasiswa/i itu sendiri. Malahan saya mengesyorkan agar pemilihan pensyarah mestilah dititik beratkan agar kualiti pengajaran dapat dikekalkan dan bukan hanya memilih pensyarah dari kalangan lepasan MSU dan juga PTPL, tetapi mereka yang berpengalaman. Bukan saya memandangkan rendah kepada lepasan MSU dan juga PTPL, mereka juga pensyarah yang hebat, tetapi dalam memacu kualiti pengajaran yang hebat, kita perlukan mereka yang lebih berpengalaman luas dalam bidang dan juga skop masing-masing.

KAUNSELOR

Ramai di kalangan mahasiswa/i MSU tidak mengetahui adanya pusat kaunseling di MSU. Bahkan hampir kebanyakkan sahabat-sahabat saya dari lain-lain kelab dan persatuan didalam bilik mesyuarat SRC juga terkejut bilamana saya menyatakan perkara ini. saya berharap agar unit kaunseling ini dapat diperkenalkan dan juga diperluas penggunaannya. Walaupun kita setiap mahasiswa/i mempunyai mentor, tetapi kita memerlukan seorang yang mempunyai kelayakan dalam memberi kauseling. Betul, mentor boleh memberi nasihat tetapi bukan dari segi memberi motivasi dan sebagainya kerana semua itu perlu dipelajari dan mendap`2qat pengiktirafan. Bahkan kadang-kala mentor juga terlalu sibuk dan jarang meluangkan masa bersama mentee. Ini sekaligus menyukarkan mahasiswa/i untuk berkongsi atau meluahkan perasaan mereka yang mempunyai masalah peribadi,pelajaran atau sebagainya dan seterusnya sedikit sebanyak menggangu pembelajaran mereka. Mungkin selepas ini kita mempunyai tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi.

ISU PENGGUNAAN ARAK

Ada aduan yang mengatakan bahagian kulinari telah menggunakan arak didalam pembelajaran masakan. Jika maka benar perkara ini berlaku, kami di PMIMSU berpendirian tegas melarang penggunaan arak didalam masakan. Tetapi Alhamdulillah jawapan yang diberikan oleh seorang sahabat saya didalam mesyuarat itu yang juga pelajar kulinari menafikan penggunaan arak. Penggunaan arak hanya dinyatakan didalam teori semata-mata dan juga digantikan dengan Sparkling. Dan saya harap apa yang diperkatakan itu adalah betul dan berharap isu ini tidak lagi timbul lagi selepas ini. Tujuan saya membangkit perkara ini adalah untuk mendapat penjelasan dan pencerahan agar tidak berlaku fitnah dan dapat menjawab persoalan yang ditanya oleh si pengadu.

Ada banyak lagi isu yang saya timbulkan ketika bermesyuarat tempoh hari. Tetapi memandangkan saya sekrang sedang menulis dalam keadaan tidak sihat (demam dan selesema), saya takut nanti penulisan saya dipengaruhi oleh mainan emosi dan bukan berdasarkan apa yang dibincang.

Salam...

"Hidup ini pendek, tetapi kebenaran mempunyai hayat yang panjang" - Arthur Schopenhaueur ( the world as will and idea)

9 ulasan:

  1. HambaAllah yg memerhatikn tingkah manusia..6 Februari 2010 pada 11:47 PTG

    salam...
    setelah sekian lama ana memerhatikan kepimpinan enta...selps membaca entry enta kali ini barulah ana dpt rasakan kepimpinan itu..baru enta serlahkan kepimpinan dengan pernyataan yang ana kira matang sebagai seorang pemimpin...maaf jika ana terlau berterus-terang..namun inilah kebenaran yang ana rasakan..
    Moga Allah sentiasa memberikn taufiq kepada enta dan memandu enta dalam setiap perlakuan dan perkataan enta..

    BalasPadam
  2. kepada hamba Allah yg memerhatikan tingkah manusia:

    Salam...ana bukanlah sorang yg sempurna dan ana mengharap kritikan dan teguran yang membina dalam ana menerajui gerakan dakwah di kampus ini..insyaAllah setiap teguran yg diterima akan ana ambil sebagai satu pengajaran...

    Ana juga mengharap doa dari anda semua. Mudahan setiap langkah yg ana ambil ini tidak lari dari landasan agama.amin...

    "Berkatalah benar walaupun pahit"

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..
    mantop..demi kebajikan semua..

    isu tandas..'bgos...

    pda 27 januari 2010..pihak MPP PTPL telah menyerahkan aduan mengenai tandas..ia telah disokong oleh pngarah UPP PTPL dan di bwa ke mentenance..
    mnurut borang student feedbeck,setiap aduan akan diambil tindakan dlm tempoh 3 hari bekerja..tp malangnya..setelah seminggu pihak MPP PTPl mnunggu..tiada perubahan belaku..
    pada pg jumaat(5 february 2010),persoalan ini sekali lg dibangkitkan pda pengarah UPP PTPL,rupanya pihak mentenence telah menyuruh kami sbgai MPP menulis skali lagi aduan tersebut krna borang aduan yg tlh diserahkan HILANG.....
    dimnakah tanggungjwab mereka??
    perkara ini akan dinaikkan dlm meeting bersama pengetua pda (8,9 dan 10 february ni)..
    kmi terpaksa menunggu jawapan dr pihak atsan sblom mngambil tindakan seterusnya..

    wassalam..

    BalasPadam
  4. kepada Nurul Akhisha:

    Mungkin anda sebagai seorang MPP PTPL,anda mempunyai suara untuk membangkitkan isu ini bersama pengarah UPP.

    Suara mahasiswa adalah suara keramat lebih-lebih kagi orang yang mempunyai kuasa dan juga jawatan seperti anda.

    Saya sudah banyak kali berurusan dengan pihak Mentenance dan tidak dinafikan banyak karenah birokrasi yang dihadapi dan juga tidak profesional dalam melaksanakan tugasan.

    Anda perlu berani untuk bersuara supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.Tunjukkan kepada mereka bahawa anda golongan MPP mampu untuk bersifat profesional dalam melakukan sesuatu perkara.

    Kami sentiasa bersama anda dan menyokong anda dalam memperjuangkan hal kebajikan mahasiswa/i

    BalasPadam
  5. caiyo2!! SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT

    BalasPadam
  6. Soal kaunselor tuh.. halim.. kalau di ipts sudah ada jadual yng disediakan di panggil consultation hour.. buzy sngt sudahlah lecturer asyik kuar masuk.. saya nie hah berape kali kelas cancel.. lecturer sakit.. yng saya dngr budak bia.. ada sampai kelas kul 9 lecturer part time plak tuh.. sudah lah plak masalah dengan keputusan mid sem ari tuh

    BalasPadam
  7. Saya sudah menjangkakan isu mengenai lecturer ini akan menjadi liabiliti kepada mahasiswa/i terutama ianya akan menjejaskan keputusan cgpa yang akan diterima oleh mahasiswa/i.


    saya cadangkan anda berjumpa terus dengan programme coordinator course masing-masing bagi menyelesaikan isu ini.

    Jika memerlukan pertolongan dari pihak kami atau secara personal dengan saya, boleh hubungi saya melalui no telefon yang tertera di profile saya.

    Perkara seperti ini perlu diatasi secara holistik agar perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin dalam menjaga kualiti mutu pendidikan di MSU.


    Anda mampu mengubahnya.

    Suara siswa suara keramat!!!

    BalasPadam
  8. tak3, sy sbg seorang pljr msu di sini mrasekan tidak patut halim melakukan tindakan seperti tuh, sepatutnya mengenai isu ark tuh haruslah bertanya dulu @ siasat dan bukannyer melulu tak tentu pasal. saper yg rugi , PMI gak kan yg dapat malu , pasal per ? pasal membuat tuduhan palsu,kalo yer pun nak menegur sesuatu isu itu haruslah kene dgn tmpat dan ilmu seseorg tuh gak kan

    BalasPadam
  9. saya sudah bertanya kepada mereka yang berkaitan, dan jawapannya mereka hanya belajar menggunakan arak secara teori dan bukn secara practikal..


    saya bukan menuduh secara melulu,saya mengikut saluran yang betul iaitu melalui perjumpaan bersama SCD,selain itu saya cuma mahu mendapat penjelasan yang sebenar dari pihak yang bertanggung jawab...

    BalasPadam