Salam
Lahirnya seorang pemimpin yang agung. Itulah gambaran yang boleh saya sifatkan keatas kelahiran nabi akhir zaman, yang diberi nama Muhammad. Sifat kepimpinan yang ada pada batang tubuh Baginda saw mengcakupi semua perkara dari aspek sebagai seorang pemimpin negara, ketua angkatan perang, seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anaknya. Lahirnya Baginda Rasulullah saw ini bukan sekadar memberi rahmat kepada manusia, tetapi kepada semua alam.
Lahirnya seorang pemimpin yang agung. Itulah gambaran yang boleh saya sifatkan keatas kelahiran nabi akhir zaman, yang diberi nama Muhammad. Sifat kepimpinan yang ada pada batang tubuh Baginda saw mengcakupi semua perkara dari aspek sebagai seorang pemimpin negara, ketua angkatan perang, seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anaknya. Lahirnya Baginda Rasulullah saw ini bukan sekadar memberi rahmat kepada manusia, tetapi kepada semua alam.
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam"(Al-Anbiya:107)
kita sebagai seorang yang daie ataupun pendakwah seharusnya menjadikan sifat pimpinan yang ada pada baginda ini sebagai salah satu dari intipati diri kita ini. 4 sifat yang saya rasa perlu ada pada seorang daie adalah sifat siddiq, amanah, tabligh, dan juga fatonah yang mana akan menjadikan kita ini seorang pemimpin yang hebat, yang mengikuti jejak langkah pimpinan Baginda Rasullullah saw didalam apa jua tindakan dan juga keputusan yang kita ambil dan juga putuskan. Walau apa jua keputusan yang kita putuskan mestilah tidak lari dari mendapat rahmat Allah swt dan untuk mendapatkan mardhatillah itu mestilah melalui jalan ataupun kaedah yang diamalkan oleh Baginda Nabi iaitu melalui syura ataupun musyawarah.Kita sebagai seorang muslim yang menjadikan orang-orang Barat sebagai idola mereka seharusnya berasa malu kerana tidak menjadikan tokoh-tokoh islam yang hebat seperti Saidina Umar Al-Khatab, Muhammad Al-Fateh dan juga Salahuddin Al-Ayubi sebagai idola mereka, apatah lagi Baginda Rasulullah. Bahkan seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat iaitu Michael H. Hart dalam bukunya “The 100″ yang diterbitkan baru-baru ini telah meletakkan Baginda Nabi ditempat pertama tokoh yang paling berpengaruh didunia kerana kemampuan Baginda untuk meninggikan darjat manusia bukan sekadar luaran semata-mata tetapi juga dalaman yang bersifar spritual. Maka tidak ada sebab untuk kita tidak mengikuti sunnah yang nabi tinggalkan kepada kita dengan alasan sudah lapuk dan tidak "up to date", tidak sesuai dengan keadaan moden dewasa kini. Maka mereka yang beranggapan seperti itu boleh saya ibaratkan sebagai menghina nabi dan tidak layak untuk mendapat syafaat Nabi ketika berada di negeri Akhirat.
Saya juga berasa hairan dan juga terkejut bilamana isu perarakan sempena Maulidur Rasul ini dipolitikkan oleh segolongan yang berpolitik sempit. Dari sudut pandang sisi sebagai mahasiswa, saya berpendapat jikalau dengan melakukan perarakkan itu boleh menjadikan kita ini bertambah kecintaan kepada Rasullullah saw, saya mempersilakan kepada mereka untuk berarak. Bak kata pepatah, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Tetapi persoalan yang timbul sekarang, mengapa pula perlu memarahi atau memusuhi mereka yang tidak mengadakan perarakan tersebut? Masing-masing ada hujah dan juga pendapat mengenai isu ini. Apa yang penting ialah kita seharusnya mengamalkan sunnah Baginda Nabi saw yang semakin hari semakin dipandang enteng oleh masyarakat umat Islam sekarang ini dan tidak bergaduh disebabkan perkara-perkara kecil. Pengamalan sunnah itu mestilah dijadikan sebagai satu kepastian bermula dari kita bangun tidor dan sehinggalah kita mahu tidor kembali. Semuanya mestilah mengikuti ajaran sunnah Baginda Nabi saw.
Sebelum saya mengakhiri perutusan ini, saya ingin menyeru kepada semua umat Islam untuk bersatu dalam menegakkan Kalimah Allah dimuka bumi ini khususnya di Malaysia ini. Berdakwah merupakan satu sunnah yang paling besar Baginda Nabi tinggalkan kepada kita semua. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menempuh alam peperiksaan kepada semua mahasiswa/i PTPL dan juga MSU. Semoga antum semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang agar imej kita sebagai mahasiswa Islam dipandang tinggi oleh masyarakat dan dapat secara tidak lansung menaikkan nama Islam itu sendiri. Bitawfiq wa najjah saya ucapkan.
Salam
Perutusan Presiden PMIMSU 08/09
Mohamad Halim Bin mohamad Shariff
Tiada ulasan:
Catat Ulasan