Sabtu, 29 Mei 2010

Ucapan Dasar Muktamar sanawi PMIMSU kali ke-6


UCAPAN DASAR

Presiden PMIMSU SESI 2OO8/2O09

SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-6

“PEMANTAPAN THAQAFAH MERENCANA KEBANGKITAN MAHASISWA”



Ahad, 16 Mei 2010

Penjelasan tentang isu parking kereta

Salam

Isu ini sebenarnya baru sahaja berbangkit setelah kampus baru boleh digunakan (walaupun tidak siap sepenuhnya lagi). Khabar angin terus menerus bertiup di telinga kawan-kawan kita terutamanya mereka yang mempunyai kereta. Saya berharap agar MPP atau SRC memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak nampak peranan yang dimainkan oleh SRC samada memberi penjelasan secara terbuka ataupun kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini. Mungkin juga mereka terlalu sibuk atau sebagainya, itu tidak dapat saya huraikan. Saya berharap agar SRC dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini.

Isnin, 10 Mei 2010

Senyumku sendirian........

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan rasminya bangunan baru MSU telah pun boleh digunakan. Kagum? ya sudah semestinya saya kagum dan juga bangga dengan adanya bangunan baru ini. Di mana-mana saja mesti ada kawan-kawan saya berposing di bangunan baru. Kalau tidak percaya, lihatlah di facebook. Gembira dan lucu pula. Biasalah bila orang dapat sesuatu yang baru, kadar 'keexcitedan' semakin membara bak gunung berapi Krakatau sedang menghembuskan lava. Tersenyum juga saya sendirian melihat student-student dan juga lecturer umpama menyertai program explorace, terkejar ke sana ke mari, sesat dan muka kepenatan menaiki tangga tetapi saya yakin semua kepenatan itu hilang umpama ditiup hembusan angin Pantai Batu Buruk, kerana gumbira mendapat wadah perjuangan ilmu yang baru.


Sebelum itu, saya juga ingin mengingatkan kepada sahabat-sahabat dan juga lecturer tentang keselamatan. Masih banyak lagi tempat yang belum siap sepenuhnya. Jauhilah tempat tersebut demi keselamatan anda. Dan juga khusus untuk wanita, walaupun saya tidak suka untuk bersikap prejudis, tetapi jangan lupa keselamatan diri anda khususnya dengan pekerja-pekerja binaan. Jangan cuba menaikan semangat dan hembusan nafas mereka dengan berjalan berseorangan di sana. Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi, anda bisa 'hilang' dalam ramai.


Ramai juga orang diluar sana yang bertanya pendapat tentang MSU ini. Jika anda bertanya kepada saya wajarkah anda memasuki MSU, saya tanpa membuang waktu memeluk anda sebagai ahli keluarga MSU. Silalah masuk dan mendaftar dengan MSU, (jangan lupa mendaftar sebagai ahli PMIMSU juga) jangan ragu dan cagu memilih univercity of choice ini. Memang benar tidak semua instituisi pendidikan semuanya sempurna, hatta IPTA sekalipun, ada juga kekurangannya (teringat berita UNIMAP tidak mendapat MQA dalam beberapa kos yang ditawarkan). Bahkan saya secara personal mengagumi sikap dan perhatian yang diambil oleh pihak management dalam menangani sebarang isu yang ditimbulkan. Bahkan kritikan-kritikan dan cadangan-cadangan saya sebelum ini juga dipandang serius oleh pihak management dan juga SCD serta SRC. Two thumbs up!! dengan anugerah APEC yang telah diterima ( hanya ada 2 buah university swasta mendapat anugerah APEC di Malaysia, salah satunya ialah MSU) dan juga deretan-deretan anugerah Malaysia book's of record, sudah terbukti MSU memang wajar diberi nama nick name My Sweet Univercity.

Ada juga yang bertanya, Halim ni asyik mengkritik MSU je dalam post sebelum ini ,ini jawapan saya "saya sayang MSU, sebab itulah saya mengkritik.Tiada niat yang lain. Saya tidak dapat apa pun. Cuma saya mahu melihat MSU terus cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai wadah untuk menuntut ilmu di Malaysia".

Proud to be MSUian.


Ahad, 9 Mei 2010

1 Malaysia 1 Judi

Assalamualaikum...

apa yang nak jadi dengan kerajaan Malaysia, negara kita yang bangga dengan jolokan negara Islam. Tidak terfikir di fikiran ini bahawa kerajaan ingin membenarkan perjudian berdasarkan sukan di negara kita. 

Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama
  

Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.
Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat
kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari
manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).


Bersetujukah anda dengan  cadangan ini?