Salam Eiduladha...
Sudah lama saya tidak balik beraya di kampung di Melaka. Kesempatan untuk beraya di kampung sangat-sangat dinantikan lantaran tahun lepas saya sudah beraya di perantauan, jauh dari keluarga.
Pada petang kelmarin saya berkesempatan untuk keluar berjalan-jalan di bandaraya Melaka yang cukup hebat dan mashyur dengan sejarahnya. Sudah banyak perubahan yang sangat ketara dapat saya lihat. Pelbagai bangunan telah didirikan, pasir-pasir pantai jauh terbentang tatkala proses penambakkan laut sedang asyik dijalankan. Tiba-tiba otakku mula berfikir tanpa diminta. Kenapa kerajaan Melaka dewasa ini diketuai oleh Ketua Menteri? Kenapa tidak diketuai oleh Sultan? Kenapa negeri Melaka sekarang idak lagi diketuai oleh sultan sedangkan jika kita membelek kembali lipatan sejarah, Melaka dahulu sangat dikenali akan pemerintahan berasaskan Kesutanan Melayu Melaka?
Dimana Sultan Melaka sekarang ini? Apakah ghaib bersama-sama Hang Tuah? Ada sahabat-sahabat boleh membantu saya mencari jawapan ini?
saya tahu.saya tahu.
BalasPadamApa jawapannya?
BalasPadamSultan Melaka = Sultan Johor
BalasPadamTanpa nama: boleh bagi pencerahan dan penjelasan sedikit tentang sutan Melaka=Sultan Johor?
BalasPadammungkin juga ramai sahabat kita diluar sana juga ingin mengetahui :)
Sejarah mempunyai banyak jalur. Jangan terlalu terikat dengan sejarah yang diajar di sekolah-sekolah. Kelak beginilah cara fikir kita.
BalasPadamKesultanan Melaka umpama kesultanan Uthmaniyah. Dilenyapkan oleh 'tangan tersembunyi'.
Selamat mengkaji, wahai Ustaz Halim.. =)
hang tuah telah bunuh jebat dan kasturi kerana diperintahkan sultan ttp lekir dan likiu di bunuh jebat dan kasturi kerana lekir dan likiu diperintahkan sultan..kini tuan sendirian dan hilangkan diri di sg.duyung bersama keris melaka taming sari dan bersumpah timbul keris ini melaka akan ada pahlawan dan tuah kembali..1511 kejatuhan melaka tun perak bawa sultan mahmud lari ke johor dan johor di serang sultan lari ke riau..portugis marah sangat kepada org melaka dan sultan melayu melaka kerana beribu tentera dan kapal musnah hanya untuk takluk melaka dengan bantuan pengkianat pembesar melayu melaka akhirnya portugis dalam tawan kota melaka untuk hapuskan sejarah melayu dan sultan segala peninggalan sultan seperti istana dan makam2 di musnahkan dan di bawa balik ke portugal di simpan di sana tujuanya kelak nama portugis tercatat dalam sejarah dan nama kesultanan melaka tercalar hinnga kini sebagai bacul dan kalah...padahal portugis masa tu hampir putus asa dan kalah tp tektik kotor beri rasuah kepada pembesar melaka yang benci sultan masa itu untuk sekonkol dengan ya untuk serang melaka...itu la kita harus tegakan sejarah melayu dari terus di tipu oleh barat..kita melayu yang maju cuma sejarah kita di ubah oleh barat dan di sembunyikan kerana iti la tuah pernah berpesan TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...semua ini telah di jangkan sebelum tuah tinggalkan bumi melaka
BalasPadamaku sygkan melaka dan benci barat yg manipulasi sejarah melayu melaka yang sebenar..apa yang tercatat dalam sejarah sekarang ttg melaka adalah agenda barat..ada yang benar tp banyak yang ditokok tambah
BalasPadamSaya dengar kawan saya Ada keturunan raja melaka,mereka Sekarang berada di Brunei Darussalam
BalasPadam