Isnin, 16 November 2009

Untukmu yang digelar wanita

RATUKU
INGINKU LUAHKAN APA YANG SUDAH LAMA INGINKU LUAHKAN
TENTANG KEBIMBANGANKU INI TATKALA MELIHAT BUNGA-BUNGA BERGUGURAN
DIPETIK TANGAN-TANGAN YANG GANAS LAGI BERNAFSU SERAKAH

RATUKU
KEBIMBANGANKU INI MASIH MENEBAL
APABILA MENDENGAR DENGUNGAN KUMBANG PEROSAK
YANG CUBA MENYEDUT MADUMU WALAU TANPA RELAMU

RATUKU
KEBIMBANGANKU BERTAMBAH LAGI
BILA KU MELIHAT BUNGA YANG TAK SEGAN SILU
MELEMPIASKAN KECANTIKKANNYA KETIKA SEDANG MEKAR
MELUPAKAN KUNTUMAN YANG SEBELUM INI MELINDUNGINYA

RATUKU
AKU MASIH TERPINGA-PINGA
MASIH WUJUDKAH LAGI RATU IDAMAN HATIKU
KERANA APA YANG AKU LIHAT HARI INI
SEMAKIN BANYAK BUNGA-BUNGA GUGUR
BAGAIKAN TIBANYA MUSIM LURUH

RATUKU
BUKANLAH KUHARAP KAU SEGIGIH SITI HAWA
YANG BERLARI-LARI ANTARA SAFA DENGAN MARWAH
BUKAN JUGA SESETIA AINUL MARDHIYYAH
MENANTI KEKASIH DIPINTU SYURGA

RATUKU
AKUILAH HAKIKAT YANG TERSURAT
KAU BUKANLAH SITI KHADIJAH MAHUPUN SITI FATIMAH
KAU BUKAN AISYAH BUKAN JUGA RABIATUL ADAWIYAH
WANITA SUCI TERPUJI
KERNA AKU TIDAK LAYAK
BERHARAP SEDEMIKIAN RUPA
CUKUPLAH SEKADAR KAU CUBA MENCONTOHI BUNGA-BUNGA ITU
KEMBANG MEKAR MEWANGI
SEHINGGA HARUMANNYA MELEWATI PINTU-PINTU SYURGA
JANGAN KAU RISAU RATUKU
KADANGKALA MUSIM BERGANTI
SEHINGGA BUNGA TAK DAPAT BERKEMBANG MEKAR
TAPI ITU HANYA UJIAN BUATMU

RATUKU
ESOK MUSIM BUNGA PASTIKAN TIBA
DAN KAU AKAN MAMPU BERKEMBANG LAGI
CUMA YANG KUHARAPKAN KETIKA ITU
KAU JAGA KELOPAKMU ITU
JANGAN SAMPAI TANGAN-TANGAN KASAR MEMETIKMU LAGI
JANGAN GODA KUMBANG-KUMBANG GANAS MENGHISAP MADU
JANGAN BIARKAN GAGAK-GAGAK HITAM ITU MEROSAKKAN SERIMU
KERNA KAU RATU IDAMAN KALBU

RATUKU
AKU BUKANLAH MEMANDANG KECANTIKKANMU
WALAUPUN KADANGKALA AKU TERTARIK MEMANDANGNYA
TAPI BUKAN ITU YANG KUHARAPKAN
AKU YAKIN RATUKU MASIH ADA SINAR HARAPAN
YANG BISA MEMBUATKU TERSENYUM LEGA
KERANA AKANKU TEMUI
RATU YANG BENAR-BENAR RATU

4 ulasan:

  1. Nice... Apabila seorang ratu sedang mencari ketenangan.. Tangan kasar sering menghantui...

    BalasPadam
  2. gunakanlah duri yang ada padamu untuk menepis tangan-tangan yang kasar sifatnya itu..:)

    BalasPadam
  3. tetapi tgn yg kasar sentiasa berusaha untuk memusnahkan duri-duri yg ada.apa yg harus bunga lakukan??

    BalasPadam
  4. Tingkatkanlah taqwa dalam dirimu. Mudah-mudahan tuhan membantumu dari tangan-tangan yang ganas.

    BalasPadam