Khamis, 29 April 2010

Kenyataan rasmi PMIMSU tentang Isu adik Aminulrashid Amzah

Assalamualaikum.

Pertama sekali kami dari pihak PMIMSU ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Aminulrasyid Amzah diatas apa yang telah berlaku. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

PMIMSU berpendirian bahawa kes ini mestilah diselesaikan secara telus dan adil bagi memastikan perkara seperti ini tidak menjadi polemik kepada masyarakat kita. Tidak dapat dinafikan peranan dan sumbangan pihak polis dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia tetapi beberapa perkara serta isu telah menjejas imej dan kredibiliti pihak polis. Isu rasuah, kematian Kugan ketika berada dalam tahanan polis, tindakan polis menembak seorang ibu tunggal, Norizan Salleh tanpa sebab yang kukuh dan yang terbaru kematian adik Aminulrasyid Amzah telah menyebabkan rakyat semakin kurang percaya kepada pihak polis. Sekiranya pihak polis tidak berusaha untuk menyelesaikan perkara ini, tidak mustahil rakyat akan terus tidak mempercayai dan ragu-ragu tentang kredibiliti pihak polis.

Yang kedua, PMIMSU juga berharap agar pihak media massa tidak melanggar etika kewartawanan dengan menyebarkan kenyataan yang tidak berfakta dan tidak tepat. Dalam isu ini, kami berasa sangat kecewa dengan beberapa kenyataan dari beberapa akhbar perdana yang telah menyiarkan sesuatu yang kami boleh menganggap sebagai satu fitnah kerana pihak keluarga mangsa telah menafikan apa yang telah ditulis oleh pihak akhbar tersebut. Mereka juga meminta agar pihak media dan masyarakat untuk tidak melaporkan yang bukan-bukan tentang arwah adik Aminulrasyid Amzah. PMIMSU bersetuju dengan permintaan keluarga mangsa kerana kami beranggapan bahawa ia akan memporak perandakan lagi isu ini sehingga menambahkan lagi kesengsaraan yang telah dialami oleh keluarga mangsa.

Lihat disini untuk melihat sidang media oleh keluarga mangsa


Sekali lagi kami PMIMSU berharap agar pihak polis didalam menyelesaikan masalah ini biarlah secara telus dan tanpa memilih bulu serta dapat menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin agar pihak keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Presiden PMIMSU 08/10
Mohamad Halim bin Mohamad Shariff

Selasa, 27 April 2010

Polis semakin kejam

Assalamualaikum.

Berita yang sangat menyedihkan berlaku bilamana seorang remaja berusia 15 tahun telah ditembak oleh pihak polis.Yang menyedihkan ialah bagaimana media arus utama telah memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa remaja tersebut merupakan seorang penyamun dan banyak lagi yang membenarkan polis sewenang-wenangnya membunuh nyawa manusia.
inilah adalah berita dari arus perdana yang banyak memutar belit fakta.

ini pula dari Malaysiakini

kenyataan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad tentang isu ini

ini pula luahan rasa kecewa ahli keluarga mangsa

anda nilailah sendiri dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah swt dalam menilai yang mana hak dan yang mana batil.

Jom beri sokongan kepada ahli keluarga mangsa dengan join group ni di facebook.


Khamis, 1 April 2010

Tidak bolehkah Kelantan anjur Jom Heboh?

Salam.

Sudah banyak kali pertanyaan mengenai Jom heboh yang pertama kali diadakan di Kelantan ditanya kepada saya. Isu ini menjadi polemik kepada sesetengah golongan unutk dijadikan isu politik murahan. Mudah-mudahan dengan sedikit pencerahan yang tidak seberapa dari saya ini mampu mengungkai segala persoalan yang bersarang di fikiran.

Saya berpendapat Jom Heboh dikategorikan sebagai haram kerana 2 perkara iaitu penganjuran konsert yang bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batasan dan juga nyanyian penyanyi wanita yang haram didengar oleh bukan muhrim ( pendapat yang tegas dari segolongan ulama' ). Sebab itulah Jom Heboh dikategorikan sebagai haram.


Perkara yang haram tidak boleh sama sekali bercampur dengan perkara yang halal. Kerana 2 sebab yang disebut diatas,maka relevanlah Jom Heboh diharamkan oleh kerajaan Kelantan. Baginda nabi juga telah merobohkan kesemua berhala di sekitar Kaabah ketika peristiwa "Fathu Mekkah." Ini jelas menunjukkan perkara yang batil tidak boleh bercampur dengan perkara yang haq.

Tetapi untuk kali pertamanya, Jom Heboh dijalankan dengan di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan beberapa syarat. Yang pertama, diasingkan antara muslimin dan muslimat yang belum berkahwin, dan juga disediakan satu tempat untuk golongan berkeluarga. Yang kedua, tiada penyanyi wanita yang menyanyi pada malam itu.

tempat untuk penonton muslimin


tempat  untuk penonton muslimat

tempat untuk berkeluarga

Antara artis yang mengadakan persembahan malam itu termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin. Maka saya rasa dengan sebab inilah kerajaan Kelantan membenarkan Jom Heboh diadakan di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekkah.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Malaysia terutama orang Islam sudah didoktrin dengan hedonisme.Untuk membuang doktrin ini bukan mudah tetapi dengan adanya usaha-usaha seperti pengasingan penonton dapat mengurangkan sedikit sebanyak pergaulan bebas dan juga menyediakan hiburan yang dibenarkan didalam Islam. Selain itu, dengan penganjuran Jom Heboh juga dapat membantu golongan peniaga untuk berniaga

Mudah-mudahan dengan pencerahan ini dapat membantu kita semua dalam memberikan hujah tentang Jom Heboh di Kelantan.