Khamis, 1 April 2010

Tidak bolehkah Kelantan anjur Jom Heboh?

Salam.

Sudah banyak kali pertanyaan mengenai Jom heboh yang pertama kali diadakan di Kelantan ditanya kepada saya. Isu ini menjadi polemik kepada sesetengah golongan unutk dijadikan isu politik murahan. Mudah-mudahan dengan sedikit pencerahan yang tidak seberapa dari saya ini mampu mengungkai segala persoalan yang bersarang di fikiran.

Saya berpendapat Jom Heboh dikategorikan sebagai haram kerana 2 perkara iaitu penganjuran konsert yang bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batasan dan juga nyanyian penyanyi wanita yang haram didengar oleh bukan muhrim ( pendapat yang tegas dari segolongan ulama' ). Sebab itulah Jom Heboh dikategorikan sebagai haram.


Perkara yang haram tidak boleh sama sekali bercampur dengan perkara yang halal. Kerana 2 sebab yang disebut diatas,maka relevanlah Jom Heboh diharamkan oleh kerajaan Kelantan. Baginda nabi juga telah merobohkan kesemua berhala di sekitar Kaabah ketika peristiwa "Fathu Mekkah." Ini jelas menunjukkan perkara yang batil tidak boleh bercampur dengan perkara yang haq.

Tetapi untuk kali pertamanya, Jom Heboh dijalankan dengan di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan beberapa syarat. Yang pertama, diasingkan antara muslimin dan muslimat yang belum berkahwin, dan juga disediakan satu tempat untuk golongan berkeluarga. Yang kedua, tiada penyanyi wanita yang menyanyi pada malam itu.

tempat untuk penonton muslimin


tempat  untuk penonton muslimat

tempat untuk berkeluarga

Antara artis yang mengadakan persembahan malam itu termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin. Maka saya rasa dengan sebab inilah kerajaan Kelantan membenarkan Jom Heboh diadakan di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekkah.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Malaysia terutama orang Islam sudah didoktrin dengan hedonisme.Untuk membuang doktrin ini bukan mudah tetapi dengan adanya usaha-usaha seperti pengasingan penonton dapat mengurangkan sedikit sebanyak pergaulan bebas dan juga menyediakan hiburan yang dibenarkan didalam Islam. Selain itu, dengan penganjuran Jom Heboh juga dapat membantu golongan peniaga untuk berniaga

Mudah-mudahan dengan pencerahan ini dapat membantu kita semua dalam memberikan hujah tentang Jom Heboh di Kelantan.


2 ulasan:

  1. seperti biasa, berat sebelah pasti berlaku jika Kelantan anjurkan..

    BalasPadam
  2. cuba la semua negeri buat macam ni...

    artis tak dapat cari makan? well, they can always change to nasyid or Islamic songs, with Islamic appearance and dressing (or at least Eastern), haha~

    BalasPadam