Khamis, 28 April 2011

Betul ke ni lagu Negaraku?

Assalamualaikum.

Terasa rajin pula penulis nak update blog pada malam ini. Okey, isu yang akan dibawa oleh penulis malam ini boleh diibaratkan bersifat petriotik sedikitlah iaitu ada kaitan dengan lagi kebangsaan kita, lagu Negaraku. Penulis pasti dan yakin 110% peminat blog penulis ini (heh) sudah menghafal semenjak dari kecil lagi lagu Negaraku. Tetapi apa yang sedikit memeranjatkan penulis setelah mencari-cari info tentang asal usul lagu ini, ianya hampir sama dengan lagu Terang Boelan. Percaya atau tidak, silalah dengar dulu video klip dibawah ini.

Rabu, 27 April 2011

Kenapa haram berkahwin perempuan satu pejabat

Assalamualaikum
Pelik juga, biar betul haram bagi seorang lelaki berkahwin dengan perempuan satu pejabat. Kalau mahu tahu kenapa baca dialog antara 2 sahabat ini.

Ahad, 24 April 2011

Ditampar kerana ingin bertudung

Assalamualaikum...

salahkah jika aku ingin bertudung? Begini ceritanya

Sabtu, 23 April 2011

Tahukah Anda?

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Semenjak nabi Adam a.s terkeluar dari syurga akibat tipu daya syaitan, baginda menangis selama 300 tahun. Baginda tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu dengan Allah s.w.t. Baginda sujud di gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalit dijurang Seratip.

Khamis, 14 April 2011

Presiden curi pen?

Assalamualaikum

Kali ini penulis mahu tunjuk satu video yang terdapat dalam youtube. Satu kejadian yang rasa penulis agak memalukan kerana Presiden negara Rebublic Czech iaitu Vaclav Klaus kantoi ketika 'mencuri' pen yang disediakan diatas meja. Ada yang berpendapat pen tersebut memang diberikan kepada beliau dan tidak salah untuk beliau mengambilnya tetapi cara bagaimana beliau mengambil pen itu sungguh mencurigakan. So, lihat video di bawah ini untuk dan berilah pandangan anda.

Selasa, 12 April 2011

Nak makan pun ada caranya?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga penulis menggunakan broadband yang baru dibeli baru-baru ini di Mydin Mall. Tak tahu nak cakap apa, kira okeylah dapat berinternet kat rumah.Ni first time penulis menggunakan broadband, sebelum ini penulis menggunakan streamyx. Bolehlah tahan lajunya line kat sini. Tapi kalau di tempat lain tak tahu la pula.

Ahad, 3 April 2011

Bila orang gila kembali menggila

Assalamualaikum..

Dah lama tidak update blog, tiba-tiba terasa nak update bilamana terbaca berita tentang seorang paderi extremis iaitu Pastor Terry Jones (TJ). Siapa pula lelaki ini? Mesti ramai yang tahu atau terlupa atau yang memang tak tahu. Dialah seorang lelaki yang bagi pandangan penulis seorang 'agamawan' yang gila kerana sengaja mencetuskan isu panas antara agama. Dialah lelaki yang mahu mengadakan demostrasi membakar Al-Quran tidak lama dahulu.Bagi mereka yang 'concern' tentu akan mengingati nama ini, bagi mereka yang tidak lansung kenal, cuba-cubalah kenal mereka yang cuba membakar kitab suci Al-Quran ini. Biarlah rasa sedikit yang anda itu beragama Islam dan ada orang yang cuba membakar kita suci agama anda. Nak kenal muka paderi ini.Nah.Silakan