Khamis, 14 April 2011

Presiden curi pen?

Assalamualaikum

Kali ini penulis mahu tunjuk satu video yang terdapat dalam youtube. Satu kejadian yang rasa penulis agak memalukan kerana Presiden negara Rebublic Czech iaitu Vaclav Klaus kantoi ketika 'mencuri' pen yang disediakan diatas meja. Ada yang berpendapat pen tersebut memang diberikan kepada beliau dan tidak salah untuk beliau mengambilnya tetapi cara bagaimana beliau mengambil pen itu sungguh mencurigakan. So, lihat video di bawah ini untuk dan berilah pandangan anda.


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu juga dengan pencuri. Kadang-kala kawan kita pun ada juga mencuri tetapi dengan menggunakan istilah 'pinjam'. lama benor pinjamnya sampai tak pulang balik. Mungkin dia nak pinjam dan nak beri semula masa hari akhirat nanti rasanya. Tak apalah. Buat amal kebajkan. Tapi kalau selalu buat macam tu beritahu je macam ni " Barang ni saya beli memang nak beri kat awak pun. Ambillah simpan.Kalau tak cukup beritahu, saya minta duit dari parents saya belikan untuk awak". Selamat mencuba. =)


p/s: pencuri harus dihukum dengan hukum hudud.Barulah kadar jenayah diturunkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan