Memaparkan catatan dengan label Kebajikan MSU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebajikan MSU. Papar semua catatan

Selasa, 1 Februari 2011

Bantah??

Assalamulaikum...

2 minggu ni heboh diperkatakan tentang isu kebajikan mahasiswa MSU terutamanya isu stiker keselamatan sehinggakan ada page dalam facebok yang menentang pembayaran sebanyak RM30 untuk stiker kereta dan RM 15 untuk motosikal. Page " Say NO to MSU's New Parking Policy" ini telah ditubuhkan pada 28 January 2011 oleh seseorang (rahsia).


Selasa, 16 November 2010

Bus MSU terbakar?

Salam...sudah lama tidak update blog, biasalah tinggal di kampung, kemudahan internet tidak semudah di bandar. So, untuk menghilangkan bosan, saya pun pergilah cyber cafe yang berdekatan dengan rumah. Dan yang terkejutnya, saya buka blog yang saya selalu jenguk untuk mendapat maklumat terkini iaitu milo suam dan juga amenoworld. Kalau senang-senang jenugklah blog mereka ini. Mantap!!

Rabu, 14 Julai 2010

Cakap tak serupa bikin

Assalamualaikum wbt

Mungkin agak kasar tajuk yang diatas. Tetapi itulah yang boleh saya ibaratkan kepada mereka yang saya rasa memang sesuai diibaratkan sebegitu. Kecewa bilamana saya mengetahui banyak program PMIMSU telah panding dengan alasan yang tidak munasabah dan juga pelbagai perkara yang berkaitan dengan PMIMSU yang sentiasa dipandang salah dimata mereka.
Masalah birokrasi dari pihak tertentu yang saya rasa semakin mengarut semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bermula dengan isu poster, rungutan pegawai kerana bilangan program yang terlalu banyak yang dianjurkan oleh PMIMSU hinggalah ugutan mahu membubarkan PMIMSU, Semua karenah birokrasi ini sememangnya tidak sepatutnya terjadi lebih-lagi setiap prosedur yang telah ditetapkan oleh mereka telah dipenuhi sebaik mungkin oleh kami.
Isu penampalan poster di blok-blok sekitar MSu ini sering kali diperkatakan dan menjadi kekeliruan di kalangan kami sendiri. Kami difahamkan bahawa tidak dibenarkan sama sekai untuk menampal poster di board-board berwarna merah di sekitar dinding di tingkat 4,5,6 dan 7. Bahkan kami pernah diugut untuk membubarkan PMIMSU jika kami menampal poster di board tersebut. Hanya dibenarkan untuk menampal di board tingkat 3 sahaja. Apa yang menjadi persoalan saya, mengapakah kelab dan persatuan lain boleh menampal poster di board merah sedangkan PMIMSU lansung tidak dibenarkan untuk menampal pada board yang sama? Mengapa arahan ini hanya dikhususkan kepada PMIMSU sahaja? Kalau benar arahan ini kepada semua kelab dan persatuan, mengapa sampai sekarang tiada tindakan diambil kepada mereka? Atau kelab atau persatuan diberikan keistimewaan atau kebenaran tertentu untuk menampal tetapi tidak diberikan kepada PMIMSU? Saya mempunyai bukit menunjukkan terdapat persatuan dan juga kelab menampal pada board merah itu sehinggalah artikel ini ditulis. Saya rasa tidak salah diberi kebenaran kepada semua kelab dan persatuan untuk menampal poster di board tersebut. Bukankah itu lebih baik jika dibandingkan menampal poster didinding?
Isu GEMS pula seringkali didendang oleh pihak pengurusan dan juga pihak tertentu,. Kononnya mahu setiap mahasiswa melibatkan diri dengan pelbagai program yang boleh membina jati diri. Tetapi sebaliknya berlaku, kami dah susun pelbagai program dan juga aktivit tetapi hampir kesemua proposal tersebut telah panding. Kami sudah mengetahu. Kalau proposal terlalu lama panding, proposal kami itu akan ditolak tanpa sebab yang munasabah atau lansung tidak ada alasan. Sebagai contoh program Kuliyah Fiqh wanita dan juga kuliyah mingguan yang penceramahnya dijemput khas dari JAIS telah ditolak tanpa ada alasan yang kukuh. Saya tidak begitu hairan mengapakah program berbentuk keagamaan terlalu sukar untuk diluluskan. Itulah petanda umat akhir zaman. 
 Program hiburan dan lagha terlalu diagungkan-agungkan, Program berbentuk kemegahan nama sering kali dibuat secara besar-besaran(contoh Malaysia Book of record) tetapi program yang membentuk jati diri muslim sering kali diabaikan. Selalu alasan cenderahati dibuat alasan supaya program berbentuk ceramah atau talkshow atau program kuliyyah ditolak. Saya mahu bertanya kepada anda, terlalu mahal ke untuk membayar cenderahati kepada penceramah sebanyak rm300 berbanding memanggil artis Anuar Zain untuk membuat persembahan sempena dinner MSU yang menelan belanja hampir berpuluh ribu ringgit. Jangan ingat saya tidak tahu tentang perkara dalaman yang berkaitan dengan MSU. Jika benar isu bayaran kepada penceramah menjadi alasan, kami rela menggunakan duit kami asalakan program tersebut dapat dijalankan. Tetapi seperti biasa, alasan yang lain pula ditimbulkan (sedangkan dulu tidak pula timbul isu baru ini) dan perkara ini sudah banyak kali terjadi.Janganlah terlalu mengejar kemewahan dan juga kemahsyuran sehingga sanggup menganaktitikan program berbentuk keagaamaan. 
Yang menyedihkan saya program kami ini tidak diluluskan oleh orang yang sama akidah dan bertuhan tuhan yang Esa. Itu yang paling menyedihkan. Tidakkah mereka memahami Firman Allah SWT : “Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah , kepada Allah, karena sesungguhnya Allah sangat berat siksanya” (QS. Al-Maidah: 2)
Sudah jelas lagi bersuluh, ayat tersebut menyuruh bahu membahu dalam perkara yang baik tetapi sebaliknya berlaku. Sangat menyedihkan.Ingatkan bilamana orang atasan beragama Islam,mudah untuk diadakan program kerohanian, tetapi sebaliknya berlaku.Itulah dunia. Dunia sudah terbalik. Terlingkup. Agama diketepikan, dunia, kemahsyuran dan pangkat menjadi rebutan.
Bahkan ada juga dikalangan anak buah saya telah dimarahi oleh pegawai scd kerana terlalu aktiviti mahu diadakan hingga membuatkan dia merasa ‘tension’. Jawapan saya “ saya tidak kisah kamu jika kamu tidak mahu menjadi pegawai yang menguruskan kami, kamu boleh mencari kelab dan persatuan yang tidak aktif dan menunggu gaji buta sahaja pada setiap hujung minngu. Maka kamu tidak akan tension lagi lepas ini”. Saya hairan betul, apa tujuan ditubuhkan persatuan atau kelab. Apakah hanya sekadar nama sahaja tetapi tidak aktif. Dia memarahi kami disebabkan banyak program yang kami mahu adakan? Pelikkan dengar tu. Kebiasanya persatuan akan dimarah sebab tidak ada program tetapi sebaliknya kami dimarah sebab terlalu banyak program sehingga menyebabkan pegawai tersebut tension. Dunia sudah terbalik. Terlingkup. Agama diketepikan, dunia, kemahsyuran dan pangkat menjadi rebutan.
Kamu harus merenung apa yang telah Baginda nabi sabda:
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya." (riwayat Anas)
Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."
“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman: 17)

Ahad, 16 Mei 2010

Penjelasan tentang isu parking kereta

Salam

Isu ini sebenarnya baru sahaja berbangkit setelah kampus baru boleh digunakan (walaupun tidak siap sepenuhnya lagi). Khabar angin terus menerus bertiup di telinga kawan-kawan kita terutamanya mereka yang mempunyai kereta. Saya berharap agar MPP atau SRC memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak nampak peranan yang dimainkan oleh SRC samada memberi penjelasan secara terbuka ataupun kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini. Mungkin juga mereka terlalu sibuk atau sebagainya, itu tidak dapat saya huraikan. Saya berharap agar SRC dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini.

Sabtu, 6 Februari 2010

Perjumpaan Bersama Student and Career Development

Salam

Pada petang 2 February 2010, saya selaku Presiden PMIMSU seisi 08/09 telah menghadiri perjumpaan bersama ketua pengarah Student and Career Development (SCD), Syed Helmy Syed Abu Bakar bersama juga Student Representative Council (SRC) bertempat di bilik SRC pada pukul 5.30 petang.

Saya sudah lama menunggu saat ini lantaran banyak perkara khususnya berkaitan dengan kebajikan pelajar yang ingin saya bangkitkan.Antara perkara yang saya bangkitkan adalah:

ISU TANDAS

Semenjak saya mendaftar di MSU satu tahun setengah yang lepas, isu tandas ini sering kali menjadi igauan buruk kepada mahasiswa/i. Bayangkanlah dengan bilangan mahasiswa/i dari MSU yang mencecah hampir 5000 ditambah juga dengan bilangan mahasiswa/i dari PTPL, sudah tentu berlaku ketidakselesaan untuk menggunakan tandas. Walaupun ada tandas yang disediakan oleh deretan kedai di blok B, tidak kesemuanya dapat dipakai dan juga menampung bilangan mahasiswa/i yang semakin meningkat saban hari. Bahkan tandas yang sedia ada terutama di blok C amat jijik, berbau dan juga kotor disamping berlaku kerosakan pada pintu tandas dan juga mangkuk tandas. Tidak lama dahulu ada seorang pensyarah memberitahu saya bahawa ada ketika beliau tidak dapat mengajar kerana air tandas yang melimpah memasuki kelas dan menimbulkan suasana tidak selesa. Ini sekaligus menggangu proses Pembelajaran dan Pengajaran mahasiswa.

Bahkan tandas yang berhampiran dengan Teater Hall juga rosak dan juga berbau. Ini mendatangkan presepsi buruk masyarakat luar lantaran MSU dan juga PTPL sering kali mengadakan program bersama dengan masyarakat di dewan tersebut. Kita mahu menjaga nama baik kampus tetapi kita tidak menyediakan keperluan yang menjurus kepada kebaikan nama baik kampus kita ini.

Bagi mengatasi masalah ini, kami yang berada didalam meeting tersebut diminta untuk mengisi borang student feeback supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Encik Syed Helmy akan membawa perkara ini ke pihak Maintenance supaya diambil tindakan secepat yang mungkin. Bahkan apa-apa jua masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i semua, saya menyarankan agar anda semua mengisi borang student feedback yang boleh didapati di SCD. Dan harapan saya agar isu tandas ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin agar tidak terus-menerus menjadi liabiliti kepada mahasiswa/i. Kalaulah perkara yang sekecil ini  tidak dapat diselesaikan, mana mungkin perkara yang lebih besar dapat diatasi lebih-lebih lagi bilamana kita berpindah ke kampus baru. Bahkan saya juga berpendapat tidak salah untuk mengeluarkan sedikit kos untuk membaiki dan menaik taraf tandas untuk keselesaan mahasiswa/i kalau nak dibandingkan berapa kos yang hendak dikeluarkan untuk iklan di media massa, di LRT komuter dan juga di sepanjang 'highway'.

KETIADAAN PENSYARAH

Ketiadaan pensyarah ataupun pensyarah tidak masuk ke dalam kelas antara perkara yang saya titipkan di dalam mesyuarat kali ini. Sudah banyak kali perkara seperti ini berlaku dan juga pernah terjadi ke atas diri saya sendiri ketika berada di semester 2. Ketiadaan pensyarah untuk subjek Anatomy menyebabkan ramai mahasiswa/i satu batch dengan saya mendapat gred yang sangat rendah ketika itu sehingga memaksa diadakan peperiksaan pertengahan semester kali ke-2. Malah perkara ini masih lagi terjadi dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin kerana ianya merugikan kedua-dua pihak samada pihak pentadbiran dan juga mahasiswa/i itu sendiri. Malahan saya mengesyorkan agar pemilihan pensyarah mestilah dititik beratkan agar kualiti pengajaran dapat dikekalkan dan bukan hanya memilih pensyarah dari kalangan lepasan MSU dan juga PTPL, tetapi mereka yang berpengalaman. Bukan saya memandangkan rendah kepada lepasan MSU dan juga PTPL, mereka juga pensyarah yang hebat, tetapi dalam memacu kualiti pengajaran yang hebat, kita perlukan mereka yang lebih berpengalaman luas dalam bidang dan juga skop masing-masing.

KAUNSELOR

Ramai di kalangan mahasiswa/i MSU tidak mengetahui adanya pusat kaunseling di MSU. Bahkan hampir kebanyakkan sahabat-sahabat saya dari lain-lain kelab dan persatuan didalam bilik mesyuarat SRC juga terkejut bilamana saya menyatakan perkara ini. saya berharap agar unit kaunseling ini dapat diperkenalkan dan juga diperluas penggunaannya. Walaupun kita setiap mahasiswa/i mempunyai mentor, tetapi kita memerlukan seorang yang mempunyai kelayakan dalam memberi kauseling. Betul, mentor boleh memberi nasihat tetapi bukan dari segi memberi motivasi dan sebagainya kerana semua itu perlu dipelajari dan mendap`2qat pengiktirafan. Bahkan kadang-kala mentor juga terlalu sibuk dan jarang meluangkan masa bersama mentee. Ini sekaligus menyukarkan mahasiswa/i untuk berkongsi atau meluahkan perasaan mereka yang mempunyai masalah peribadi,pelajaran atau sebagainya dan seterusnya sedikit sebanyak menggangu pembelajaran mereka. Mungkin selepas ini kita mempunyai tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi.

ISU PENGGUNAAN ARAK

Ada aduan yang mengatakan bahagian kulinari telah menggunakan arak didalam pembelajaran masakan. Jika maka benar perkara ini berlaku, kami di PMIMSU berpendirian tegas melarang penggunaan arak didalam masakan. Tetapi Alhamdulillah jawapan yang diberikan oleh seorang sahabat saya didalam mesyuarat itu yang juga pelajar kulinari menafikan penggunaan arak. Penggunaan arak hanya dinyatakan didalam teori semata-mata dan juga digantikan dengan Sparkling. Dan saya harap apa yang diperkatakan itu adalah betul dan berharap isu ini tidak lagi timbul lagi selepas ini. Tujuan saya membangkit perkara ini adalah untuk mendapat penjelasan dan pencerahan agar tidak berlaku fitnah dan dapat menjawab persoalan yang ditanya oleh si pengadu.

Ada banyak lagi isu yang saya timbulkan ketika bermesyuarat tempoh hari. Tetapi memandangkan saya sekrang sedang menulis dalam keadaan tidak sihat (demam dan selesema), saya takut nanti penulisan saya dipengaruhi oleh mainan emosi dan bukan berdasarkan apa yang dibincang.

Salam...

"Hidup ini pendek, tetapi kebenaran mempunyai hayat yang panjang" - Arthur Schopenhaueur ( the world as will and idea)

Jumaat, 4 Disember 2009

Musibah di MSU

Salam kebangkitan siswa...

Musim Desember telah terbukti sebagai musim ketujuh yang kebiasaannya melanda pantai timur negara kita seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga mungkin terkena biasannya dinegeri Kedah.

Tetapi semenjak kebelakangan ini, saya perlu menukarkan presepsi otak saya sebelum ini yang didoktrinkan bahawa hanya negeri pantai timur sahaja yang dilanda banjir ketika musim kentujuh tetapi didaerah Shah Alam juga bisa dilanda banjir atau lebih spesifik lagi di seksyen 13. Hujan lebat yang turun tidak sampai satu jam telah menenggelamkan kawasan sekitar seksyen 13, apatah lagi di kampus sementara MSU semalam(3 Desember).

Hujan lebat yang turun menyebabkan kawasan kampus tidak ubah seperti kawasan takungan air. Air bertakung sehingga paras lutut memang sesuatu yang tidak menggembirakan. Banyak masalah yang akan timbul sekiranya masalah ini tidak cuba untuk diatasi. Antara masalah yang telah berlaku dan juga akan berlaku jika maka perkara ini tidak cuba diatasi oleh pihak pengurusan adalah :

1) Suasana belajar yang tidak kondusif

Keadaan banjir ini mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang mana menyukarkan student bahkan juga lecturer untuk bergerak ke kelas ataupun kemana-mana dan juga menimbulkan suasana yang agak 'serabut' lantaran terpaksa bersesak di kawasan sempit yang tidak dilanda banjir.(Dihadapan deretan kedai makan)

2) Menggangu kosentrasi ketika menjawab peperiksaan


Sukar untuk membayangkan bagaimana student terpaksa menjawab peperiksaan dalam keadaan dewan peperiksaan (di aras bawah bok C)yang dipenuhi air banjir.Bahkan perkara ini tidak cuba untuk dicari jalan penyelesaian oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau benar tindakan telah diambil, mengapa perkara ini masih lagi berlaku? MOga perkara ini dipandang serius dan diambil tindakan yang sepantas mungkin oleh pihak pengurusan agar student dapat fokus untuk menjawab soalan dan tidak ada perasaan takut jika atau makajika kertas peperiksaan jatuh pada lantai yang digenangi air.

3) Kerosakan harta benda

Kerosakan harta benda terutamanya motosikal dan kereta antara yang paling dibimbangi samada student mahupun staff MSU sendiri seperti enjin dimasuki air. Sudah pasti ini akan menyusahkan pemilik kenderaan yang rosak kerana akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaik pulih kenderaan mereka.

Dan seperti biasa, saya akan cuba untuk memberi lambakan idea dalam erti kata mencadangkan beberapa langkah-langkah penyelesaian didalam setiap masalah yang saya bangkitkan. Setelah menganaisis perkara ini, terdapat beberapa jalan penyelesaian yang boleh diambi oleh pihak pengurusan seperti:


1) Mengadakan perbincangan dengan pihak MBSA. Agenda perbincangan mestilah fokus kepada sistem saliran dan juga pengairan supaya lebih mantap dan sistematik agar air tidak bertakung lagi. Apa guna longkang besar disebelah kampus jika air takungan tidak disalurkan ke sana?

2) Mengadakan perbincangan dengan pihak kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Saya melihat air banjir juga datangnya dari kelab golf tersebut (disebelah kampus sementara)kerana kedudukannya yang agak tinggi berbanding kawasan kampus sementara yang agak rendah. Perbincangan ini mestilah lebih fokus kepada bagaimana mahu mengelakkan agar air banjir dari kelab golf tidak mengalir masuk kedalam kawasan kampus.

Harap-harapnya masalah banjir ini tidak lagi menjadi liabiliti kepada student dan juga staff MSU sendiri.

*Bila agaknya dapat belajar di kampus baru?Harap juga banjir tidak berlaku di kampus baru.InsyaALAH

Selasa, 24 November 2009

Kecewa terhadap admin MSU

saya secara peribadi sangat kecewa dengan pihak admin facebook MSU. Mereka sudah menampakkan belang mereka yang sebenar. Usaha-usaha untuk memadam kebangkitan suara siswa sudah nampak bilamana pihak admin MSU telah membuang update status saya pada halaman facebook MSU. kalau benar pihak admin menganggap mereka berjaya memadam suara kebangkitan siswa, mereka sudah silap. Dengan usaha mereka ini tidak mematikan semangat saya untuk memperjuangkan isu kabajikan pelajar. Satu persoalan saya, kenapa perlu mengubah 'setting' menyebabkan saya tidak boleh lagi mengupdate status di halaman facebook MSU? Saya harap ada jawapannya dari pihak yang bertanggungjawab.

Umum mengetahui bahawa pihak MSU baru sahaja mendapat perakuan akreditasi Institusi Ulung daripada badan akreditasi United Kingdom, Accreditation Service for International Colleges (ASIC),yang mana university swasta kedua di negara kita yang berjaya mendapat pengiktirafan ini.Antara kelayakan yang membolehkan sesuatu institusi pendidikan itu mendapat akretasi adalah mencatat markah lebih 80 peratus atau kepujian bagi enam daripada lapan kategori dinilai dalam audit institusi yang dijalankan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASIC, Maurice Dimmock, berkata enam kategori terbabit yang dinilai ialah keselamatan premis dan kesihatan, pengurusan dan sumber manusia, pengukuhan dan jaminan kualiti, kebajikan pelajar, pemasaran serta hubungan dengan jabatan kerajaan.Tambah beliau lagi, aspek utama yang dinilai adalah aspek perkhidmatan dan kebajikan pelajar.

Saya tidak jelas bagaimana penilaian tentang kebajikan pelajar diambil kira. Saya tidak mahu isu kebajikan ini hanya sekadar retorik semata-mata untuk membolehkan MSU mendapat akreditasi ini. Kalau benar isu kebajikan ini mendapat markah sehingga 80%, pihak pengurusan perlu membuktikan, tidak hanya sekadar idealisme semata-mata. Siswa sekrang sudah mampu untuk berfikir yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Siswa sekarang sudah mampu untuk berfikir dan bukan hanya terima sesuatu perkara itu bulat-bulat.

Sebelum saya mengakhiri entry saya kali ini, saya berazam untuk terus memperjuangkan isu kebajikan pelajar walaupun mendapat pelbagai cabaran dan halangan .

BANGKIT SISWA MENUNTUT KEBAJIKAN!!

Ahad, 22 November 2009

MSU dengarlah !!!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah segala pujian saya panjatkan ke Allah taala kerana saya selamat sampai di Shah Alam untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar yang hampir setahun lebih bergelar siswa MSU.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tentang tajuk ini. Saya telah membuat beberapa penilaian dan mengumpul beberapa maklumat agar penulisan saya ini tidak hanya semborono tetapi berdasarkan fakta dan juga pengalaman. Sepanjang setahun lebih saya menjejak kaki di hamparan bumi MSU,saya dapat melihat beberapa perkara yang saya rasa tidak kena pada pandangan saya selaku salah seorang pelajar MSU. Antara perkara yang paling ketara saya lihat adalah mengenai soal kebajikan pelajar. Pihak pengurusan seolah-olah minidakkan keperluan kita sebagai pelajar dengan mengenepikan soal-soal kebajikan. Antara soal kebajikan yang sering diabaikan oleh pihak pengurusan adalah seperti infrastruktur yang tidak sempurna atau rosak seperti tandas dan juga kelas, sewa hostel atau rumah (dibawah agent) yang mahal dan juga yuran pengajian yang mahal. Saya banyak mendapat komen dari kawan-kawan saya mengenai hal kebajikan yang sering diabaikan oleh pihak pengurusan yang seolah-olah menutup mata dari melihatnya.

Isu tandas kotor dan rosak sudah acap kali didengari. Tandas yang ada terutamanya di kampus boleh dikatakan rosak hampir 70%. Kalau tidak percaya pergilah lihat tandas di blok C. Tandas yang berbau dan kotor, pintu yang pecah serta tercabut sama sekali tidak diperbaiki. Begitu juga dengan tandas di blok A iaitu bersebelahan dengan dewan teater hall. Sudahlah pintunya sukar untuk dikunci ditambahkan lagi flush yang tidak berfungsi, hingga menampakkan bahan buangan yang menjijikan. Ini sekaligus memberikan persepsi buruk kerana dewan teatar hall sering kali digunakan untuk pelbagai ‘function’ yang melibatkan pihak luar. Bahkan tandas yang ada di deretan kedai makan tidak mampu untuk menampung pelajar seramai 200 orang satu-satu masa. Ini tidak lagi dicampur dengan pelajar PTPL Shah Alam yang berkongsi bangunan dengan pelajar MSU.Bahkan bukan semua tandas yang terletak di kedai makan di dalam kolej boleh digunakan kerana rosak.

Selain daripada itu, masalah rumah sewa yang mahal juga merupakan liability kepada pelajar terutama pelajar baru. Pelajar-pelajar baru ini kebanyakkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup kerana terpaksa membayar yuran pendahuluan yang mahal, membeli barang-barang keperluan sebagai persedian untuk memasuki alam university dan sebagainya. Contoh yang paling mudah ialah bayaran sewa untuk menyewa di hostel di dalam kampus mencecah hampir RM200. Tidak memadai bayaran yang sebegitu mahal kerana keadaan bilik yang sempit, yang saya fikir hanya muat untuk 2 orang tetapi disumbat seramai 4 orang.

Sudahlah tidak dibenarkan memasak sekaligus memaksa pelajar untuk mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli makanan diluar. Contoh lain yang saya bawa untuk kita sama-sama berfikir ialah rumah sewa iaitu apartment Seroja dan Delima yang telah diuruskan oleh agent luar. Mengikut analisis saya,harga sewa untuk rumah tersebut sekitar rm600 tetapi di bawah kendalian agent, seorang pelajar di kehendaki membayar sebanyak RM180 seorang dan bilangan penghuni adalah seramai 8 orang. Secara matematiknya, seseorang agent itu boleh mendapat sebanyak hampir Rm1440, jauh 2 kali ganda dari harga sewa rumah biasa. Ini boleh saya katakan sebagai satu perbuatan yang zalim dan mengambil kesempatan diatas kesusahan orang lan. Malahan kebajikan dan keselamatan juga tidak dititik beratkan. Bilik yang muat untuk 2 orang, dimampatkan supaya muat untuk 3 orang. Malahan katil double ducker yang disediakan tidak sesuai dan sekaligus tidak selamat lantaran penghuni yang tidor di katil atas hampir terkena dengan kipas syiling. Cuba bayangkan jika penghuni terleka, pasti bahaya menanti mereka. Hal-hal sebegini dipandang enteng oleh pihak pengurusan dan juga pihak agent terbabit. Tidak ada usaha yang dibuat untuk mengatasi masalah ini yang saya kira amat-amat membebankan pelajar. Ada pelajar yang sanggup mengikat perut semata-mata hanya kerana ingin berjimat lantaran sewa rumah yang boleh dikatakan mencekik darah. Kesannya, pelajar berkemungkinan akan mengalami masalah kesihatan dan juga akan memberi kesan secara tidak lansung kepada pembelajarannya. Saya mahu pihak pengurusan mengambil berat akan perkara sebegini. Saya tidak mahu sistem pendidkan di MSUdiperdagangkan untuk kepentingan pihak tertentu sehinga menindas dan berlaku zalim kepada pelajar.

Selain itu, yuran pengajian yang mahal juga amat membebankan pelajar. Saya berharap pihak pengurusan dapat memberi pencerahan kepada pelajar mengapa yuran pengajian meningkat mahal lantaran sekarang ekonomi dalam keadaan tidak menentu. Ini sekaligus memberi bebanan kepada para pelajar terutama kepada mereka yang mengambil PTPTN. Cuba bayangkan mereka yang meminjam PTPTN hanya memperolehi sekitar RM100 untuk satu semester disebabkan yuran yang sangat tinggi dan mahal. Seolah-olah pinjaman PTPTN diguanakan semata-mata untuk membayar yuran dan tidak ada elaun bulanan yang sebenarnya amat diperlukan oleh pelajar. Elaun yang hanya bernilai RM100 tidak mampu untuk membayar bayaran sewa rumah, untuk membeli makanan mahupun untuk digunakan untuk keperluan pembelajaran seperti ‘print assignment’, membeli alat tulis dan sebagainya.


Bagi masalah kebajikan yang telah timbul, saya telah membuat beberapa lambakan idea supaya kita sama-sama antara pelajar dan juga pihak pengurusan dapat membantu masalah kebajikan pelajar MSU. Untuk mengatasi perkara yang saya sebut diatas, saya telah gariskan beberapa garis panduan jalan penyelesaian yang saya rasa mampu untuk sekurang-kurangnya tidak membebankan pelajar. Antara cadangan saya ialah:

1.Membaiki dengan segera tandas yang rosak dan membuat pemeriksaan berkerap.

Tandas yang rosak mestilah dibaiki dengan segera untuk mengelakkan isu tandas ini terus membelengu pemikiran pelajar. Alasan tidak boleh diberi seperti tidak mahu membaiki tandas kerana tandas kemungkinan akan rosak semula dilakukan oleh pelajar. Ini merupakan alasan yang tidak relevan. Saya membawa perumpamaan sebatang pokok yang rendang. Pokok yang rendang akan mengeluarkan daun yang lebat dan akan gugur daunya sekiranya ditiup angin. Adakah pokok tersebut tidak lagi mengeluarkan daun? Tidak bukan? Pokok tersebut akan terus mengeluarkan daun walaupun angin membadainya berulang-ulang kali. Begitu juga situasi di dalam isu tandas ini. tandas akan rosak berulang kali tetapi ini bukan alasan untuk tidak membaiknya lagi. Kempen kesedaran tentang vandalism mungkin boleh dipacakkan oleh pihak pengurusan agar pelajar megetahui tentang negatifnya vandalism ini. Dan juga pemeriksaan berkerap juga harus dibuat agar keadaan tandas dapat dikemaskini supaya terus berada dalam keadaan selesa.

2.Membuat perbincangan dengan pihak agent untuk mengurangkan kos sewa rumah

Pihak pengurusan perlu membuat perbincangan agar sewa rumah dapat dikurang supaya tidak terus menzalimi pelajar. Jika tidak dapat untuk turunkan harga, memadailah dengan pihak agent meningkat mutu perkhidmatan agar pelajar boleh menginap dalam keadaan yang selesa dan tidak dibelengu dengan masalah kewangan.

3.Tidak menaikkan harga yuran pengajian terlalu tinggi

Peningkatan yuran mungkin tidak dapat dielakkan tetapi biarlah mengambil kira pandangan pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan juga musim ekonomi yang tidak stabil dewasa ini. Pihak pengurusan perlu mengambil kira pertimbangan tentang pelajar yang tidak baru sehaja masuk dan juga tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum mengambil keputusan menaikkan yuran pengajian.

Masalah ini tidak akan selesai sekiranya kita sebagai pelajar tidak bersuara untuk meminta hak kita sebagai seoran pelajar.Anda semua sebagai seorang pelajar mempunyai hak untuk bersuara kerana yuran pengajian itu dibayar menggunakan duit kita, dan kita berhak meminta soal-soal kebajikan kita dipertingkatkan dan tidak diabaikan oleh pihak pengurusan. Pepatah English ada berbunyi ‘What you give, you get back.’ Saya mewakili kawan-kawan saya ingin memohon jasa baik pihak pengurusan untuk lebih peka terhadap kebajikan pelajar. Janganlah pelajar sendiri dianaktirikan sedangkan memberi sepenuh “perhatian” kepada golongan bukan pelajar MSU. Harapan kami agar pihak pengurusan dapat memberi penekanan dan perhatian terhadap isu yang saya bangkitkan ini dan mendapat jawapan yang positif. InsyaAllah.