Salam kebangkitan siswa...
Musim Desember telah terbukti sebagai musim ketujuh yang kebiasaannya melanda pantai timur negara kita seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga mungkin terkena biasannya dinegeri Kedah.
Tetapi semenjak kebelakangan ini, saya perlu menukarkan presepsi otak saya sebelum ini yang didoktrinkan bahawa hanya negeri pantai timur sahaja yang dilanda banjir ketika musim kentujuh tetapi didaerah Shah Alam juga bisa dilanda banjir atau lebih spesifik lagi di seksyen 13. Hujan lebat yang turun tidak sampai satu jam telah menenggelamkan kawasan sekitar seksyen 13, apatah lagi di kampus sementara MSU semalam(3 Desember).
Hujan lebat yang turun menyebabkan kawasan kampus tidak ubah seperti kawasan takungan air. Air bertakung sehingga paras lutut memang sesuatu yang tidak menggembirakan. Banyak masalah yang akan timbul sekiranya masalah ini tidak cuba untuk diatasi. Antara masalah yang telah berlaku dan juga akan berlaku jika maka perkara ini tidak cuba diatasi oleh pihak pengurusan adalah :
1) Suasana belajar yang tidak kondusif
Keadaan banjir ini mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang mana menyukarkan student bahkan juga lecturer untuk bergerak ke kelas ataupun kemana-mana dan juga menimbulkan suasana yang agak 'serabut' lantaran terpaksa bersesak di kawasan sempit yang tidak dilanda banjir.(Dihadapan deretan kedai makan)
2) Menggangu kosentrasi ketika menjawab peperiksaan
Sukar untuk membayangkan bagaimana student terpaksa menjawab peperiksaan dalam keadaan dewan peperiksaan (di aras bawah bok C)yang dipenuhi air banjir.Bahkan perkara ini tidak cuba untuk dicari jalan penyelesaian oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau benar tindakan telah diambil, mengapa perkara ini masih lagi berlaku? MOga perkara ini dipandang serius dan diambil tindakan yang sepantas mungkin oleh pihak pengurusan agar student dapat fokus untuk menjawab soalan dan tidak ada perasaan takut jika atau makajika kertas peperiksaan jatuh pada lantai yang digenangi air.
3) Kerosakan harta benda
Kerosakan harta benda terutamanya motosikal dan kereta antara yang paling dibimbangi samada student mahupun staff MSU sendiri seperti enjin dimasuki air. Sudah pasti ini akan menyusahkan pemilik kenderaan yang rosak kerana akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaik pulih kenderaan mereka.
Dan seperti biasa, saya akan cuba untuk memberi lambakan idea dalam erti kata mencadangkan beberapa langkah-langkah penyelesaian didalam setiap masalah yang saya bangkitkan. Setelah menganaisis perkara ini, terdapat beberapa jalan penyelesaian yang boleh diambi oleh pihak pengurusan seperti:
1) Mengadakan perbincangan dengan pihak MBSA. Agenda perbincangan mestilah fokus kepada sistem saliran dan juga pengairan supaya lebih mantap dan sistematik agar air tidak bertakung lagi. Apa guna longkang besar disebelah kampus jika air takungan tidak disalurkan ke sana?
2) Mengadakan perbincangan dengan pihak kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Saya melihat air banjir juga datangnya dari kelab golf tersebut (disebelah kampus sementara)kerana kedudukannya yang agak tinggi berbanding kawasan kampus sementara yang agak rendah. Perbincangan ini mestilah lebih fokus kepada bagaimana mahu mengelakkan agar air banjir dari kelab golf tidak mengalir masuk kedalam kawasan kampus.
Harap-harapnya masalah banjir ini tidak lagi menjadi liabiliti kepada student dan juga staff MSU sendiri.
*Bila agaknya dapat belajar di kampus baru?Harap juga banjir tidak berlaku di kampus baru.InsyaALAH
omong kosong lagi. kalo setakat 2 idea tu itu bukan lambakan.Itu miskin idea namanya. Takde maknenya kalo tulis kat blog je. kalo berani, antalah memorandum kat Datuk.
BalasPadamUntuk membuat sesuatu tindakan, kita hendaklah berfikir dahulu..bukan bertindak tanpa berfikir..itu bukanlah sifat mahasiswa yang berintelektual dan bijak.
BalasPadamSaya bukan sekadar menulis kosong.Untuk menyampaikan sesuatu perkara mestilah melalui saluran yang betul,bukan terus menghantar memorandum sebelum berbincang dengan pihak SCD.
Kita sebagai student ada saluran yang betul untuk menyampaikan ketidakpuasan hati kita iaitu kita ada SCD. Apa guna SCD kalau tidak berfungsi sebagai tempat mendengar luahan masalah student.
Untuk makluman tanpa nama diatas,setiap semester akan ada perjumpaan antara pihak SCD,MPP dan juga setiap persatuan di MSU. Ketika itulah kita boleh meluahkan ketidak puasan hati kita, atau cadangan atau apa-aa saja.
Dan untuk pengetahuan anda juga, pada semester ini belum ada lagi perjumpaan antara pihak SCD, MPP dan juga pihak persatuan. Maka setiap inci perkara KEBAJIKAN STUDENT yang saya bangkitkan ini akan saya bentangkan ketika perjumpaan itu.
Saya dengan berbesar hati juga menjemput anda untuk turut serta bersama dalam perbincangan tersebut kalau anda mahu supaya anda juga mendapat manfaatnya sekali.
Selain itu,penulisan saya di dalam bog ini juga tidak lebih hanya untuk memberitahu sahabat-sahabat kita diluar sana bahawa kita sebagai student mempunyai hak untuk BERSUARA. Bukan hanya berdiam diri jika hak yang sepatutnya diperolehi diabaikan.
Bersama-sama dalam menuntut hak kebajikan yang selama ini dipandang sebelah mata oleh pihak yang bertanggungjawab.
So, saya rasa anda faham tentang penjelasan saya ini.
Dan satu lagi, seseorang yang berani bersuara mestilah berani untuk memperkenalkan dirinya, agar terbukti keberaniannya. Janganlah jadi seperti 'lempar batu sembunyi tangan'.
Berani kerana benar.
Kepada tanpa nama diatas juga,sebelum saya terlupa,saya bukanlah seorang yang hebat dalam membuat lambakan idea sebab ituah saya miskin idea.Saya berpendapat mesti saudara seorang yang tidak mandul pemikiran dan mempunyai idea yang lebih mencapah. Apa kata kita berkongsi idea untuk meningkatkan hak kebajikan student.Setuju?
BalasPadampernah dengar pepatah "anjing menyalak bukit"?
BalasPadamPernah..mesti saudara juga pernah dengar juga kan?
BalasPadamsaya juga pernah dengar ustaz saya pernah beritahu bahawa Allah swt Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati hamba-hambanya,yang baik ataupun buruk..
Dan saya juga mengetahui dan yakin dengan ayat 1 hingga 3 surah al-Ankabut yang bermaksud
"Alif laam mim..apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"
bila agaknya pertemuan dengan scd dan mpp tu akan diadakn? betul ke akan diadakn?
BalasPadamItu terpulang kepada pihak mpp yang menguruskan bila dan dimana pertemuan itu akan diadakan.
BalasPadamMenurut dato' dalam meeting sebelum-sebelum ini memang ada pertemuan yang diadakan pada setiap semester baru untuk membincangkan masalah pelajar.InsyaAllah saya akan bentangkan hasil perbincangan dalam blog saya ini untuk pengetahuan anda semua.