Isnin, 7 Disember 2009

Ya Allah, nakalnya budak ni!!

salam...

Menjadi seorang fesilitator bukan mudah seperti yang disangka. Lebih-lebih lagi 'menghandle' kanak-kanak kecil yang sangat-sangat nakal.

Hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya telah dijemput oleh pihak surau Al-Firdaus di Kota Damansara untuk menjadi fesilitator untuk program Smart Solat. Ini merupakan acara tahunan yang diadakan sempena musim cuti sekolah. Saya bersama seorang sahabat muslimin dan 2 orang sahabiah muslimat telah diberi tanggungjawab untuk menjaga hampir 60 peserta yang dalam lingkungan umur 7 tahun sehingga 17 tahun. Ini merupakan cabaran yang sangat besar kepada saya kerana saya tidak pernah lagi 'menghandle' program yang mana pesertanya merupakan adik-adik kita yang kebanyakkannya masih lagi bersekolah rendah.

Macam-macam ragam dan kerenah adik-adik ini sepanjang program selama 2 hari 1 malam..Sangat pening kepala ini dan pada masa yang sama sangat gembira dapat melayan kerenah adik-adik kecil ini. Mungkin juga faktor anak bongsu menjadikan saya teringin untuk bermain-main dengan adik-adik peserta ini.(saya juga rasa 'marah' kalau melihat ada abang-abang atau kakak-kakak yang 'membuli' adik-adik. Kasihan budak kecil tu :))

Ketika seisi penerangan tentang ambil wudu' dan solat, pelbagai soalan yang ditanya. Apa yang saya dapati adik-adik peserta ingin tidak malu untuk bertanya dan sifat ingin tahu yang tinggi. "Ustaz,kalau macam ini,boleh tak?", "Ustaz,kalau buat macam ini batal tak solat?".Sampaikan tidak terjawab oleh saya lantaran banyak sangat soalan yang diajukan. Kadang-kadang soalan 'main-main' pun ada juga ditanya menyebabkan saya semakin 'geram' dengan adik-adik peserta ini.

Pada hari Sabtu malam Ahad,ada jamuan BBQ diadakan bersempena dengan program Smart Solat ini. Sebut sahaja ayam bbq,ikan keli bakar dan hotdog amat menyelerakan. Dan yang paling menarik perhatian saya adalah kambing panggan. Ustaz-ustaz dan penduduk disana selalu menceritakan tentang 'kehebatan daging kambing panggang' ditambah lagi dengan sambal belacan special.Kecur saya mendengarnya.

Saya tidak sabar lagi untuk merasakan keenakkan kambing panggang ini. Terlalu ramai yang mahu daging kambing ini sehinggakan saya terpaksa beratur. Ketika sedang beratur, tiba-tiba nama saya telah dipanggil oleh seorang ajk surau. Rupa-rupa ajk surau telah memanggil wartawan Sinar Harian untuk membuat laporan dan saya telah dipanggil untuk ditemubual. Dalam keadaan tidak bersedia dan kelaparan, saya telah menjawab soalan dalam keadaan yang tidak bersedia. "biar je lah" getus hati saya. Nak tahu apa yang ditanya,silalah beli Sinar Harian (jadi promoter Sinar Harian sekejap :))

Selepas 5 minit ditemubual, saya terus pergi beratur kembali untuk mengambil kambing panggang. Sudah tidak sabar rasanya. Betullah apa yang dikatakan oleh penduduk kampung, kambing panggang sangat sedap dimakan.2 kali juga kambing panggang itu menjadi santapan saya malam itu.

Pada sebelah pagi hari Sabtu, saya terpaksa balik lebih awal kerana ada bengkel PMIMSU yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam. Banyak pengalaman yang saya dakap disini waima hanya berada cma lebih kurang sehari semalam sahaja. Mungkin juga selepas ini saya akan terus belajar menjiwai kanak-kanak kecil supaya lebih 'dekat' lagi dengan mereka.

InsyaAllah,kalau diberi peluang dan ruang, saya akan kembali lagi pada tahun depan dengan harapan saya sudah menjiwai watak anak-anak kecil.

2 ulasan:

  1. salam..
    kadang- kadang berkawan dengan kanak-kanak kecil lebih menghiburkan hati kita..dengan telatah mereka yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. kadang2 pemikiran si kecil mampu mencernakan fikiran yg rawan..kerna hati dan fikiran mereka lebih bersih dari kita..:)

    BalasPadam
  2. betul tu atikah, kadang-kala terasa juga ingin kembali kepada zaman kecil, berseronok tanpa memikirkan hal yang menyerabutkan kepala ini...:)

    BalasPadam