Salam..
Rasanya tidak terlambat lagi untuk saya mengucakan tahniah kepada pasukan bola sepak negara kita kerana telah layak untuk ke separuh akhir setelah menewaskan musuh tradisi, Thailand dan juga telah menukar pandangan saya bahawa pasukan bola sepak kita akan tumbang kepada negara Gajah Putih itu.
Saya selaku seorang yang berstatus lelaki semestinya tidak lari dari memperkatakn tentang bola sepak. Saya juga yakin hampir kesemua lelaki bahkan wanita diseluruh dunia juga meminati sukan ini. Terdapat juga soalan soalan aneh yang sering ditanya bilamana melihat peminat bola sepak ini terlalu fanatik dengan sukan bola sepak ini.
Ibu saya juga sering bertanya soalan aneh ini. "Kenapa nak berebut bola sebijik,lepas tu dah dapat tendang balik". Saya tersenyum seraya menjawab. "Tentulah kena berebut bola sebiji, kalau semua pemain dapat bola, bukanlah namanya bola sepak".
Islam tidak melarang ummatnya untuk beriadah dalam erti kata lain untuk menyihatkan tubuh badan. Pepatah arab ada mengatakan "Akal yang sihat datang dari badan yang sihat" .Bahkan permainan bola sepak juga boleh kita jadikan sebagai satu ibadah tetapi dengan syarat, yang pertama mestilah menutup aurat dan yang kedua tidak melalaikan seperti melewatkan solat.
Tidak sabar lagi melihat pasukan bola sepak kita bertarung pada malam esok. Harap-harap esok RTM boleh mengadakan siaran lansung. Dan satu lagi,untuk musim ini pasukan favourite saya Chelsea akan menang EPL dan juga CL. Wait and see :)
tahniah skuad malaysia...3-1
BalasPadamnmpknya lous tumpas di tngn malaysia pd minit2 terakhir
=)
betol2...kini lawan Vietnam difinal..harap2 penantian selama 20 tahun untuk menggapai pingat emas tercapai. InsyaAllah :)
BalasPadam