Rabu, 27 Januari 2010

Hatiku tertinggal di Kuala Berang

Salam

Alhamdulillah pada 22 hingga 24 January 2010, saya telah menyertai rombongan untuk mengadakan Community Service iaitu mengadakan Medical Check Up untuk penduduk kampung Pauh di Kuala Berang, 40 kilometer dari Kuala Terengganu. Umpama balik ke kampung, sudah semestinya saya sangat gembira lantaran sudah hampir 2 bulan tidak pulang ke Terengganu. Bahkan saya juga sudah lama tidak datang ke Kuala Berang kecuali beberapa tahun yang lepas menziarah adik seniour yang telah kembali ke Rahmatullah (Al-Fatihah).

Pada malam Jumaat lebih kurang pukul 11 malam, kami seramai lebih 30 ++ termasuk lecturer bertolak menaiki bas persiaran. Tidak timbul rasa mengantuk di bibir mata, saya mengambil keputusan untuk bersembang dengan pemandu bus.(Maaf, saya tidak ingat akan nama pemandu bus). Pelbagai topik yang dibincang termasuklah hal  politik, petua perkahwinan ( sifir 9 penting dalam hal perkahwinan :) ), mengenai industri pemanduan bus, adab dengan lecturer dan banyak lagi. Saya sangat teruja mendengar falsafah dan hujah yang saya rasa sangat berharga kerana ilmu-ilmu seperti ini tidak diperolehi didalam kelas..

Homestay Warisan Pahlawan Resort
yang cukup indah dan cantik. Mungkin inilah homestay yang paling cantik pernah saya pergi berbanding sebelum ini. Suasana kampung yang indah dengan diselimuti awanan kabus sudah tidak dapat lagi dilihat lagi di bandaraya Shah Alam. Yang ada di Shah Alam adalah langit yang diselimuti oleh asap-asap kilang dan juga kenderaan.









Dalam melaksanakan program medical check up, kami telah bergerak dari rumah ke rumah. Ramai pesakit yang saya temui mempunyai masalah stroke. Kasihan melihat mereka yang tidak dapt bergerak dan bercakap disebabkan penyakit yang ditanggung mereka. Alhamdulillah, ucapku dalam hati kerana dijauhkan penyakit tersebut dan masih lagi diberikan nikmat untuk bercakap dan bergerak.
Benarlah apa yang kita ada adalah pinjaman dari Allah swt dan hanya Dialah yang boleh menarik balik nikmat-nikmat yang diberikan. Mungkin hari ini kita gelak ketawa, mana tahu esok kita sudah bisu, mungkin hari ini kita lincah berlari, esok kita mengesot, mungkin hari ini kita tidur atas katil, esok kita tidur dalam keranda. Manfaatkanlah segala nikmat yang ada dan belajarlah erti untuk bersyukur.

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.


3 hari 2 malam di Kuala Berang meninggalkan banyak kenangan yang akan terpatri di sudut kecil hati ini. Selepas Jogjakarta, Sungai Siput Perak,Kg. Lonek N.9, Kg orang asli di Kg Rensak, Perak,dan juga Kuala Berang, selepas ini akan ada kenangan terpatri di Beijing pada akhir bulan Mac ini. InsyaAllah....Moga jauh perjalanan ini dapat menambah imanku kepadaNya.Amin.....


 
 pemandu bas terlatih







Subuh di Masjid Terapung





bersama mak cik dan juga Alice





bersama dengan penduduk kampung

 

bergambar kenangan



Selasa, 26 Januari 2010

REHLAH MAHABBAH



Salam...

Pengumuman insyaAllah PMIMSU akan mengadakan program Rehlah Mahabbah pada 29-31 January 2010 bertempat di Kem Rimba Ria Sungai Congkak.

Program yang bersifat indoor dan juga outdoor..

Tidor didalam khemah dan juga memasak sendiri

Night walking.....

Bayaran:RM15

Sijil penyertaan disediakan...

Jom masuk beramai2....

.Dah penat belajar, kini kita boleh release tension dengan aktiviti yang mencabar....

Pepatah Arab ada menyebut " akal yang sihat datang dari badan yang sihat'

Isnin, 18 Januari 2010

Tidak akan Kerajaan Melayu Melaka hilang didunia??? (bahagian akhir)

salam....


Pada bahagian yang kedua, saya telah menulis mengenai kejayaan Turki Uthmaniyah bergantung kepada kejayaan Kerajaan Melayu Melaka (juga dikenali sebagai Kerajaan Islam Melaka). Saya yakin dan percaya ramai sahabat-sahabat terkejut dan tidak percaya bahawa KMM merupakan tulang belakang kepada kejayaan Islam Turki Uthmaniyyah. Selama ini kita telah didoktorin bahawa Kerajaan Portugis datang menyerang melaka disebabkan ingin mencari rempah ratus. Sebenarnya tujuan mereka datang ke Melaka adalah untuk melemahkan sumber kekuatan Turki Uthmaniyyah dan seterusnya dapat menawan Kerajaan Turki Uthmaniyyah disamping dapat menghalang tersebarnya ajaran Islam yang semakin berkembang di eropah sekitar tahun 1457. 

Bagaimana mungkin Melaka menjadi sumber kekuatan Turki Uthmaniyyah? Umum mengetahu Melaka telah menjadi tempat perlabuhan dan perdagangan yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Secara logik akal, kepesatan ekonomi KMM telah memberi sumbangan yang berharga kepada pihak Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam menjana kekuatan Daulah Islamiyyah.Oleh sebab itulah pihak Portugis ingin sangat mencari sumber yang menjadikan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang semakin maju dan berkembang pesat.  



Sebelum tertera Portugis menyerang Melaka, mereka sebenarnya telah menyerang Goa iaitu suatu kawasan perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di India. Setelah berjaya menawan Goa, barulah mereka sedar bahawa Goa bukanlah sumber kekuatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Setelah mereka berbincang, rupa-rupanya yang menjadi tukang belakang kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah KMM. Tetapi saya akan menceritakan sesuatu yang mungkin kebanyakkan daripada kita tidak mengetahuinya. Orang Barat bukanlah pandai sangat. Kalau tidak masakan mereka pernah berada didalam zaman kegelapan tatkala sinar Islam semakin mencapah sautu ketika dahulu. Dalam perjalanan menuju Goa, mereka berlayar menggunakan kapal layar. Mereka tidak lansung mempunyai ilmu pelayaran berbanding ahli pelayaran Islam yang terkenal iaitu Cheng Ho.







Cheng Ho








Perbandingan kapal Cheng Ho dengan Columbus

Tentera Portugis ini telah tersalah arah dah telah belayar sehingga ke benua Amerika Latin, bukannya Goa di India. Oleh kerana mereka iaitu penduduk Amerika Latin mempunya kulit seakan-akan kemerahan, pihak Portugis telah memanggil mereka dengan gelaran Red India dan itulah asal usul gelaran Red Indian kalau sahabat-sahabat mahu tahu. Setelah sampai di sanalah baru pihak Portugis sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan telah berpatah balik menuju Goa.


Akhirnya pada 1 Julai 1510, KMM telah diserang dan berjaya ditakluk pada 10 Ogos 1511. Kesan yang amat mendalam dapat kita lihat dengan jatuhnya KMM iaitu kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di sekitar Melaka seperti di Singgora, Pattani, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Negeri-negeri ini dipecahkan kepada 7 negeri bertujuan untuk melemahkan perpaduan negeri-negeri islam. Di filipina pula, Islam telah ditindas sehinngakan dulu ibu kota negera Filipina bernama Ama nillah yang bermaksud "kami beriman kepada Allah" telah ditukar kepada Manila.




Tamat sudah pelayaran kita dalam menjejaki mengapa Kerajaan Melayu Melaka telah lenyap ditelan zaman dan melihat sejarahnya dari sudut kaca mata Islam. Satu pesanan saya, janganlah terlalu percaya akan sejarah dibuku teks kerana ianya telah diubah oleh pihak Barat untuk memesongkan Umat Islam.



Daripada Abu Said al-Khudri radiallahu anhu berkata, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?
Nabi saw menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka?
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Sabtu, 16 Januari 2010

Mukashafah Al Qulub bahagian 2

Salam....

Setelah hampir 2 minggu meninggalkan penulisan blog disebabkan perkara-perkara yang tertentu, Alhamdulillah hari ini dapat saya 'menghidupkan' semula blog ini yang koma seketika.

Pada entry yang lepas, sahabat saya Ustaz Rafiuddin meminta saya untuk memberikan sedikit penjelasan tentang karangan Hujatul Islam Imam Al-Ghazali yang bertajuk Mukasyafah Al-Qulub (Penawar bagi hati) ini.  Melalui kitab ini beliau mengorek barah yang bersarang di hati. Beliau jelaskan sebab dan bahayanya barah hati ini kemudian beliau meyentuh betapa pentingnya "Rhiadah dan Mujahaddah". Juga beliau mengetengahkan pula bagaimana sikap orang yang telah mencapai tingkatan ariffan.  Mudah-mudahan melalui syarahan kitab ini dapat menambahkan keimanan kita semua. InsyaAllah.

Pada entry yang lepas juga saya ada menerangkan suasana ketika kita berada di negeri akhirat dan pada ketika itu juga kita akan berdiri menghadap 2 timbangan yang mana timbangan itu dijaga oleh malaikat. jika amalan kita berat amalan baiknya, maka malaikat akan berkata dengan suara yang boleh didengar semua orang ketika itu " si fulan bahagia selamanya" manakala jika amalan kita penuh dengan amal buruk, riak dalam beribadat, melengahkan bertaubat, tidak ikhlas melakukan pekerjaan, mengumpat, mencari keburukan orang lain, melihat perkara-perkara zina, semua ini akan menyebabkan kita menjadi vip didalam neraka. Maka malaikat akan berkata dengan suara yang gerun "si fulan celakalah selamanya". Maka malaikat Zabaniyah dengan tukul besi di tangan dan pakaian api menghampiri mereka ke neraka. Ketika itu sudah tidak ada lagi nikmat kerana kita akan dimasukkan ke tempat yang paling seksa dan yang paling buruk pengakhirannya.

Malaikat memanggil " mana fulan bin fulan yang suka berangan dengan nikmat dunia dan mengsia-siakan umurnya terutama pada waktu mudanya untuk beramal jahat?". Maka malaikat akan memukul ahli neraka , menyeksa dan membuangkan mereka ke dalam neraka yang makanan dan minumannya dari api neraka. Neraka Hawiyyah mengongkong kita sambil malaikat memukul kita. Kaki kita diikat, kita menjerit dan meratap " Wahai Malik, ancaman itu telah nyata bagi kami, berat untuk kami terima besi itu dan kulit kami telah lumat dah hancur diseksa. Keluarkan kami dari sini. Kami tidak lagi berdaya menahan seksaan neraka ini. Kami tidak ulangi lagi". Malaikat Zabaniyyah berkata " Tidak mungkin kau akan keluar dari tempat hina ini. Jika kau dikeluarkan maka kau akan ulangi perbuatan larangan itu."

Bagaimana pula keadaan neraka itu? Kita mengetahui bahawa neraka itu tempat yang menakutkan, tempat yang menyeksakan tetapi kita masih lagi berani melakukan maksiat kepada Allah swt. Kerana apa? Kerana kita tidak mengetahui sifat neraka itu sendiri. Kita tahu bahayanya buaya kerana sifatnya yang ganas, mempunyai gigi yang tajam, boleh membaham dan menbunuh kita. Bahkan neraka juga mempunyai sifat-sifat yang jikamaka kita mengetahuinya, saya yakin hati kita akan gentar dan mengalirkan air mata lantaran takut akan api neraka.

Api didalam neraka sentiasa menyala-nyala  dari atas, bawah, kiri dan kanan. Api dimana-mana sahaja. tiada tempat yang tidak dipenuhi api neraka. Makanan, minuman, pakaian dan segala-galanya dari api. Firman Allah swt dalam Al-Waqi'ah ayat 51-56 yang bermaksud " Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu."

Sabda nabi " Di jahanam ada seribu jurang. Tiap jurang ada seribu lorong. Tiap lorong ada seribu ular, tujuh puluh kala jengking dan semua itu pasti menyengat orang kafir dan juga orang munafik.".  Bayangkanlah ular berbisa dan juga kala jengking yang berkeliaran mencari ahli neraka, dengan kita dirantai oleh rantai api neraka, tiada lagi tempat untuk melarikan diri. Azab yang paling ringan adalah selipar api yang bilamana kita memakainya, bergelegak otak kerana panasnya api neraka itu. Kita disiram dengan air panas, isi perut hancur dan kulit melecet dan mengelupas. Rambut jadi hangus, nanah meleleh keluar dari mulut. Sangat menyeksakan bagi kita yang waras fikirannya.tetapi kita masih lagi membuat maksiat dan tidak lagi bertaubat. Mahu kena balasan api neraka baru nak bertaubat ke?




Isnin, 4 Januari 2010

Pencerahan isu Allah (tulisan Faisal Tehrani)

1. Saya pernah menulis mengenai kalimah Allah di blog ini. Intinya saya tidak bersetuju kalimah tersebut dibenarkan untuk kegunaan penganut agama selain Islam.

2. Kalimah Allah bukan sahaja bererti Tuhan. Ia membawa sama 'nilai kesucian' yang tersendiri buat penganut agama Islam. Kerana itulah seseorang muslim dalam keadaan janabah misalnya tidak akan memegang (ayat-ayat suci) al-Quran. Kerana itulah jika kita terserempak keratan kertas bertulis 'Allah, Nabi Muhammad' di atas jalan, kita akan mengutipnya, dan cara untuk melupuskan keratan itu selalunya kita membakar ia sehingga musnah. Pendek kata Allah bukanlah semata-mata 'Tuhan'. Ia membawa 'keberatan' atau weight yang lebih mendalam.

3. Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'.

4. Jika Allah hanyalah satu kalimat bermaksud Tuhan, maka orang Islam (Muslim India dan Melayu) Singapura tidak akan turun ke jalanraya satu masa dahulu untuk mempertahankan akidah Natrah. Kita juga tidak perlu berheboh-heboh mengenai Nur Aishah Bukhari, tidak berheboh-heboh mengenai Lina Joy. Jadi, Allah adalah lebih dari Tuhan.

5. Seperti yang pernah saya sebutkan, mintalah pendita Kristian menyelak Bible (yang asal Vatican) mereka dan tunjukkan di mana ada kalimah Allah?

6. Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.

7. Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.

8. Penyataan konsili itu menyebutkan:

Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.

Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"

- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'

Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.

9. Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).

10 Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?

11. Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.

Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.

12. Menurut Islam, kalimah Allah mestilah sentiasa digandingkan dengan kalimah Muhammad kekasih-Nya. Saya tidak dapat membayangkan kalimah Allah digandingkan dengan kalimah Jesus 'selaku anaknya'. Bolehkah anda selaku seorang Muslim (tidak kiralah saudara ahli UMNO, PAS atau PKR) menerimanya?



Diambil dari blog Faisal Tehrani (klik disini)




Ahad, 3 Januari 2010

SMART GROUP

Salam...

InsyaAllah PMIMSU akan mengadakan smart group pada petang Selasa, 5 Januari 2009, pukul 5.00 petang bertempat disurau. Semua ahli diemput hadir ke majlis ilmu ini.





Sabtu, 2 Januari 2010

Ada apa dengan 1 Januari 2010?

Salam..

Alhamdulillah kita sekarang sudah masuk tahun baru 2010. Sering kali saya melihat masyarakat kita menyambut tahun baru dengan meriah dan juga sudah pasti berazam untuk menjadi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Beranjaknya dari tahun 2009 ke tahun 2010 bermakna umur kita juga semakin meningkat Tetapi ramai lagi yang tidak menyedarinya. Tahun meningkat bermakna umur kita juga semakin meningkat. Kubur juga tidak sabar lagi menerima kita untuk dimuatkan ke dalamnya. Mudah-mudahan tahun baru ini menjadi turning point kepada kita untuk topup amalan kita. Insyaallah.


Pada malam tahun baru, saya telah mendapat meseg dari sahabat saya iaitu saudara Rafiudidn yang mengajak saya menyertai ekspedisi malam tahun baru anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Menanjung (GAMIS) di dataran Merdeka. Ini adalah kali yang pertama saya menyertai ekspedisi ini dan sudah pastinya semangat berkobar-kobar menyala di dalam jiwa saya.

Kami bertolak selepas Maghrib menaiki komuter KTM.  Terlalu ramai penumpang di dalam tren komuter yang saya agak sudah tentu mahu menyambut tahun baru di bandaraya KL. Mata saya melilau mencari 'sesuatu'. Sudah dapat. Memang benar tekaan saya. Sambutan tahun baru pastinya akan 'diserikan' lagi dengan pasangan couple yang bermadu-madi menyulam kasih. 2 pasangan couple yang saya rasa berumur belasahan tahun dan masih lagi bersekolah tidak menghiraukan keadaan sekeliling. mereka. Belai sana,belai sini seolah-olah tidak sedar perbuatan mereka diperhatikan oleh orang sekeliling dan juga telah dirakam oleh cctv Allah swt dan akan ditayangkan ketika berada di padang mahsyar kelak. Ketika itu, berbilion umat manusia semenjak dari zaman nabi Adam hingglah akhir zaman akan melihat perbuatan mereka.

Malu? Sudah semestinya. Tidak malukah kalau perbuatan buruk kita dilihat oleh semua umat manusia. Lebih-lebih lagi kepada Allah swt. Pada ketika itu mulut kita akan dikunci dan segala soal-siasat tentang semua perbuatan kita akan dijawab oleh anggota badan kita sendiri. Firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 24 " pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhdapa apa yang dahulu mereka kerjakan"


Penulis bergambar didataran Merdeka







Ribuan hadirin yang hadir menyaksikan konsert






Kami berkumpul di tengah hadiran


 Lebih kurang pada pukul 9 lebih, kami berkumpul di hadapan masjid Jamek. Suasana ketika itu sangat hingar bingar disebabkan ribuan orang hadir untuk melihat konsert. Sedikit penerangan oleh sahabat saya, saudara Farhan merangkap amir majlis dakwah GAMIS. Seusai penerangan, kami terus berterbangan dengan air dan juga kalendar mini GAMIS, memberi kepada ribuan masyarakat yang hadir pada malam itu.

Satu penyesalan dihati kerana tidak berkesempatan untuk bersembang dengan kawan-kawan kita yang bercouple atau yang berpakaian 'pelik' . Mungkin dakwah fardi diri ini belum lagi mantap untuk diaplikasikan. Sesuatu yang saya perasan adalah masyarakat "1 Malaysia" kita ini suka akan hiburan lebih-lebih lagi kaum Melayu. Sudah pasti setiap aktiviti atau program akan ada hiburan dan konsert yang yang menjurus kepada hendonism.  Bagaimana mungkin kita ini yang bergelar mahasiswa lebih gemar untuk hadir ke konsert atau hiburan berbanding majlis ilmu atau program yang standart dengan tahap keintelektualan kita sebagai seorang mahasiswa. Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang lebih gemar akan hendonism, tidak peka akan isu-isu semasa kerana kitalah bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

Lebih kurang pukul 12.30 pagi kami bertolak pulang ke Shah Alam. Ketika dalam perjalanan balik, dengan keadaan yang agak penat ,terlintas difikiran. Berapa ramai perempuan yang kehilangan daranya dan berapa ramai pula lelaki yang hilang imannya di malam tahun baru ini. Takut jika malam tahun baru di berikan bencana oleh Tuhan pencipta alam.