Jumaat, 16 Disember 2011

Melayu Gay yang semakin meLAYU

Assalamualaikum.

Erm....tension sekejap Penulis hari ini. La..kenapa pula? Pasal isu gay. Ye, isu gay. Apa tu gay? Apa itu gay? Gay itu adalah sekepng biskut yang di makan bersama dengan secawan ali cafe sambil tengok orang menaiki basikal fixie di dataran Batu Buruk. Gay itu senang cerita orang lelaki minat/jatuh cinta dengan sesama lelaki. Kalau Pembaca nak tahu lebih-lebih, tanyalah pak cik Google ye.

Baru je petang tadi Penulis baca surat khabar Harian Metro. Ada artikel pasal isu gay ini. Ini dia.


Tu dia....gay MELAYU 30 ribu tu. Dah semakin teruk dah ummat akhir zaman ni. Dah memang nak rasa balasan ummat Nabi Lut a.s ke apa ni? Nak kena diterbalikkan tanah baru nak sedar?? Kenapa Penulis nak emo-emo pula ni? Ye..kena la emo sebab kalau azab Allah datang semua akan kena termasuk Penulis dan Pembaca sekali.

NI lagi 'best'. Kisah orang melayu gay di oversea.  Mak ayah hantar belajar di Ireland supaya jadi doktor yang berjaya, tengok-tengok jadi doktor yang gay. Siap berkahwin lagi pakai baju melayu. Melayu Haprak!

   









Ni Penulis copy paste dari Surat Khabar Utusan.

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. 

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. 

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). 

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. 

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. 

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. 

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. 

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. 

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. 

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

p/s: Erm...tak tahu nak kata apa T_T

5 ulasan:

  1. rase sebak bile tgk mak ayah bertungkus lumus hantar anak belajar untuk menjadi insan yg berjaya, end up diberi balasan sebegini rupa. bukan sekadar hasil xde, dikejar utang almost 1 juta, malu pon dapat.astaghfirullahalazim..

    BalasPadam
  2. Gay is natural. They are like this as they were born. They are created like this. So whose fault? As for Nabi Lut a.s was different as they expose sex, anal sex or gay sex in public and sex or zinah is Harram eventhough you are not a GAY ! So next time think before you talk. Kalau da bercinta tu tidak salah. Kerana cinta tu anugerah Allah. Tetapi jgn sampai anal sex atau zinah. Maka itu adalah Haram ! Zinah adalah haram, tak kira apa jenis ! Faham!

    BalasPadam
  3. berkata dgn org yg menggunakan nafsu semata utk menghalalkan cara adalah sia2...kalau kamu tahu kebenaran dan dosa besar melakukan hal songsang ni..sesekali kamu tidak mengucapkan perkataan mcm seperti itu..bergembiralah dgn maksiat yg kamu lakukan tp ingat kematian dan pembalasan itu pasti!!!

    BalasPadam