Alhamdullah...akhirnya berjaya juga Penulis mengupdate blog. Dah lama sangat rasanya tak update. Untuk entry kali ini, dah lama Penulis merancang menulisnya tentang peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat ini. Jom kita lihat apa dia.
Peristiwa 1: Ramai yang ponteng Solat Jumaat
Sebenarnya ramai juga orang melayu Islam yang ambil mudah dengan solat Jumaat ni. Kadang-kadang Penulis kagum dengan Mat-Mat Bangla yang datang kerja di Malaysia. Mereka berderet-deret jalan kaki pergi ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat, waima di tengah panas mentari. Jauh pula tu. Memang tabik spring la Penulis kepada mereka. Tapi sayangnya orang melayu Islam kita ni tak pula macam tu.

ada bagus juga mat bangla ni berbanding orang melayu dalam bab solat Jumaat ni
Macam-macam alasan yang diberi. Iyelah, kalau tak datang Jumaat 3x, baru haram. Kalau tinggal sekali atau dua kali, tidak mengapa. Sedangkan Solat Jumaat sebenar wajib berdasarkan Firman Allah Taala, ertinya
" Wahai orang-orang beriman apabila diseru solat Jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli." (Surah Al-Jum'ah, ayat 9).
Macam-macam alasan yang diberi, antaranya penat bekerja lah, ada kertas peperiksaan la lepas tu, atau pergi bershopping dengan muka selamba, tidak ada rasa bersalah lansung. Alasan yang tidak diterima oleh hukum Syar'ie. Orang ini bagi Penulis tak layak dijadikan suami. Soal ibadah hanya dibuat ikut suka hati je, mana mungkin dapat membimbing anda wanita dan muslimah di luar sana. Tapi terpulanglah samada nak terima juga. Aiman tak kisah =).
Peristiwa 2: Tok Khatib syok sendiri
Ini pun jadi masalah juga, Tok Khatib baca kutbah bukannya menyampaikan kutbah. Kadang-kadang mengantuk jemaah dengar. Penulis pon kadang-kadang mengantuk juga.Kadang-kadang sampai nak jatuh ke belakang tapi biasa, dengan pantas Penulis cover dengan mengangguk-angguk, kononnya faham apa yang Tok Khatib sampaikan. Jangan nak ketawalah, Penulis pasti ramai je buat cover macam tu kan? =)
Kadang-kadang Tok Khatib baca malas je dan pernah Penulis mendengar kutbah yg dibaca dah macam bahasa siam. Tok Khatib yang dah berusia mungkin terlupa bawa spek mata selalu tersalah menyebut perkataan. Sakit telingat dibuatnya. Sepatutnya Tok Khatib perlu lebih bersemangat, jangan terlalu mengikut skrip kutbah. Kutbah sebenarnya menyampaikan dan menegur umat Islam. Sebagai contoh di tempat tersebut terdapat banyak masalah sosial, Tok Khatib mesti menyampaikan kutbah yang berkait dengan masalah sosial tersebut. Bergantung kepada situasi.
Pernah Penulis melihat di youtube seorang ustaz bernama Ustaz Abdullah Khairi yang penuh bersemangat membaca kutbah tanpa perlu membaca teks, dan lantang. Barulah hadirin mendengar dan mengambil pengajaran.

Hantu tanpa kepala -Bila dah mengantuk sangat, kusyuk sampai tertidur dengar kutbah
Pernah Penulis melihat di youtube seorang ustaz bernama Ustaz Abdullah Khairi yang penuh bersemangat membaca kutbah tanpa perlu membaca teks, dan lantang. Barulah hadirin mendengar dan mengambil pengajaran.
Peristiwa 3: Ramai penjual yang untung dunia tapi rugi akhirat
Kadang-kadang di sesetengah tempat, akan ada mereka yang mengambil kesempatan untuk menjual nakanan. Benar, itu tidak salah tapi yang menjadi salah disebabkan 2 perkara. Yang pertama, masih lagi berlaku proses jual beli ketika azan yang kedua. Kan haram ketika itu menjalankan jual beli tapi kebanyakkan daripada kita mengambil mudah. Adakah kita mahu menambah dosa walaupun sebenarnya kita datang untuk ibadah solat Jumaat? Sangat-sangat rugi perbuatan tersebut. Yang kedua, penjual bila dah penat memasak dan menjual makanan boleh pula tidur dalam kereta atau van untuk berehat. Ada ke macam tu? Ada je. Kita je yang tak tahu.
p/s: Moga-moga kita tak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi.Amin.

Tak salah berjual beli tapi Ibadah perlu diutamakan
p/s: Moga-moga kita tak termasuk dalam golongan-golongan yang rugi.Amin.
都市单身交友网 , 深夜聊天室 , 同城床友交友网 , 找我聊天频道 , m视频吧聊天交友网 , 社交聊天网 , 58同城交友约炮 , 台湾辣妹 , 色女的qq成人聊天室裸聊 , 美女性感聊天室网站
BalasPadam