Ahad, 21 Ogos 2011

Siapa yang azan di Masjidil Haram di Mekah?

Assalamaualaikum

Alhamdulillah dah hampir 2/3 Ramadhan kita telah menunaikan ibadah puasa pada kali ini. So, post pada kali ini mestilah sesuatu yang berkaitan dengan puasa. Penulis amat yakin, ketika bulan Ramadhanlah umat Islam paling peka dengan waktu sembahyang berbanding bulan-bulan yang lain. Yang paling kita peka adalah jam berapa azan Maghrib akan berkumanding, mungkin tidak salah jika Penulis katakan hampir semua umat Islam mengetahui bila masuknya waktu azan Maghrib. Tidak mengapalah, tidak ada masalah pun. Hee.

Mungkin ada yang tidak pernah terfikit, selalu kita mendengar suara azan dari Masjidil Mekah tetapi kita tidak tahu siapa dan bagaimana rupa Muazin tersebut. So, Penulis pun terasa ingin berkongsi video yang diambil dari U-Tube ketika Muazin sedang melaungkan azan di Masjidil Haram di Mekah
Ada yang bertanya, kenapa Muazin pakai sunglassess? Erm..payah soalan tu, Penulis pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab lantai di sekitar Kaabah memantulkan cahaya kot(padahal jawapan dari komen di U-tube). So, lepas ini bolhlah kita kenal pula Muazin di surau atau masjid yang berdekatan dengan rumah kita, jangan hanya kenal ketika bulan Ramadhan sahaja. =)

p/s: 10 hari terahir bulan Ramadhan hari istimewa, jangan lepaskan peluang!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan