Jumaat, 5 Ogos 2011

Kek Lapis Sarawak perasa babi

Assalamualaikum.

Di pagi Jumaat yang mulia ini, Jumaat pertama di bulan Ramadahan katakan,penulis nak berkongsi tentang info kek lapis yang sangat-sangat terkenal. Mesti semua pembaca pernah mengetahu mahupun dah makan kek lapis Sarawak. Kalau pembaca ada yang tak kenal juga, memang agak pelik juga sebab penulis pun tahu pasal kek lapis Sarawak ni. Baiklah, mungkin betul ada di kalangan pembaca yang memang tak kenal kek lapis Sarawak ni, so penulis ada meletak gambar kek tersebut dibawah ni,tengoklah dan kenal-kenallah yang mana satu kek lapis Sarawak yea.




Bestkan kek lapis Sarawak ni kan? Laparlah pula tengok tapi apakan daya kebanyakkan kek lapis ini haram dimakan. Kenapa pula? Menurut sumber dari berita harian,ianya disahkan oleh JAKIM kebanyakan kek lapis Sarawak ini dibuat dengan menggunakan mentega yang mengandungi DNA babi iaitu Mentega Golden Churn Creamy Buffer.


Tapi yang peliknya, mula-mula Jakim menghantar surat bertarikh 30 Jun kepada pembuat mentega mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, tetapi pada 28 Julaipula, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengesahkan bahawa mentega ini ada DNA babi dan haram dimakan. Samalah dengan isu arak 'halal' Barbican. Satu pihak kata tidak halal satu pihak lagi kata halal. Harap-harap agensi yang bertanggungjawab pasal halal di negara kita ini tidak lagi memeningkan lagi umat Islam. Biarlah siasat dengan betul-betul dan keluarkan satu jawapan yang sama dan sekata. 

So, haramlah untuk kita makan kek lapis Sarawak ini. Mungkin raya kali ini tidak ada lah kek lapis Sarawak ye. Kalau nak makan juga, carilah yang ada tanda halal.



p/s:Habis kek lapis Sarawak yang banyak dah dibuat menggunakan mentega tersebut untuk raya kali ini, macam mana ye? Buang atau terus tutup mata tetap dijual? 




3 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih di atas perkongsian

    BalasPadam
  2. salam.. apa yg anda tulis ini mmg ada betul nya.. tapi buat pengetahuan anda x semua kek lapis sarawak dibuat menggunakan mentega jenama ini. kebanyakan yg dijual di pasaran adalah diperbuat menggunakan sama ada buttercup atau pun margerine biasa.. sebab itulah kek lapis boleh didapati dgn harga yg murah. kalau diperbuat menggunakan mentega ini, kos adalah lebih tinggi dan harga kek lapis lebih mahal. hanya certain pengedar je yg akan menggunakan mentega jenis ini. saya agak terkilan dgn tajuk entry anda seperti bermaksud semua kek lapis adalah haram utk dimakan. tajuk entry ini sangat sensitif terutamanya kepada orang sarawak sendiri. harap anda maklum dgn penjelasan saya.. sekian, salam.

    BalasPadam
  3. Musafir Melayu:
    Waalaikumusalam.
    sama-sama, moga manfaat kat kita semua =)

    Tanpa Nama:
    Wasalam
    Terima kasih atas penjelasan,saya juga mohon maaf kalau tajuk entry ini mengguris perasaan orang-orang Sarawak.saya tidak bermaksud sedemikian.
    Kalau ada apa yang perlu ditegur, tegurlah,saya terima dengan seikhlas hati =)

    BalasPadam