Selasa, 14 Jun 2011

Malaysia akan dilanda gempa bumi?

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini, penulis mahu berkongsilah tentang gempa bumi ini. Kebetulan pula penulis terdengar berita tentang gempa bumi melalui berita malam tadi. Gempa bumi ini akibat daripada gempa sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara. Mereka yang tinggal di Malaysia pun turut terkena dengan kesan gempa bumi ini seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Perak , Putrajaya, N. Sembilan dan Melaka. Gambar dibawah ini dirakam ketika semua pekerja yang bekerja di bangunan tinggi keluar bangunan untuk menyelamatkan diri.
Gambar yang dirakam di Putrajaya

Staf dan pelawat bangunan SUK di Shah Alam berhimpun di pekarangan premis itu ekoran gegaran akibat gempa yang melanda utara Sumatera pagi ini. — Foto oleh Jack Ooi



Gambar dirakam di SUK di Selangor





Mungkinkah Malaysia turut terkena kesan gempa bumi ini? Jawapan penulis ya!! Sebab apa ye? Kerana hadis ini.

Daripada HUzaifah bin Asid Al-Ghifari ra.berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari kiamat".

Lalu Nabi saw bersabda:

"Tidak akan terjadi hari khiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudia beliau menyebutkannya: Asap, Dajjal, binatang (dabbah), terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (Hadis riwayat Muslim)

Iye!!! Itulah petanda hari kiamat. Malaysia juga tidak terkecuali untuk terlepas dari kesan gempa bumi ini. Ketika kiamat satu dunia akan mengalami gempa bumi termasuk negara kita ini. Yang paling penting persiapkanlah diri kita ini dengan amalan agar mudah untuk bertemu denganNya.

p/s: Siapa kata Malaysia tidak akan kena gempa bumi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan