Khamis, 24 Mac 2011

Kebersihan sebahagian dari iman

Assalamualaikum.

Petikan kata-kata "kebersihan sebahagian dari iman" pasti kita selalu dengarkan? Ramai yang mengatakan ini adalah hadis Baginda SAW tetapi sebenarnya bukan. Mungkin ada yang terkejut.Kalau nk tahu lebih lanjut boleh baca disini. Tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah tentang sikap tidak peduli akan kebersihan lebih-lebih lagi di tempat awam. Mungkin selepas anda menonton video dibawah ini baru anda akan hargai dan menjaga kebersihan alam sekitar.

Isnin, 14 Mac 2011

kejadian pelik sebelum berlaku Tsunami

Assalamualaikum.

Betul ke binatang mengetahui akan berlakunya kejadian musibah alam? Ada beberapa perkara pelik yang jarang binatang lakukan tetapi berlaku ketika hampir berlakunya sesuatu musibah. Sebagai contoh pernah juga terdengar kejadian sebegitu ketika Tsunami melanda Acheh pada tahun 2004 dulu (tapi tidak berapa ingat dimana). Kali ini kejadian seumpama itu juga berlaku. Ekoran gempar bumi di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March yang lalu, beribu-ribu ikan telah datang beramai-ramai 'menziarah' sebuah persisiran pantai di Mexico, iaitu Pantai Acapulco.Boleh lihat gambar dibawah ini.

Bergurau biar bertempat

Assalamualaikum.

Takziah kepada masyarakat Jepun yang dilanda Tsunami pada Jumaat yang lepas. Sehingga sekarang anggaran yang mati sehingga 10 000 orang (tidak pasti jumlah sebenar). Lebih memburukkan lagi kesan radiasi akibat letupan loji nuklear. Mungkin kita tidak pernah melihat apa kesan radiasi ini. Lihat gambar dibawah.Pasti anda akan tahu mengapa kesan radiasi sangat-sangat ditakuti.

Khamis, 10 Mac 2011

Kau pergi jua

Assalamualaikum.

Terkejut dan terpinga-pinga. Itulah reaksi pertama saya bila mendapat sms dari no yang tidak dikenali. Isi sms tersebut mengatakan sahabat kita Kero Kimi telah kembali ke rahmatullah tadi disebabkan accident. Saya masih lagi tidak dapat tangkap siapa yang dimaksudkan. Digambaran fikiran terlintas wajah seorang seniour (kami memanggilnya dengan pangilan Abg Kawe), mungkin dia yang dimaksudkan didalam sms tersebut. tapi saya sebenarnya masih lagi 'blur', mungkin disebabkan saya agak sedikit tension kena menyiapkan thesis dan menghantar pada hari tersebut (9 March 2011), tambahan pula minggu itu juga minggu peperiksaan akhir semesta tahun akhir.