Khamis, 10 Mac 2011

Kau pergi jua

Assalamualaikum.

Terkejut dan terpinga-pinga. Itulah reaksi pertama saya bila mendapat sms dari no yang tidak dikenali. Isi sms tersebut mengatakan sahabat kita Kero Kimi telah kembali ke rahmatullah tadi disebabkan accident. Saya masih lagi tidak dapat tangkap siapa yang dimaksudkan. Digambaran fikiran terlintas wajah seorang seniour (kami memanggilnya dengan pangilan Abg Kawe), mungkin dia yang dimaksudkan didalam sms tersebut. tapi saya sebenarnya masih lagi 'blur', mungkin disebabkan saya agak sedikit tension kena menyiapkan thesis dan menghantar pada hari tersebut (9 March 2011), tambahan pula minggu itu juga minggu peperiksaan akhir semesta tahun akhir.

Setelah semua selesai, pada petang tersebut saya online facebook dan saya terdapat di wall saya seorang sahabat yang juga batch Shams 06 menulis takziah dengan tag nama Kero Kimi. saya lantas membuka dan amat terkejut bila melihat wajah profile beliau.Allahurabbi!! Kero rupanya.Saya masih lagi tidak percaya lantas saya menulis nama  Kero dalam carian Google untuk mencari kepastian. Benar, Kero orangnya. Ketika itu lantas terbayang muka Kero dengan senyumannya. Walaupun kami tidaklah rapat, tetapi Allahyarham sangat baik orangnya, setiap kali jumpa pasti tidak lekang panggilan "presiden", panggilan untukku. Dan untuk saat entry ini ditulis  juga, saya masih lagi tidak dapat mempercayai beliau sudah tiada. InsyaAllah balik nanti ke bumi Terengganu akanku ziarah ke kuburanmu.

Moga engkau bersama orang-orang Soleh disana. Amin.

Al-fatihah.
masih lagi terkenang senyuman Allahyarham. Ketika saat entry ini mahu dipostkan, saya masih lagi ragu-ragu,seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi kepada sahabat saya ini.Takut nanti tersalah orang. Ya Allah, redhakanlah hatiku ini dengan ketentuanMu ini.Amin.



Allahyarham Kero Kimi


Kenangan bersama tidak mungkin dilupakan




Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


5 ulasan:

  1. al-fatihah.. semoga arwah ditempatkan dlm golongan para solihin. kau dulu shams ye halim?

    al-hafiz

    BalasPadam
  2. Sahabat kita lim. Dh pergi meninggalkan kita,
    mmg susah sgt utk dipercaya mula2 :(
    Sgt2 sedih2 skrang, terlalu awal...

    BalasPadam
  3. Al Hafiz:

    haah..dulu aku shams 2002-2006..kenpa?

    Almizzi:betul tu mizzi, antara cepat dan lambat, kita juga akan menyusul kemudian..harus sabar dan redha menerima suratan takdir...

    terasa ingin berjumpa dengan semua sahabat se Shams dulu...

    BalasPadam
  4. semoga dia ditempatkan bersama para solihin..kita yg masih hidup ni bersiap sedialah ye.

    BalasPadam
  5. Allah! xleh tahan :"((

    BalasPadam