Khamis, 24 Mac 2011

Kebersihan sebahagian dari iman

Assalamualaikum.

Petikan kata-kata "kebersihan sebahagian dari iman" pasti kita selalu dengarkan? Ramai yang mengatakan ini adalah hadis Baginda SAW tetapi sebenarnya bukan. Mungkin ada yang terkejut.Kalau nk tahu lebih lanjut boleh baca disini. Tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah tentang sikap tidak peduli akan kebersihan lebih-lebih lagi di tempat awam. Mungkin selepas anda menonton video dibawah ini baru anda akan hargai dan menjaga kebersihan alam sekitar.




So,sudahkah anda insaf setelah menonton video diatas? =)
Jom kita ramai-ramai jaga kebersihan diri, keluarga dan juga alam sekitar.

p/s:tahniah Mat Lutfi atas lakonan yang mantap. =)


4 ulasan:

  1. #tetaplah anda dalam menyampaikan kebenaran

    Hadis kebersihan adalah dari iman :

    http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?view=article&catid=58%3Asyarah-hadith&id=308%3Ahadith-23-kebersihan-sebahagian-iman&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=75

    http://dinulislam.saifulbahri.net/index.php/Syarah-Hadith/Hadith-4023-Kebersihan-sebahagian-daripada-iman.html

    BalasPadam
  2. Hadis Sahih:
    Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya". (Hadith riwayat Muslim)

    Cuma masalahnya ramai salahfahamkan maksud bersih dalam hadis itu. Maksud bersih dalam hadis tersebut bermaksud, "sucikan diri". Hati bersih dan diri bersih dari sebarang kekotoran.

    BalasPadam