Ahad, 3 April 2011

Bila orang gila kembali menggila

Assalamualaikum..

Dah lama tidak update blog, tiba-tiba terasa nak update bilamana terbaca berita tentang seorang paderi extremis iaitu Pastor Terry Jones (TJ). Siapa pula lelaki ini? Mesti ramai yang tahu atau terlupa atau yang memang tak tahu. Dialah seorang lelaki yang bagi pandangan penulis seorang 'agamawan' yang gila kerana sengaja mencetuskan isu panas antara agama. Dialah lelaki yang mahu mengadakan demostrasi membakar Al-Quran tidak lama dahulu.Bagi mereka yang 'concern' tentu akan mengingati nama ini, bagi mereka yang tidak lansung kenal, cuba-cubalah kenal mereka yang cuba membakar kitab suci Al-Quran ini. Biarlah rasa sedikit yang anda itu beragama Islam dan ada orang yang cuba membakar kita suci agama anda. Nak kenal muka paderi ini.Nah.Silakan


Mungkin bagi mereka yang lupa, lelaki inilah yang merancang mahu membakar Al-Quran pada 11 September tahun lepas, kononnya mahu memperingati tarikh kejadian PWTC dirempuh oleh penganut agama Islam. Dakwanya lagi, Al-Quran sengaja menggalakkan keganasan. Setelah didesak oleh masyarakat antarabangsa termasuk pihak atasan gereja sendiri dan juga pihak White House, akhirnya TJ membatalkan hasratnya untuk membakar Al-Quran. Tetapi idea gilanya kembali lagi. TJ akan mengadakan lagi demostrasi membakar kitab suci umat Islam itu pada akhir bulan ini. Mungkin idea gila ini datangnya dari orang yang gila. Bukan penulis yang menggelarkannya orang gila, tetapi anak TJ sendiri yang melabelkan ayahnya seorang yang gila. Tak percaya, baca disini.

Apa reaksi kita? Kita umat Islam endah tidak endah tentang isu ini. Umat Islam seluruh dunia membantah tentang isu ini tetapi kita hanya diam sahaja. Bantahan banyak dilakukan seperti contoh di Afghanistan, negara yang porak peranda akibat tangan-tangan USA tetapi sangat 'concern' tentang isu ini berbanding kita (baca disini). Sekecil-kecil usaha yang boleh kita lakukan untuk pertahankan Islam adalah dengan menyebarkan isu ini kepada semua agar umat Islam kembali 'concern' dengan isu yang melibatkan agama kita ini.

p/s: Penulis 'concern' tentang isu ini.Anda bagaimana?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan