Isnin, 10 Mei 2010

Senyumku sendirian........

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan rasminya bangunan baru MSU telah pun boleh digunakan. Kagum? ya sudah semestinya saya kagum dan juga bangga dengan adanya bangunan baru ini. Di mana-mana saja mesti ada kawan-kawan saya berposing di bangunan baru. Kalau tidak percaya, lihatlah di facebook. Gembira dan lucu pula. Biasalah bila orang dapat sesuatu yang baru, kadar 'keexcitedan' semakin membara bak gunung berapi Krakatau sedang menghembuskan lava. Tersenyum juga saya sendirian melihat student-student dan juga lecturer umpama menyertai program explorace, terkejar ke sana ke mari, sesat dan muka kepenatan menaiki tangga tetapi saya yakin semua kepenatan itu hilang umpama ditiup hembusan angin Pantai Batu Buruk, kerana gumbira mendapat wadah perjuangan ilmu yang baru.


Sebelum itu, saya juga ingin mengingatkan kepada sahabat-sahabat dan juga lecturer tentang keselamatan. Masih banyak lagi tempat yang belum siap sepenuhnya. Jauhilah tempat tersebut demi keselamatan anda. Dan juga khusus untuk wanita, walaupun saya tidak suka untuk bersikap prejudis, tetapi jangan lupa keselamatan diri anda khususnya dengan pekerja-pekerja binaan. Jangan cuba menaikan semangat dan hembusan nafas mereka dengan berjalan berseorangan di sana. Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi, anda bisa 'hilang' dalam ramai.


Ramai juga orang diluar sana yang bertanya pendapat tentang MSU ini. Jika anda bertanya kepada saya wajarkah anda memasuki MSU, saya tanpa membuang waktu memeluk anda sebagai ahli keluarga MSU. Silalah masuk dan mendaftar dengan MSU, (jangan lupa mendaftar sebagai ahli PMIMSU juga) jangan ragu dan cagu memilih univercity of choice ini. Memang benar tidak semua instituisi pendidikan semuanya sempurna, hatta IPTA sekalipun, ada juga kekurangannya (teringat berita UNIMAP tidak mendapat MQA dalam beberapa kos yang ditawarkan). Bahkan saya secara personal mengagumi sikap dan perhatian yang diambil oleh pihak management dalam menangani sebarang isu yang ditimbulkan. Bahkan kritikan-kritikan dan cadangan-cadangan saya sebelum ini juga dipandang serius oleh pihak management dan juga SCD serta SRC. Two thumbs up!! dengan anugerah APEC yang telah diterima ( hanya ada 2 buah university swasta mendapat anugerah APEC di Malaysia, salah satunya ialah MSU) dan juga deretan-deretan anugerah Malaysia book's of record, sudah terbukti MSU memang wajar diberi nama nick name My Sweet Univercity.

Ada juga yang bertanya, Halim ni asyik mengkritik MSU je dalam post sebelum ini ,ini jawapan saya "saya sayang MSU, sebab itulah saya mengkritik.Tiada niat yang lain. Saya tidak dapat apa pun. Cuma saya mahu melihat MSU terus cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai wadah untuk menuntut ilmu di Malaysia".

Proud to be MSUian.


9 ulasan:

  1. teruskan mengkritik alem..~
    =)

    BalasPadam
  2. jangan lupa,saya juga perlu dikritik...

    sangat mengharap kritikan membina :)

    BalasPadam
  3. insyaallah..klo qma rsa perlu kritik, qma kritik la..

    *saling mengkritik ea..

    =)

    BalasPadam
  4. mmmm...thumps up to alim...
    memang bagus pun mengkrikic for improved something..."berkata benarlah walaupun pahit"//hehhehe..

    BalasPadam
  5. Semoga satu hari nanti halim akan menjadi intelektual muslim yang sentiasa dihiasi dgn hikmah perjuangan dari Zat yg menyimpan segala Rahsia. Teruskan mengasah mata pedangmu dan bangunlah sebagai pejuang apabila tiba masanya.mudah-mudahan akan bangkit sekali lagi Sultan Muhammad al fateh yg akan menggegarkan sejarah dgn ketajaman fikiran,strategi dan kekuatan jiwanya.

    di saat itu..jgnlah Halim lupakan gelanggang usang yg penuh dgn silau tari pendekar..dalam tari tersimpan muslihat.. dalam muslihat tersimpan seribu hikmah..dan hikmah itu merupakan rahsia di dalam rahsia bagaikan anai2 yang tetap istiqamah dengan perjuangannya.. :-)

    BalasPadam
  6. MOhd ISA: kata-kata hikmah yang sangat bermakna bagi saya..syukran kasiran..InsyAllah kata-kata hikmah ini akan saya jadi pedoman dan juga azimat.

    BalasPadam
  7. salam, setelah lama menilik bacaan di blog ni, akhirnya jumpa juga dengan bacaan yg mengalu2kan kedatangan org baru ke MSU.

    *now i've lil' bit of confident to further my study there.

    BalasPadam