Ahad, 9 Mei 2010

1 Malaysia 1 Judi

Assalamualaikum...

apa yang nak jadi dengan kerajaan Malaysia, negara kita yang bangga dengan jolokan negara Islam. Tidak terfikir di fikiran ini bahawa kerajaan ingin membenarkan perjudian berdasarkan sukan di negara kita. 

Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama
  

Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.
Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat
kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari
manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).


Bersetujukah anda dengan  cadangan ini?

4 ulasan:

  1. awang adek yg dicanang mnjsdi MB kelantan...

    BalasPadam
  2. tanpa nama:

    tak tahulah sekiranya awang adek jadi MB kelantan..punoh2....

    BalasPadam
  3. http://2.bp.blogspot.com/_6KEX-9v9rO8/S_wTntJJtKI/AAAAAAAAEv0/dOqBmrLQRYw/s1600/pas+group.jpg

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, sedikit perkongsian dari blog saya...


    Sad al-Zarai’ iaitu salah satu cara menutup pintu kerosakan. Sebagai contoh penutupan kedai arak itu lebih baik, atau pengharaman keatas premis-premis judi atau pelacuran. Mencegah kemungkaran yang menjadi prinsip dan kewajipan orang-orang yang beriman, terutama mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk memerintah dan mentadbir Negara atau negeri.


    Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah, telah membakar hangus sebuah perkampungan yang membuat perusahaan memproses arak. Begitu juga sebuah kedai menjual arak yang digelar oleh saidina Umar sebagai makhluk perosak yang dimiliki oleh Ruaisiq as-Saqafi, juga turut dibakar hangus.


    Alim ulama semua mazhab bersependapat tentang wajibnya memusnahkan rumah yang dibina untuk tujuan maksiat kepada Allah SWT. Cara Saidina Umar adalah cadangan membakar hangus premis berkenaan, mungkin tindakan itu adalah sesuai pada zamannya.


    Pada zaman kini, mungkin dengan pembatalan lesen perniagaan dan lesen premis sudah dianggap memadai, asalkan perintah Allah SWT dapat dilaksanakan dengan berhikmah. Langkah ini adalah sebagai tanda patuh pada Allah SWT. Selain itu, ia bertujuan untuk menjaga maslahat ummah terutama remaja kini, agar mereka terhindar daripada gejala maksiat dan keruntuhan moral.


    Selain itu, kita hendaklah mengambil iktibar daripada tindakan Rasulullah SAW dengan meruntuhkan dan membakar masjid Dhirar, yang mana memberi ingatan bahawa kerajaan Islam mesti bertindak tegas terhadap apa jua tempat maksiat kepada Allah SWT dan

    RasulNya.


    Kesimpulan


    Sebagai tujuan “Amar makruf nahi mungkar”,pihak berkuasa semestinya berusaha mewujudkan ketakwaan dalam sistem bernegara agar hasil ketakwaan itu dapat dikongsi dan disebarkan bersama-sama. Dengan itu lahirlah “Khairul Ummatin” (umat yang yang beriman kepada Allah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah keburukan).

    Tidak kiralah apa jenis bentuk perkara yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Seharusnya seorang pemimpin itu haruslah cakna akan syariat Islam.

    kita diberi kuasa untuk memilih, pilihlah pemimpin yang terbaik

    BalasPadam