Salam
Isu ini sebenarnya baru sahaja berbangkit setelah kampus baru boleh digunakan (walaupun tidak siap sepenuhnya lagi). Khabar angin terus menerus bertiup di telinga kawan-kawan kita terutamanya mereka yang mempunyai kereta. Saya berharap agar MPP atau SRC memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini, tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak nampak peranan yang dimainkan oleh SRC samada memberi penjelasan secara terbuka ataupun kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini. Mungkin juga mereka terlalu sibuk atau sebagainya, itu tidak dapat saya huraikan. Saya berharap agar SRC dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini.
Kemuncak kepada isu ini, telah ada beberapa golongan student yang tidak berpuas hati telah menubuhkan page " Bantahan bayaran parking kepada student MSU" dilaman sesawang facebook. Lihat disini
Atas dasar untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang isu ini, saya telah berjumpa dengan En. Syed Helmi b Syed Abu Bakar selaku pegawai tertinggi di SCD hari Khamis yang lepas dibilik beliau.
Jawapan yang diterima adalah benar bayaran perking akan dikenakan untuk student MSU. Hal ini adalah kerana untuk mengurangkan kesesakan ataupun masalah merebut parking kerana student MSU hampir 6000 orang dan kemungkinan masalah merebut parking akan berlaku. Hanya student yang betul-betul mahu parking sahaja akan membayarnya. Selain itu, ini juga bertujuan untuk mengelak orang luar (bukan msu student or staff) perking kereta di car park tersebut dengan sewenang-wenangya (menjaga kebajikan student MSU)
Sebelum berakhir perjumpaan saya dengan En Syed, saya telah meminta jikalau benar bayaran mahu dikenakan juga, saya meminta bayaran itu dikenakan secara minuman dan juga bayaran bukan per hour, tetapi seharian. Alhamdulillah En Syed memberikan jaminan bayaran yang dikenakan ini tidak akan membebankan student.
Sebagai jalan alternatif, saya mencadangkan agar kawan-kawan kita yang mahu parking kereta, boleh park di TESCO (kemungkinan besar selepas ini TESCO juga akan mengenakan bayaran) ataupun di dataran letak kereta stadium.
Moga-moga penjelasan ini dapat membantu kita dalam memahami isu yang sebenar tentang bayaran parking kereta ini.
salam. terima kasih Halim sbb ada effort untuk tanya sendiri pihak atasan rather than just cakap-cakap belakang/di alam maya sahaja.
BalasPadamtrimas atas penjelasan
BalasPadamfsue:wasalam...sama2...saya cuma tolng apa yg patot je..
BalasPadamMusafir Melayu: u welcome...
pemberitahuan halim..ader kwn bwk kereta yang park kt bwh jambatan dkt msu..tp tak lame lepas tu..tayar kereta dier mengelembung..nasib baik tak meletup..tokey kedai keta kata yg tayar dier da rosak sbb selalu sgt jln kt atas batu kerikil tu..tak pasal2 dier kne tuka tayar..keempat2 sekaligus..harap sebar2 kn..
BalasPadam