Sabtu, 29 Mei 2010

Ucapan Dasar Muktamar sanawi PMIMSU kali ke-6


UCAPAN DASAR

Presiden PMIMSU SESI 2OO8/2O09

SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-6

“PEMANTAPAN THAQAFAH MERENCANA KEBANGKITAN MAHASISWA”




Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terima kasih kepada saudara Pengerusi Mesyuarat

Yang Berbahagia Penasihat PMIMSU

Yang Dihormati Saff Kepimpinan Majlis Tertinggi & Exco PMIMSU Sesi 2O08/2O10

Yang Berusaha Pengarah & Jawantankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PMIMSU Kali Ke-6

Yang Diraikan Dif-Dif Kehormat Dan Para Tetamu Jemputan

Serta Sidang Perwakilan Ahli-Ahli PMIMSU Siswa Dan Siswi Yang Dirahmati Allah Sekalian
Alhamdulliah, segala pujian kita rafa’kan kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya dapat kita bersama-sama pada hari ini didalam Muktamar Sanawi PMIMSU kali ke-6. Saya mewakili sahabat-sahabat pimpinan yang lain ingin mengucapkan ahlan wasahlan wamarhabban bikkum dan ribuan terima kasih kepada perwakilan kerana dapat hadir pada hari ini dan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada PMIMSU.
  
Dengan tema “ PEMANTAPAN THAQAFAH MERENCANA KEBANGKITAN MAHASISWA”, muktamar kali ini jelas ini cuba membangkitkan semangat mahasiswa Islam yang semakin malap dan pudar dari hari ke sehari .Kebangkitan yang dimaksudakan adalah kebangkitan semangat mahasiswa Islam yang berorientasikan thaqafah (ilmu). PMIMSU sebagai satu badan gerakan Islam dan dakwah di MSU haruslah mempunyai ahlinya yang mantap baik dari segi element thaqafah duniawi dan juga ukrahwi.

MUKADDIMAH
Firman Allah swt :
 “Katakan (wahai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9) 

Sudah jelas ayat  yang diatas telah memberi ‘signal’ kepada kita bahawa bertapa pentingnya thaqafah ataupun ilmu ini di dalam kehidupan kita seharian. Kita sebagai ahli gerakan Islam mestilah mampu untuk menguasai kedua-dua bidang iaitu thaqafah duniawi dan juga ukrahwi. Kita tidak mahu melahirkan orang yang hanya menumpukan kepada thaqafah duniawi semata-mata kerana ianya tidak menjamin mereka di dunia dan juga akhirat. Apa yang kita mahukan adalah mereka yang mampu bicara tentang thaqafah duniawi pada masa yang sama berupaya juga membicarakan tentang thaqafah ukrahwi. 

Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadithnya bersabda “Sesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu”. Hadith ini dengan jelas menunjukkan perlunya keseimbangan antara thaqafah duniawi dan thaqafah  ukhrawi (Fardu Ain dengan Fardu Kifayah). Tetapi realitinya sekarang ini, masyarakat mahupun mahasiswa itu sendiri telah didoktrin dengan pemahaman songsang, untuk mengejar kehidupan yang berkiblatkan thaqafah  duniawi semata-mata.

Di gambarkan kepada kita bertapa teruknya jika tiada thaqafah  duniawi tetapi tidak sebegitu pula dengan thaqafah ukrahwi. Seolah-olah berlaku diskriminasi thaqafah sedangkan hakikatnya Islam mementingkan kedua-dua thaqafah ini. Thaqafah ukrahwi terus menerus ditinggalkan dan disepikan , seolah-olah tidak sepenting thaqafah duniawi. Contoh yang jelas adalah salah seorang rakyat Malaysia yang sangat genius, yang menetap diluar negara tetapi disebabkan mengkiblat ilmu duniawi semata-mata dan kurangnya ilmu ukrahwi, sekarang wanita itu telah menjadi GRO. Ini contoh yang sangat jelas menunjukkan kita bahawa jika kita gagal seimbangkan kedua-dua thaqafah ini, kita sendiri yang akan menderita akhirnya.

Hadirin sekalian,
SMART GROUP MEDAN ILMU DUNIAWI DAN UKRAWHI

Kami di pihak pimpinan PMIMSU sedar dengan masalah  doktrin pemahaman songsang yang sedang berlaku di masyarakat Malaysia amnya dan khususnya mahasiswa MSU itu sendiri. Maka dengan ini, kami telah berfikir dan telah mengadakan “brain storming” bagaimana kaedah mahupun jalan penyelesaian dalam memecahkan tembok doktrin pemahaman sonsang ini.

Alhamdulillah setelah berhempas pulas memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini, maka kami telah mencapai kata sepakat dan kata putus dengan melancarkan satu program yang dinamakan SMART GROUP. Konsep SMART GROUP ini lebih kepada perbincang dan juga bertukar-tukar pandangan dan juga pendapat tentang isu yang melibatkan isu agama  dan juga isu-isu semasa yang diadakan secara halaqah ataupun liqa’. 

Perancangan awal kami adalah mahu mengadakan program SMART GROUP di Pusat Islam sahaja. Tetapi memandangkan masalah utama ahli PMIMSU yang mahu menyertai program ini adalah ketiadaan pengangkutan, maka kami telah memutuskan satu kaedah iaitu 1Z1F iaitu 1 Zon 1 Fasilitator. Kami telah mencaturkan fasilitator-fasilitator yang terdiri dari pimpinan PMIMSU di zon –zon penempatan utama sahabat-sahabat sekalian. Ha ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli dalam eri kata memberi kemudahan dan juga keselesaan kepada ahli PMIMSU untuk menyertai program ini. 

Harapan kami agar dengan adanya program seperti ini, kita mampu untuk memecahkan tembok doktrin pemahaman sonsang ini dan seterusnya melahirkan mahasiswa yang bergelar mukmin profesional atau digelar prostaz ( profesional dan ustaz ).

Sahabat sahabiah yang saya sayangi, 

Mengal-qurankan ahli gerakan PMIMSU
Dalam membentuk jiwa seorang anak muda islam yang mantap, mestilah ianya lahir dari sumber yang agung dan terulung iaitu berpandukan al-quran.  Mukjizat al-quran ini tidak dapt ditandingi oleh mana-mana kitab mahupun manuskrip-manuskrip ciptaaan manusia yang lain. Bahkan Allah swt mencabar kepada sesiapa yang mampu untuk mencipta surah yang hampir sama dengan salah satu surah di dalam al-quran seperti mana firmannya dalam surah Yunus ayat 38 yang bermaksud “Katakanlah, datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

Jikalau pada zaman sahabat, para huffazlah antara barisan hadapan di dalam setiap peperangan kerana jiwa mereka  penuh dengan ayat-ayat suci al-quran yang menjadi obor membakar keberanian dan juga ketangkasan mereka. 

Begitulah hendaknya dengan kita sebagai ahli gerakan PMIMSU. Pembudayaan membaca al-quran hendaklah senantiasa diamalkan tidak mengira masa dan juga tempat, bukan hanya sekadar budaya pembacaan al-quran ini dilakukan ketika bulan Ramadhan semata-mata. Saya amat yakin jika setiap ahli gerakan PMIMSU dapat mempraktikan budaya ini, membaca al-quran ketika menunggu kedatangan pensyarah, ketika menunggu kenderaan awam, di cafetaria, di plaza , saya amat yakin secara tidak lansung ianya juga akan menggali semula biah solehah  yang telah lama tertanam di bumi wakafan MSU ini dan akan mengeluarkan hasilnya iaitu suasana biah solehah yang kita idamkan selama ini. 

Tetapi tidak lengkap hanya sekadar kita membaca al-quran semata-mata tetapi mestilah kita cuba untuk memahami isi kandungan kitabullah itu sendiri. Tiada guna mulut kita rancak membaca atau menghafal al-quran sedangkan hati kita tidak pernah cuba untuk memahami isi kandungan ayat al-quran itu sendiri tetapi selalulah bertadabbur al-quran bersama sahabat-sahabat kita yang lain. 

Saya berharap agar exco tarbiyyah yang baru dilantik ini dapat memainkan peranan yang sangat besar dalam mengtransformasikan budaya ini di kalangan ahli gerakan Islam terutamanya dan juga mahasiswa/i Islam secara amnya. Perlbagai usaha dan juga tarikan harus difikirkan dan digerakkan bersama supaya budaya ini menjadi suatu realiti dalam melahirkan mahasiswa/i Islam seorang anak muda yang berjiwa tarbawi.

Muktamirin muktamirat yang dirahmati Allah sekalian,

HELWANIS MENCORAK SISWI MUSLIMAH

Exco helwanis yang dikhususkan untuk mahasiswi islam haruslah lebih bergiat aktif dalam memainkan peranan yang lebih jitu dan holistik. Dengan populasi yang lebih besar daripada siswa muslim, kehadiran Helwanis seharusnya lebih dirasai oleh setiap siswi di MSU ini bukan sekadar kepada siswi muslim tetapi kepada  non-muslim juga. Helwanis biarlah dilihat menjadi juru bicara kepada meraka didalam setiap perkara terutamanya yang melibatkan tentang kebajikan siswi  MSU. 

Mereka haruslah lebih responsif dengan setiap perkara ataupun isu yang telah dibangkit oleh siswi dan setidak-tidaknya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh siswi-siswi MSU ini. Biarlah bilamana orang bicara tentang siswi, lantas difikiran mereka adalah yang pertama terdetik di fikiran mereka adalah HELWANIS.

Pelbagai program dan juga aktiviti harus diperbanyakkan oleh helwanis sejajar dengan hasrat saya yang mahukan helwanis ini menjadi sumber rujukan alternatif  kepada siswi-siswi muslimah di MSU ini. Alhamdulillah antara program yang berjaya dilaksanakan oleh HELWANIS adalah ketika membuat talkshow yang bertajuk “SEANGGUN PERIBADI SAIDATINA KHADIJAH UMMUL MUKMININ” iaitu salah satu program yang diadakan sempena Minggu Penghayatan Islam tahun lepas . 

Saya amat yakin jika HELWANIS mampu menyediakan pelbagai program dan juga aktiviti-aktiviti yang mampu menarik siswi-siswi, bukan hanya sekadar aktiviti berorientasikan thaqafah semata-mata, tidak mustahil suatu hari nanti HELWANIS bukan sekadar menjadi exco di dalam carta oraganisasi PMI, tetapi menjadi sebagai salah satu sayap kepada PMI itu sendiri.

Hadirin yang dihormati sekalin,

KERJASAMA PMIMSU BERSAMA PERSATUAN DAN KELAB

Kami di pimpinan PMIMSU senantiasa membuka tangan dalam menjalinkan kerjasama dengan kelab dan juga persatuan di MSU ini. Sebagai contoh sebelum ini kami telah berkerjasama dengan Kelab Biomedical Science dalam menjayakan program berbuka puasa bersama anak yatim dan juga tadarus Al-Quran. Kami sangat berbesar hati sekiranya mana-mana kelab mahupun persatuan ingin berkerjasama dengan kami. Bak kata pepatah kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. 

Islam itu bersifat syumul iaitu menyeluruh. Tidak bermakna kami sebagai persatuan yang bercorakkan agama hanya mengadakan program berbentuk kerohanian semata-mata. Sekiranya mereka ingin mengadakan program bersifat kesukanan, kami mempunyai exco Sukan dan Kebudayaan yang boleh menjadi wakil kami dalam perbincangan tersebut. Bahakan baru-baru ini kami telah mengadakan program “Berkayak bersama PMIMSU” yang mana telah disertai juga oleh non-muslim. Ini jelas menunjukkan bahawa kami sangat-sangat terbuka kepada mahasiswa/i di MSU tidak kiralah muslim ataupun non muslim  untuk menyertai program yang telah dianjurkan oleh PMIMSU.

PENUTUP

Sebagai umat akhir zaman, kita seharusnya sedar bahawa perjuangan dakwah itu perlu diteruskan. Siapakah mereka yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt untk berdakwah? Tidak lain tidak bukan mereka itu adalah kita. Tiada istilah saya tidak layak untuk berdakwah kerana mahu tidak mahu berdakwah itu satu kewajiban bagi setiap muslim seperti mana hadis Nabi Muhammadh saw  “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran (hal yang keji, buruk), maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Alhamdulillah, dengan adanya platform  PMI ini, sekurang-kurangnya kita tidak rasa terbeban untuk berdakwah. Kita bersama-sama melangkah dalam mengwujudkan biah solehah di bumi wakafan MSU ini.Ayuh, bangkitlah anak muda Islam, bangkitkanlah semangat kamu yang telah lama hilang. Pasakkan dalam diri kamu itu sebanyak mana thaqafah samada bersifat duniawi dan juga ukrahwi. Moga kita bersedia dengan thaqafa yang mantap agar kita bersedia menghadapi halangan dan rintangan dengan tenang dan bijaksana.

Sebelum berakhir, saya mewakili sahabat-sahabat pimpinan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kerana terus menyokong kami. Kami juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat banyak kepincangan dan cacat-cela dalam program-program PMI sebelum ini dan kami berharap kritikan membina daripada anda semua agar memastikan PMIMSU terus relevan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih,
Assalamualaikum wbt
Presiden PMIMSU seisi 08/09
MOHAMAD HALIM BIN MOHAMAD SHARIFF












2 ulasan: