Selasa, 17 April 2012

Surat dari Ibu & Ayah

Dengan nama Allah S.W.T

Kehadapan anakku

Bacalah dengan teliti. Apabila kami sudah tua, kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami. Jika kami ada buat silap, kami harap engkau tidak akan mengherdik kami. Orang tua sememangnya lebih mudah berasa hati, kasihanilah kami seperti engkau mengasihani diri engkau sendiri. Apabila pandangan kami semakin kabur, pendengaran kami semakin terjejas, dan kami tak dapat melihat gerak bibirmu dan tak dapat mendengar kata-katamu, maka janganlah panggil "pekak orang tua ni...", tolonglah ulang kata-katamu kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.



Apabila kaki dan lutut kami semakin lemah, kami harap engkau punyai kesabaran untk membantu kami berdiri sepertimana kami membantumu semasa engkau masih kecil, ketika itu engkau tengah bersemangat belajar berjalan. Bersabarlah dengan kami, bila kami asyik mengulangi cakap yang sama. Kami berharap engkau terus usaha mendengar kata-kata kami. Jangan mempersendakan kami atau jemu mendengar kata-kata kami. Jika engkau masih ingat ketika kecil dan mahukan sesuatu, engkau asyik mengulangi kehendakmu sehingga beroleh apa yang engkau inginkan. Kami harapkan kesabaran yang sama darimu. Apabila kami sering marah dan merajuk, semuanya kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.

Wahai anakku

Andaikan engkau miliki masa terluang, kami berharap agar dapat kita bersembang walaupun seketika. Kami selalunya bersendirian sahaja tanpa ada teman untuk bicara. Kami tahu engkau sibuk dengan kerja dan belajar. Walaupun engkau tidak berminat dengan cerita kami, tapi tolonglah luangkan sedikit masamu untuk kami seperi suatu masa dulu kami mendengar semua cerita-cerita mu tanpa jemu.


Apabila sampai masa kami terlantar uzur kami harap engkau akan sabar menjaga kami. Maafkanlah kami jika kami mengotori tempat tidur kerana kami tidak lagi segagah dulu untuk ke tandas bersendirian. Kami berharap engkau sabar menjaga kami di saat-saat akhir hidup kami. Kami tidak akan bertahan lama lagi dan apabila maut datang menjemput kami, doakan keampunan dan kesejahteraan kami di alam sana.

Jangan bimbang wahai anakku

InsyaAllah apabila kami menghadap Pencipta kami, akan kami pohon Rahman danRahimNya untukmu yang telah menyanyi orang tuamu. Terima kasih atas belaian yang engkau kembalikan kepada kami. Jangan tinggal solat. Kami amat menyayangimu.

Dari ibu dan Ayahmu...


2 ulasan:

  1. Halo,
    Adakah anda sedang mencari Kewangan / Pemberi Pinjaman yang sah dan dipercayai? Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan bantuan kewangan segera? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda?
    Kami menawarkan semua jenis pinjaman dengan kadar faedah 2% kepada orang, syarikat dan masyarakat dalam terma dan Syarat yang jelas dan difahami.
    Kami menyalurkan apa-apa jumlah pinjaman kepada mana-mana destinasi jadi Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan pinjaman segera hari ini.

    E-mel kami: (Henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam