Jumaat, 30 September 2011

Bila perkara pelik dibuat ketika majlis perkahwinan

Assalamualaikum

Sekarang Penulis berada di kampung Penulis, di salah satu negeri di Selatan tanah air. Berehat sebentar setelah 3 tahun belajar (menganggur sebenarnya sementara menunggu majlis konvokesyen). Okey, entry kali ini bukan mengenai Penulis, tetapi tentang suasana majlis perkahwinan di kampung Penulis. Entahlah, mungkin bagi sesetengah orang, perbuatan tersebut sudah menjadi adat kebiasaan, tetapi bagi Penulis, semacam tidak kena je.


Perbuatan apa yang nampak pelik sangat tu? Iaitu berkaraoke ketika majlis perkahwinan dilansungkan. Mungkin pembaca pernah juga terserempak dengan suasana seperti ini, Bagi penulis perbuatan seperti ini tidak wajar untuk diadakan. Perlu diingat majlis perkahwinan satu majlis yang sangat penting dalam proses awal mendirikan rumah tangga. Mana mungkin kita perlu cemarkan dengan perkara yang lagho.

                                                                      Gambar contoh


Walaupun hukum menyanyi ada yang berpendapat haram, ada yang harus, tetapi bagi Penulis, selagi sesuatu perbuatan itu tidak melalaikan, maka Penulis akan melakukannya. Tetapi berkaraoke ketika majlis perkahwinan amatlah tidak wajar. Seharusnya majlis seperti ini perlu dipenuhi dengan berkat dah rahmat dari Allah swt. Mana mungkin rahmat akan turun jika acara nyanyia diadakan, bukan? Mungkin juga tidak hairan jika statistik penceraian meningkat kerana barokah tidak ada ketika majlis seumpama itu diadakan.

Pernah juga Penulis hadir ke majlis sahabat penulis, Abang Bad. Apa yang menariknya, malam sebelum majlis akad nikah diisi dengan majlis tazkirah mengenai perkahwinan yang disampaikan oleh seorang ustaz. (Terasa diri Penulis pula nak kahwin ketika itu sambil tersenyum sorang-sorang). Kan bagus majlis seperti ini diadakan oleh masyarakat Islam di negara kita ini.

Kepada mereka yang melansungkan perkahwinan, pastikan perkara seumpama ini tidak berlaku. Jangan keran ingin menjaga hati sesuatu pihak yang mahu karaoke ini dijalankan, perkahwinan anda pula yang menjadi mangsanya. 

p/s: Satu soalan kepada pembaca. Kenapa haram bagi pengantin lelaki berjima' dengan pengantin perempuan selepas akad nikah? =)


4 ulasan:

  1. ;) saye pown nk tau jawapan nye, maaf lah, ilmu x penuh di dada lagi... :) thanks for sharing~

    BalasPadam
  2. salam dari pembaca.
    wah.. menarik entri penulis kali ini.. penulis pulak bila tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga? mesti telah mempunyai calon kan?
    nanti bila tiba masanya jemputlah ana ye.

    BalasPadam
  3. NAR:
    Haram bagi pengantin lelaki berjima'dengan pengantin perempuan selepas akad nikah kerana melakukan di hadapan orang ramai.Pak Imam ada, ibu bapa mertua ada..seharusnya di tempat yang tertutup kan?..haram maklum =)

    Tanpa nama:
    Waalaikumusalam..InsyaAllah pasti akan jemput =)

    BalasPadam
  4. owh...memg la, ad ke patot depn org ramai...
    ...terlalu maklum la kn~ =_="

    BalasPadam