Khamis, 28 April 2011

Betul ke ni lagu Negaraku?

Assalamualaikum.

Terasa rajin pula penulis nak update blog pada malam ini. Okey, isu yang akan dibawa oleh penulis malam ini boleh diibaratkan bersifat petriotik sedikitlah iaitu ada kaitan dengan lagi kebangsaan kita, lagu Negaraku. Penulis pasti dan yakin 110% peminat blog penulis ini (heh) sudah menghafal semenjak dari kecil lagi lagu Negaraku. Tetapi apa yang sedikit memeranjatkan penulis setelah mencari-cari info tentang asal usul lagu ini, ianya hampir sama dengan lagu Terang Boelan. Percaya atau tidak, silalah dengar dulu video klip dibawah ini.

Samakan? Penulis pun agak terkejut mendengar melodinya seakan-akan sama. Untuk kepastian penulis pun mencari info-info tentang lagu kebangsaan kita ini. Sebenarnya lagu ini dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal dari Pulau Mahe di kepulauan Seychelles. Sedikit fakta geografi tentang pulau ini. Pulau Seychelles terdiri dari 115 pulau terletak di barat Samudera Hindia (jangan tanya penulis,penulis pun tidak tahu di mana letaknya pulau ini). Lagu ini berasal dari Kepulauan Seychelles dan telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWWW Birch.

Raja Abdullah

birch1

J WWW Birch

Siapa pula yang mencipta lagu ini? Lagu asal ini telah digubah oleh Pierre Jean De Beranger, seorang warga Perancis.

Pierre Jean De Beranger

Lagu ini kemudian telah diberi seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" dan seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 5 Ogos 1957, lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Selepas itu satu pertandingan telah diadakan untuk menggubah seni katanya dan telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan kekallah sehingga sekarang. Begitulah asal usul lagu NegaraKu untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian.


p/s: Penulis pun baru tahu asal usul lagi ini


8 ulasan:

  1. mmg lagu ni dr negeri perak..sama sgt

    BalasPadam
  2. tanpa nama:mesti rakyat Perak berasa bangga =)

    BalasPadam
  3. emm.. baru tahu juge. xbangga. terkesima. dan sy..bukan org perak.

    BalasPadam
  4. Kalau tak silap,dalam buku teks sejarah sekolah dulu pun sudah diterangkan asal-usul lagu Negaraku..melodinya diambil dari lagu negeri Perang Trang Bulan..Wallahualam.

    BalasPadam
  5. wanie:dalam buku teks pon jangan dipercayai sangat,banyak yang tidak disiarkan dalam buku teks sejarah tu..

    BalasPadam
  6. Lagu digubah oleh orang Perancis (Pierre) itu didengar oleh Sultan Abdullah di Pulau Schelyes.
    Lagu dibawa oleh sultan Abdullah ke Perak dijadikan lagu Negeri Perak.
    Lagu Negeri Perak dijadikan lagu Negaraku.
    Bukan lagu Terang Bulan.
    Bukan lagu Mamula Moon.

    BalasPadam
  7. Lagu digubah oleh orang Perancis (Pierre) itu didengar oleh Sultan Abdullah di Pulau Schelyes.
    Lagu dibawa oleh sultan Abdullah ke Perak dijadikan lagu Negeri Perak.
    Lagu Negeri Perak dijadikan lagu Negaraku.
    Bukan lagu Terang Bulan.
    Bukan lagu Mamula Moon.

    BalasPadam