Khamis, 5 Mei 2011

Ni ke gambar sebenar Osama dibunuh?

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini, penulis mahu berkongsi tentang gambar (mungkin ye mungkin tidak) Osama yang telah dibunuh oleh tentera USA. Bagi mereka yang tak mahu untuk melihatnya, anda dinasihatkan untuk tidak melihat gambar yang bagi Penulis agak kejam. Rasa sedih juga melihat gambar beliau sebab beliau merupakan saudara seIslam yang telah diperlakukan sebegitu teruk sekali cara kematian beliau.

REAL OSAMA KILL PHOTO

Ini pula gambar yang didakwa mereka yang turut terbunuh ketika kejadian tersebut.

REAL OSAMA KILL PHOTO
REAL OSAMA KILL PHOTO


REAL OSAMA KILL PHOTO



Penulis pun agak ragu-ragu untuk mempercayai sumber yang  datang dari USA ini. Kerana terdapat beberapa percanggahan tentang cara kematian beliau. Yang pertama, tentera USA mengatakan Osama memegang senjata raifal ketika dibunuh tetapi baru-baru ini pula mengatakan Osama dibunuh tanpa senjata disisi beliau. Penulis mahu tunggu apa pula kenyataan yang bercanggah yang akan dikeluarkan oleh pihak USA tentang kematian Osama ini.  

Cuma penulis agak terkilan tentang komen pemimpin negara kita yang mengatakan dunia akan lebih aman tanpa Osama. Mungkin  niat untuk mengampu USA itu Penulis tidak pasti. Tapi yang pasti beliau adalah orang Islam dan wajib bagi kita mendoakan kebaikan beliau di Akhirat sana kalau benar beliau terbunuh. Penulis juga agak marah dengan tindakan pihak USA yang 'melempar' mayat beliau ke laut untuk dikebumikan. Satu perbuatan yang menghina Islam kerana sebagai umat Islam, wajib mayat Osama ditanam mengikut cara Islam. 

Bahkan penduduk USA telah meraikan kematian Osama dengan mengadakan pesta kegembiraan tetapi telah 'ditegur' oleh Juru bicara Vatikan Pendeta Federici Lombardi. Kata beliau " Umat Kristian tidak seharusnya merayakan kematian seseorang. Lebih baik untuk mendoakannya, agar orang tersebut dapat mempertanggungjawabkan segala perbuatannya di hadapan Tuhan".

Pendeta Federici Lombardi

kalau benar Osama telah telah meniggal dunia, hadiahkan Al-Fatihah kepada beliau dan serahkanlah segalanya kepada Allah swt untuk menentukannya. Oh lupa pula penulis dan beritahu, kematian Osama telah menyebabkan populariti Obama telah meningkat sebanyak 11 mata iaitu 57%. (pilihan raya USA akan diadakan tidak lama lagi, maka tindakan Obama ini adalah tindakan populis untuk meraih sokongan)


p/s: Mungkin dunia akan lebih aman tanpa USA kerana semenjak dahulu peperangan berlaku pasti melibatkan tentara USA. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan