Selasa, 14 Jun 2011

Malaysia akan dilanda gempa bumi?

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini, penulis mahu berkongsilah tentang gempa bumi ini. Kebetulan pula penulis terdengar berita tentang gempa bumi melalui berita malam tadi. Gempa bumi ini akibat daripada gempa sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara. Mereka yang tinggal di Malaysia pun turut terkena dengan kesan gempa bumi ini seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Perak , Putrajaya, N. Sembilan dan Melaka. Gambar dibawah ini dirakam ketika semua pekerja yang bekerja di bangunan tinggi keluar bangunan untuk menyelamatkan diri.

Sabtu, 11 Jun 2011

ASB dan ASN HARAM?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, terbuka jugalah hati penulis nak mengupdate blog yang sudah sebulan lebih bersarang. Mujurlah password penulis masih lagi ingat, kalau tidak memang arwahlah blog ini. Sebelum tu, penulis mahu tanya tahukah kalian tentang ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan juga ASN (Amanah Saham Nasional)? Kalau mereka yang tahu, mereka akan tahulah kalau yang tidak berapa tahu, penulis pun tak tahu nak beri penerangan secara jelas tentang ASB dan juga ASN. Tetapi senang cerita, kita simpan duit dalam ni, duit kita akan dilaburkan dan selepas itu kita akan dapatlah hasil mengikut berapa banyak duit yang kita ada dalam tu. Yang terbaru, Majlis Fatwa Negeri Selangor mengatakan haram pula untuk melabur dalam  ni. Sebab apa, mungkin gambar dibawah ini boleh menjadi bukit.