Sabtu, 23 April 2011

Tahukah Anda?

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Semenjak nabi Adam a.s terkeluar dari syurga akibat tipu daya syaitan, baginda menangis selama 300 tahun. Baginda tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu dengan Allah s.w.t. Baginda sujud di gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalit dijurang Seratip.


Dari air mata nabi Adam a.s itu Allah swt tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata "Sedap sungguh air ini". Nabi Adam a.s terdengar kata-kata burung itu dan baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah swt. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah swt menyampaikan wahyu yang bermaksud "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minuman yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu".

Apa yang akan ditanya?

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah swt akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Apakah pertanyaan itu? Iaitu "apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk".

Cahaya di Hari Kiamat

Di hari Kiamat ada tiga cahaya yang berlainan. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan manakala cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apakah cahaya-cahaya tersebut? Cahaya yang pertama ialah wajah-wajah manusia yang bilaman berada didunia, mereka akan meniggalkan pekerjaan dan akan terus bersuci dan mengambil airu wudu' apabila terdengar suara azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air wudu' sebelum azan. Cahaya yang ketiga pula cahaya mereka yang tatkala didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Kala jengking Neraka

Di hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal daripada kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibrail bertanya "Hai Huraisy!Engkau hendak kemana dan siapa yang kau cari? Huraisy pun menjawab "Aku mahu mencari lima orang. Pertama orang yang meninggalkan solat. Kedua orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya. Keempat, orang yang bercakap hal dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak".


p/s: Tertarik tentang 5 orang yang dicari kala jengking tersebut. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan