Ahad, 24 April 2011

Ditampar kerana ingin bertudung

Assalamualaikum...

salahkah jika aku ingin bertudung? Begini ceritanya

Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik tak ada siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku. Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Air mata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenapa abah tidak benarkan? Buat pengetahuan semua, bapa aku jenis orang yang sangat sibuk. Businessam yang senantiasa sibuk. Mak aku aku dah tiada. Meninggal dunia dah lama dah. Sedih sangat-sangat.

Dari jendela kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11.00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala terus masuk bilik mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah indah dan cantiknya jikalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau abah aku tak nak juga bagi tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantaklah dengan ahli keluarga aku yang lain. Semuanya tak nak pakai tudung. Tapi aku nak!!!

Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung salji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak abah aku balik. Aikkk, kenapa abah balik awal ni?

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or ever!!!

Bila abah aku buka jea pintu rumah, aku rasa inilah masa yang terbaik dengannya dan tanpa melengahkan masa lagi aku berkata "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!!!"

Abah aku terus menjengkilkan mata sebesar-besarnya . Macam ada api keluar. Panggggggggggggg... bapa aku menghayunkan penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhh...sampai hati daddy!Cheq tau lah daddy rasa mal kalau cheq pakai tudung. Tapi salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abang tak nak...."

Pangggg.......................! Daddy melabuhkan pelempang mautnya ke muka aku sekali lagi sebeluk aku habis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naa! Hang jangan nak buat pasai. Hang nak pakai tudung buat apa?? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUG!!!" Tu la, bila time kelas agama, hang poteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja. Memanglah dalam rumah ni tak bertudung sebab adik hang tu lelaki!! Abang hang pun lelaki juga!

Aku yang tersepuk di celah sofa, terus menangis terkedu-kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat juga.

SALAHKAH AKU? SALAHKAH AKUUUU OOOO TIDAKKKKK!!!

p/s: Kalau mahu membaca sesuatu, biar habis. Takut nanti tak faham yea =)


1 ulasan: