Selasa, 12 April 2011

Nak makan pun ada caranya?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga penulis menggunakan broadband yang baru dibeli baru-baru ini di Mydin Mall. Tak tahu nak cakap apa, kira okeylah dapat berinternet kat rumah.Ni first time penulis menggunakan broadband, sebelum ini penulis menggunakan streamyx. Bolehlah tahan lajunya line kat sini. Tapi kalau di tempat lain tak tahu la pula.

Okey!! Untuk post kali ini lebih santai sedikit berbanding sebelum ini yang agak formal. Saja nak tukar selera agak nampak lebih 'catchy' dan lebih dekat dengan pembaca (ayat ahli politik).Untuk post kali ini penulis nak sharing sedikit tentang adab-adab ketika nak makan. Dalam Islam semuanya ada dan juga sempurna. Sebagai contoh nak makan pun ada diberitahu macam mana, 'even' perkara remeh pun ada disentuh seperti adab ketika masuk dan keluar tandas.

Dalam Islam, kita digalakkan untuk makan makanan yang baik dan sihat sahaja seperti mana yang disuruh didalam Al-Quran.


"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan rezeki kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya". (al-baqarah: 172)

Apa dia ciri-ciri makanan yang baik seperti ayat diatas? Antaranya ialah:
1) Dihalalkan oleh Allah
2) Tidak memudaratkan akal dan tubuh badan
3) Tidak dipandang keji oleh manusia
4) Beri khasiat kepada manusia


Ini pula adab-adab ketika nak makan.

1) Baca Bismillah sebelum dan makan dan makan dengan tangan kanan
  
Sabda Rasulullah s.a.w: " Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan tangan kananmu dan yang hampir kepadamu"/ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramai antara orang Islam sudah tentu makan menggunakan tangan kanan. Tetapi ada juga mungkin kerana mahu mengikut Barat, ada yang makan menggunakan tangan kiri. Betul, kenapa tak percaya ke? Jom kita tengok gambar di bawah ini. Kebanyakkan mereka yang makan western food akan menyuap mulut menggunakan tangan disebelah kiri.

(sekadar hiasan)


So, dimana keislaman kita ketika makan?Boleh sahaja menggunakan garfu di tangan kanan dan menggunakan pisau pemotong di tangan kiri. Guna tangan lagi okey, santai jea!! Fikir-fikirkan yea.

Bahkan mereka yang makan tanpa membaca Bismillah juga akan makan bersama-sama dengan Syaitan. Menurut riwayat Abu Daud dan an-Nasai, Baginda pernah duduk bersama seorang lelaki yang sedang makan tetapi lupa untuk membaca Bismillah sehinggalah pada akhir suapan barulah dia teringat lantas membaca Awwaluhu wa Akhiruhu. Baginda lalu bersabda " Dari ia mula makan, Syaitan telah makan bersamanya. Namun ketika dia menyebut nama Allah, syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya".

2) Jangan makan dan minum berlebihan




"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang belebih-lebihan". (al-A'araf: 31)

Menurut pengamal perubatan islam pula menasihatkan :

"Sesiapa ingin sihat badan maka hendaklah ia mengurangi makan dan minum. Sesiapa ingin sihat hatinya maka tinggallah dosa".

3) Duduk dengan betul




Duduk dengan betul membantu proses penghadaman. Terdapat dalam hadis yang menceritakan                     "Sesungguhnya Rasullulah s.a.w melarang seseorang makan sambil ia meniarap". (Riwayat Ibnu Majah, Abu Daud dan Nasai dari Abdullah bin Umar r.a.)

Rasullulah s.a.w juga bersabda " Saya tidak suka makan dengan bersandar". (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah r.a).

4) Jangan tidur selepas makan




Ramai antara kita selepas makan akan terus terbungkam. Hal seperti ini akan menyebabkan hati kita menjadi keras seperti mana sabda Baginda " Rasullulah s.a.w melarang tidur selepas makan dan sesungguhnya perbuatan itu mengeraskan hati". (Riwayat Abu Nu'aim). Bilamana hati kita menjadi keras, makan sukarlah kita mahu mendapat hidayah dari Allah s.w.t dan kita tidak mahu menerima nasihat yang diberi kepada kita.

5) Jangan bernafas ke dalam bekas minuman




Abu Said al-Khudri menceritakan Rasulullah s.a.w. telah melarang minum dari bekas yang pecah dan melarang bernafas di dalam bekas air". (Riwayat Abu Daud)

Abu Qatadah r.a. menceritakan "Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang bernafas dalam bekas minumannya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6) Jangan dihabiskan minuman dengan satu teguk

Anas bin Malik meriwayatkan "Rasulullah s.a.w minum dengan tiga nafas (yakni 3 kali tegukan untuk satu gelas)". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7) Jangan tergopoh-gapah ketika makan dan minum


Ketika makan dan minum hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak gopoh dan gelojoh. Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila kamu minum air, minumlah dengan lembut dan perlahan-lahan dan janganlah meneguknya secara kasar (secara sekaligus tanpa henti hingga kenyang) kerana ia boleh mendatangkan sakit dada". (Riwayat Imam ad-Dailami dari Saidina Ali r.a.)


8) Akhiri makan dengan mengucapkan "Al-Hamdulillah"






p/s: Sudah tahu adab makan, so jangan lupa untuk amal yea!

2 ulasan:

  1. betul,betul,betul.mcm dlm cerita KELEBIHAN BISMILLAH~~ada syaitan kurus dgn syaitan gemuk.(^_^)

    tapi kan kalo kita dah terbiasa guna tgn kiri mcm mana ye?tulis n semua2 tgn kiri.tapi bila mkn guna tgn automatic tgn kanan pula.x boleh juga ye?

    BalasPadam