Jumaat, 2 September 2011

Best Motivation Video Ever

Assalamualaikum

Yang pertama-tamanya Penulis mahu mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca, terutama kepada sesiapa yang menjadi subjek dalam penulisan Penulis secara sengaja mahupun tidak sengaja. Kadang kala ketika mana kita menulis, bagi kita sesuatu perkara itu tidak sensitif tetapi bagi sesetengah orang sangat sensitif. Apa-apa pun 'Berkatalah Benar Walaupun Pahit' =)


Untuk post kali ini, Penulis mahu berkongsi dengan pembaca tentang video klip yang bagi Penulis sangat sesuai dilihat ketika kita 'down' atau lebih senang lagi ketika gagal sesuatu perkara seperti dalam peperiksaan, atau kandas ketika ambil lesen kereta ke, (macam ada pengalaman je =.='), atau sesuatu yang kita fikir akan membebankan kita dan sebagainya. Jom, lihat video ni,


Kadang-kala kita terasa sangat-sangat terseksa dengan ujian dan dugaan yang kita hadapi, sehinggakan kita kita terjatuh,kita seolah-olah terus lemah dan tidak mampu bangkit. Tapi bagi Penulis, bilamana seseorang itu jatuh dari kegagalan, mereka akan pasti akan bangkit, cuma bila dan bagaimana sahaja yang akan menjadi persoalannya. Dan mungkin dengan melihat video ni, akan menjadi sebab kita kembali bangun dan meneruskan perjalanan kehidupan kita ini. Selalu juga bila Penulis rasa down,ayat 216 surah Al-Baqarah akan Penulis fikir dan muhasabah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.


p/s:Menangis mampu meredakan tekanan...jangan malu untuk menangis =)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan