Selasa, 29 Jun 2010

Jom datang!!





SEMUA DIJEMPUT HADIR..

AGENDA:
SESI PERKENALAN DENGAN PIMPINAN BARU PMIMSU 10/11
TAYANGAN SLIDE SHOW
CABUTAN BERTUAH
JAMUAN


2 ulasan:

  1. Salam, adakah benar non muslim sekarang boleh masuk PMI? secara dasarnya PMI bukan bermaksud Persatuan Mahasiswa Islam? kenapa mahasiswa bukan islam pulak boleh masuk? kalau nak kata saya ni tertutup ke apa, sy tak kisah.. tapi ini melibatkan agama..

    cuba saudara berfikir 2 hala, dgn membolehkan non muslim join PMI, kalau ada persatuan mahasiswa kristian contohnya, adakah kita merelakan muslim join pulak aktiviti2 itu?

    Diharap dasar ini bukan lah pengaruh daripada parti politik yg saudara sokong semata.. kerana Islam kerana politik adalah selalu diselewengkan, ambil apa yg sedap dan plus point utk mereka.. dan manipulate yg buruk terhadap musuh mereka.. jangan jadi mangsa propaganda PAS yg tidaklah lurus mana.

    BalasPadam
  2. kepada pemerhati bebas:

    salam.terima kasih atas komen saudara.

    Mengapa kita tidak boleh membuka keahlian PMI kepada non muslim? saya tidak nampak ada masalah dengan perkara tersebut.

    kami mengajak mereka untuk menyertai program tertentu seperti aktiviti riadhah, talkshow motivasi, dan bukannya aktiviti yang melibatkan perkara ibadah seperti solat. Apakah mereka ini adalah golongan non muslim bermakna mereka tidak mempunyai hak untuk menyertai program yang bukan bersifat ibadah?Mengapa perlu ada sifar diskriminasi sebegitu?

    Saya lansung tidak membawa isu politik dalam perkara seperti ini. Kita jangan terlalu cepat memandang sesuatu perkara atas nama politik. Saya membuka keahlian kepada non muslim kerana secara tidak lansung kita dapat berdakwah kepada mereka. Kita jangan merasakan bahawa Islam ini untuk kita orang Melayu sahaja, untuk orang Islam sahaja. Islam disampaikan kepada semua sesuai dengan surah Al-Anbiya' ayat 107 “Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.”


    Saya sekiranya dijemput untuk join program anjuran mahasiswa kristian, saya akan join dengan tetapi dengan syarat tidak melibatkan perkara akidah. Mengapa tidak kita sertai program mereka dan secara tidak lansung kita boleh memahami ajaran mereka.Mungkin kita boleh berdiskusi ilmiah tentang agama masing2?bukankah itu dapat memberi gambaran yang baik kepada non muslim dan menafikan bahawa Islam adalah terorris?

    Saya yakin jika kena pada caranya banyak kebaikan yang akan dapat sekiranya kami membuka keahlian kepada non muslim.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam