Assalamualaikum.
Pertama sekali kami dari pihak PMIMSU ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Aminulrasyid Amzah diatas apa yang telah berlaku. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
PMIMSU berpendirian bahawa kes ini mestilah diselesaikan secara telus dan adil bagi memastikan perkara seperti ini tidak menjadi polemik kepada masyarakat kita. Tidak dapat dinafikan peranan dan sumbangan pihak polis dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia tetapi beberapa perkara serta isu telah menjejas imej dan kredibiliti pihak polis. Isu rasuah, kematian Kugan ketika berada dalam tahanan polis, tindakan polis menembak seorang ibu tunggal, Norizan Salleh tanpa sebab yang kukuh dan yang terbaru kematian adik Aminulrasyid Amzah telah menyebabkan rakyat semakin kurang percaya kepada pihak polis. Sekiranya pihak polis tidak berusaha untuk menyelesaikan perkara ini, tidak mustahil rakyat akan terus tidak mempercayai dan ragu-ragu tentang kredibiliti pihak polis.
Yang kedua, PMIMSU juga berharap agar pihak media massa tidak melanggar etika kewartawanan dengan menyebarkan kenyataan yang tidak berfakta dan tidak tepat. Dalam isu ini, kami berasa sangat kecewa dengan beberapa kenyataan dari beberapa akhbar perdana yang telah menyiarkan sesuatu yang kami boleh menganggap sebagai satu fitnah kerana pihak keluarga mangsa telah menafikan apa yang telah ditulis oleh pihak akhbar tersebut. Mereka juga meminta agar pihak media dan masyarakat untuk tidak melaporkan yang bukan-bukan tentang arwah adik Aminulrasyid Amzah. PMIMSU bersetuju dengan permintaan keluarga mangsa kerana kami beranggapan bahawa ia akan memporak perandakan lagi isu ini sehingga menambahkan lagi kesengsaraan yang telah dialami oleh keluarga mangsa.
Lihat disini untuk melihat sidang media oleh keluarga mangsa
Sekali lagi kami PMIMSU berharap agar pihak polis didalam menyelesaikan masalah ini biarlah secara telus dan tanpa memilih bulu serta dapat menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin agar pihak keluarga mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Presiden PMIMSU 08/10
Mohamad Halim bin Mohamad Shariff

Tiada ulasan:
Catat Ulasan