Selasa, 1 Februari 2011

Bantah??

Assalamulaikum...

2 minggu ni heboh diperkatakan tentang isu kebajikan mahasiswa MSU terutamanya isu stiker keselamatan sehinggakan ada page dalam facebok yang menentang pembayaran sebanyak RM30 untuk stiker kereta dan RM 15 untuk motosikal. Page " Say NO to MSU's New Parking Policy" ini telah ditubuhkan pada 28 January 2011 oleh seseorang (rahsia).






Bahkan yang paling hebat ialah beberapa risalah telah ditampal di sekitar board di beberapa level di Academic Block. Mungkin risalah ini tidak dapat lagi dilihat kerana telah dibuang.


 Mungkin ini salah faham yang berlaku. Seharusnya pihak yang menjadi admin page tersebut mesti berjumpa dan mendapat penjelasan tentang isu ini.Itu yang paling penting. Bukan hanya sekadar berani di alam maya tetapi bacul di alam realiti. Berdasarkan pemahaman penulis, bayaran ini dikenakan bukan untuk parking tetapi lebih kepada untuk sistem keselamatan. Dengan adanya sistem stiker ini pihak pengurusan mengharapkan agar dapat mengawal pergerakkan keluar masuk kenderaan di parking. Ada isu keselamatan  mahasiswa/i yang harus disimpan oleh pihak pengurusan yang tidak boleh dihebahkan. Maka langkah ini telah diambil.

Tetapi ada persoalan yang akan bermain di fikiran kita semua.Antaranya:

1) Dapatkan isu keselamatan ini dapat dipertingkatkan dengan adanya sistem stiker ini? Maaf sebut, jika pengawal keselamatan hanya sekadar dari Bangladesh atau Nepal yang kadang-kadang tidak faham Bahasa Melayu atau English, isu keselamatan mahasiswa/i juga terancam. Mereka hanya sekadar menerima arahan dan sekiranya terdapat mara bahaya, penulis tidak yakin pengawal ini dapat membantu. Bahkan pernah seorang sahabat ketawa melihat pengawal keselamatan hanya sekadar orang 'asing' dan mudah untuk masuk ke dalam kampus MSU. Berjimat biar bertempat.

2) Mengapa harus bayar RM30, tidak serendah RM10? 

3) Isu ini mungkin akan dapat diredakan seketika sekiranya parking ditar. Tetapi bila? Itu yang penulis tidak tahu. Harap secepat mungkin. Mungkin ada prosedur yang perlu pihak pengurusan lakukan kerana harus bekerjasama dengan pihak MBSA dan pihak-pihak yang sewajarnya. Banyak rungutan yang penulis dengar tentang isu parking ini. Dan ini salah satunya. (sila rujuk disini) Tayar kereta dan juga motosikal sering kali pecah kerana ledakan batu-batu putih yang tajam di parking MSU itu. Bahkan penulis juga telah mengeluarkan RM70 untuk menukarkan tayar motorsikal yang pecah bulan lepas.

Dan juga isu tentang U-Cafe juga menarik untuk dibincangkan. Ada mahasiswa/i yang keracunan makanan sebab makan di U-Cafe, tetapi harap mereka cepat sembuh dan tiada lagi isu keracunan makanan timbul pada masa hadapan. Begitu juga harga dan kualiti makanan. Senarai harga patut diletakkan kerana harga yang dikenakan berubah-ubah dan tidak konsisten. Harga pula mestilah lebih murah berbanding di luar kampus dan juga kualiti makanan juga harus dipertingkatkan lagi. Tegur tanda sayang, ambil dari sudut positif.

Ramai tertanya-tanya, dimana Majlis Perwakilan Pelajar MSU (MPP)? Jawanpanya penulis, ada. Bagaimana mereka dipilih, secara demokrasi atau pun pilih suka sama suka? Kenapa mereka tidak dikenali, kenapa tidak nampak mereka memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa? Apa fungsi mereka di MSU ini? Itu persoalan yang akan timbul bila berbicara tentang MPP. Penulis sudah lama bertanya tentang isu ini, ketika masih di PTPL Shah Alam lagi (hampir setahun yang lepas). Harapan penulis biarlah diadakan pemilihan ahli MPP secara pilihan raya, tetapi isu ini tetap senyap sehinggalah penulis hampir tamat belajar di MSU ini. MPP berkhidmat untuk mahasiswa, biarlah mahasiswa yang memilih siapa yang akan mewakili suara mereka.Bahkan inilah yang Dato Presiden mahukan.

Harapan penulis isu-isu seperti ini mesti diselesaikan. Penulis juga akan mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang isu ini untuk memberi kebaikan kepada semua. 

Kritik tanda sayang. MSU bumi wakafan menuntut ilmu.Sama-sama kita selesaikan isu ini agar tidak menjadi liabiliti kepada kedua belah pihak.


p/s:hati-hati...hackers sentiasa mencari peluang untuk hack akaun facebook anda terutama mereka yang menjadi admin. Tingkatkan keselamatan akaun facebook anda.

2 ulasan:

  1. bold kan la sikit ayat yg nie...
    "Tegur tanda sayang, ambil dari sudut positif"
    penting tue...sye lame kt msu nie..hee~^^

    BalasPadam
  2. betul tu..tegur tanda sayang...agar menjadi lebih baik..kalau dah lama kat MSU, tentu dapat rasa perubahan samada baik atau buruk,kan? yang penting kita seharusnya berani untuk bersuara untuk kebaikan bersama..

    BalasPadam