Rabu, 10 Ogos 2011

Pelajar Malaysia dipukul

Assalamualaikum....

Entry kali ini tentang kekecohan yang berlaku di London semenjak seminggu yang lalu. Menurut sumber yang penulis tahu, kekecohan yang berlaku disebabkan seorang lelaki telah di tembak mati oleh pihak polis di Totham, North London. Penulis hairan juga, takkanlah disebabkan kematian seorang lelaki boleh menjadi huru-hara satu Landon. Siasat punya siasat, rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan seorang pemandu teksi dan bekerja 'sampingan' sebagai ahli kumpulan gangster disana.
Pemandu teksi@gengster tersebut berbalas tembakan dengan pihak polis dah akhirnya dapat ditembak mati oleh pihak polis, Jadi, macam biasa, ahli kumpulan gengster tersebut marah dan merusuh, membakar kedai, kereta polis dan orang awam. Mak terjadilah rusuhan ini. Dan yang memburukkan lagi keadaan, rusuhan ini semakin teruk kerana juga disertai oleh mereka-mereka yang mengganggur dan mereka yang dipotong duit kebajikan mereka kerana kemerosotan ekonomi. Mereka mengambil kesempatan untuk membuat rusuhan bersama-sama.

Akibat rusuhan ini juga pelajar tajaan Mara iaitu Asyraf Haziq telah dirompak dan dipukul oleh perusuh. Ini video beliau dipukul.


Asyraf Haziq ini dalam perjalanan pulang dari membeli makanan untuk berbuka dan telah di pukul sehingga berdarah mulut. Tak cukup dengan itu pula, beliau juga telah dirompak. Beliau kini sedang di rawat di Royal Landon Hospital. Menurut sumber Penulis juga, kawasan perumahan Asyraf Haziq ini merupakan kawasan yang didiami oleh mereka yang menganggur dan berpendapatan rendah. Tidak sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Mungkin pelajar kita ini ingin menyewa di tempat yang bayarannya rendah, maka dipilihnya tempat sebegini.

Ini pula video temubual dengan Asyraf Haziq di hospital.

Part 1

Part 2

Penulis berharap beliau cepat sembuh dah sabar menghadapi dugaan ini.

p/s: Siapa sangka negara maju seperti UK juga ada rusuhan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan