Jumaat, 2 Disember 2011

Wajarkah ibu tua ini dimarah sedemikian rupa?

Assalamualaikum

Sudah lama Penulis tidak mengupdate blog. Ada je niat nak update blog tetapi biasalah rasa 'rajin' pula tangan ni nak menaip. Banyak perkara yang penting yang Penulis terlepas untuk berkongsi di blog ini tetapi ada satu entry ini yang memang sangat-sangat patut Penulis dahulukan. Bilamana tengok video dibawah ini terus hilang rasa malas untuk menaip. Pembaca lihat dan nilai sendiri video yang Penulis kongsikan dibawah ini.




Penulis tidak pasti samada wanita tua ini ibu kepada salah seorang yang berada didalam video ini. Tetapi kalau benar seperti yang diberitahu oleh mereka yang mengupload video ini, tidak tergamak rasanya Penulis untuk menonton kali kedua lebih-lebih lagi melihat ibu tua ini menggigil tangan di marah oleh anaknya. Tidak sedar ke Syurga itu terletak dibawah kaki Ibu? Setitis air mata ibu keluar kerana anaknya, jangan bermimpi untuk masuk ke dalam Syurga, bertempiaran lah kamu ke dalam neraka yang panas dan membahang.

Pernah ke kita derhaka kepada IbuBapa kita? Kita lebih suka call kawan-kawan kita daripada call IbuBapa kita,kan?Bilamana IbuBapa kita call kita,kita akan jawab sibuk, tengan drive atau apa jua alasan untuk mengelak dari menjawab call mereka,kan? Tetapi bila kawan-kawan atau kekasih kita call cepat je kita nak angkat, betul tak? Tahukah Kita IbuBapa kita call kita, kerana mereka sangat rindu akan anak mereka tetapi ini balasan yang mereka dapat. Anak soleh/hah kah kita?

Kita lebih suka berjumpa kawan-kawan atau kekasih tetapi bila jumpa atau keluar dengan IbuBapa, kita akan berasa malu. Bukankah itu perbuatan anak derhaka. Terdapat 5 perkara yang bila mana kita pandang , kita akan mendapat pahala dan salah satunya ialah memandang wajah IbuBapa kita dengan perasaaan kasih sayang dan bukannya cerlong (bahasa trg=jeling) mereka.

Minta ampunlah dengan IbuBapa kita agar kita mendapat redha dan seterusnya mendapat keampunan dari Allah swt. Pilihan ditangan anda samada mahu menjadi anak soleh ataupun anak derhaka

-mohasha-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan