Sabtu, 2 Januari 2010

Ada apa dengan 1 Januari 2010?

Salam..

Alhamdulillah kita sekarang sudah masuk tahun baru 2010. Sering kali saya melihat masyarakat kita menyambut tahun baru dengan meriah dan juga sudah pasti berazam untuk menjadi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Beranjaknya dari tahun 2009 ke tahun 2010 bermakna umur kita juga semakin meningkat Tetapi ramai lagi yang tidak menyedarinya. Tahun meningkat bermakna umur kita juga semakin meningkat. Kubur juga tidak sabar lagi menerima kita untuk dimuatkan ke dalamnya. Mudah-mudahan tahun baru ini menjadi turning point kepada kita untuk topup amalan kita. Insyaallah.


Pada malam tahun baru, saya telah mendapat meseg dari sahabat saya iaitu saudara Rafiudidn yang mengajak saya menyertai ekspedisi malam tahun baru anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Menanjung (GAMIS) di dataran Merdeka. Ini adalah kali yang pertama saya menyertai ekspedisi ini dan sudah pastinya semangat berkobar-kobar menyala di dalam jiwa saya.

Kami bertolak selepas Maghrib menaiki komuter KTM.  Terlalu ramai penumpang di dalam tren komuter yang saya agak sudah tentu mahu menyambut tahun baru di bandaraya KL. Mata saya melilau mencari 'sesuatu'. Sudah dapat. Memang benar tekaan saya. Sambutan tahun baru pastinya akan 'diserikan' lagi dengan pasangan couple yang bermadu-madi menyulam kasih. 2 pasangan couple yang saya rasa berumur belasahan tahun dan masih lagi bersekolah tidak menghiraukan keadaan sekeliling. mereka. Belai sana,belai sini seolah-olah tidak sedar perbuatan mereka diperhatikan oleh orang sekeliling dan juga telah dirakam oleh cctv Allah swt dan akan ditayangkan ketika berada di padang mahsyar kelak. Ketika itu, berbilion umat manusia semenjak dari zaman nabi Adam hingglah akhir zaman akan melihat perbuatan mereka.

Malu? Sudah semestinya. Tidak malukah kalau perbuatan buruk kita dilihat oleh semua umat manusia. Lebih-lebih lagi kepada Allah swt. Pada ketika itu mulut kita akan dikunci dan segala soal-siasat tentang semua perbuatan kita akan dijawab oleh anggota badan kita sendiri. Firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 24 " pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhdapa apa yang dahulu mereka kerjakan"


Penulis bergambar didataran Merdeka







Ribuan hadirin yang hadir menyaksikan konsert






Kami berkumpul di tengah hadiran


 Lebih kurang pada pukul 9 lebih, kami berkumpul di hadapan masjid Jamek. Suasana ketika itu sangat hingar bingar disebabkan ribuan orang hadir untuk melihat konsert. Sedikit penerangan oleh sahabat saya, saudara Farhan merangkap amir majlis dakwah GAMIS. Seusai penerangan, kami terus berterbangan dengan air dan juga kalendar mini GAMIS, memberi kepada ribuan masyarakat yang hadir pada malam itu.

Satu penyesalan dihati kerana tidak berkesempatan untuk bersembang dengan kawan-kawan kita yang bercouple atau yang berpakaian 'pelik' . Mungkin dakwah fardi diri ini belum lagi mantap untuk diaplikasikan. Sesuatu yang saya perasan adalah masyarakat "1 Malaysia" kita ini suka akan hiburan lebih-lebih lagi kaum Melayu. Sudah pasti setiap aktiviti atau program akan ada hiburan dan konsert yang yang menjurus kepada hendonism.  Bagaimana mungkin kita ini yang bergelar mahasiswa lebih gemar untuk hadir ke konsert atau hiburan berbanding majlis ilmu atau program yang standart dengan tahap keintelektualan kita sebagai seorang mahasiswa. Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang lebih gemar akan hendonism, tidak peka akan isu-isu semasa kerana kitalah bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

Lebih kurang pukul 12.30 pagi kami bertolak pulang ke Shah Alam. Ketika dalam perjalanan balik, dengan keadaan yang agak penat ,terlintas difikiran. Berapa ramai perempuan yang kehilangan daranya dan berapa ramai pula lelaki yang hilang imannya di malam tahun baru ini. Takut jika malam tahun baru di berikan bencana oleh Tuhan pencipta alam.







2 ulasan: